tag:blogger.com,1999:blog-85618561963914566312024-03-05T04:23:15.482+08:00Perkhidmatan Pelajaranmemuatkan berita-berita yang melibatkan guru-guru dan golongan pendidik yang berkhidmat di MalaysiaGURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.comBlogger3666125tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-84070671469801746242016-11-28T22:23:00.000+08:002016-11-28T22:23:19.020+08:00NUTP setuju cadangan Kementerian Pendidikan mansuh UPSRKUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP) bersetuju dengan cadangan Kementerian Pendidikan untuk
memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Presidennya
Kamarozaman Abd Razak berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat
Ahli Majlis NUTP ke-9 yang berlangsung hari ini dan melibatkan 73
anggota exco kesatuan tersebut.
"NUTP bersetuju dengan cadangan kementerian untuk mansuhkan UPSR dengan syarat mereka rujuk kepada kami dahulu.
"Kementerian perlu melibatkan kami dalam perbincangan termasuk ketika
melakukan kajian mengenai perkara tersebut," katanya pada sidang media
selepas mesyuarat itu di sini, hari ini.
Jelasnya, keputusan itu
dibuat untuk mengurangkan tekanan kepada guru di negara ini selain
mengubah persepi sesetengah masyarakat yang menganggap 'A' itu
semata-mata sebagai kayu ukur kualiti seseorang murid.
Kamarozaman bagaimanapun berkata pemansuhan UPSR tidak bermakna murid
tidak akan dinilai sama sekali terutama berhubung kemasukan ke Sekolah
Berasrama Penuh (SBP).
"Murid akan tetap dinilai tetapi oleh
sekolah masing-masing dan bukannya berorientasikan peperiksaan berpusat
semata-mata," katanya.
Semalam, Menteri Pendidikan Datuk Seri
Mahdzir Khalid dilaporkan berkata kementeriannya akan memuktamadkan sama
ada memansuhkan UPSR atau sebaliknya pada tahun hadapan.
Katanya, cadangan tersebut dipertimbangkan dengan mengambil kira
pandangan ahli akademik tempatan, modul-modul luar negara yang
diketengahkan seperti Perancis, Finland dan Korea Selatan serta agensi
berkaitan selain guru-guru berpengalaman di sekolah.
Sementara
itu, Kamarozaman berkata pihaknya meminta Lembaga Peperiksaan Malaysia
dan Bahagian Pembangunan Kurikulum kementerian supaya mendedahkan kepada
orang awam skema pemarkahan bagi UPSR baru-baru ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan sesetengah pihak yang
mempersoalkan prestasi guru berikutan peratusan murid yang mendapat
keputusan semua A dalam UPSR tahun ini hanya 1.11 peratus dari jumlah
keseluruhan 440,782 calon.
depan, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) akan dipecahkan kepada bahagian Pemahaman dan Penulisan yang sekali gus
menjadikan mata pelajaran itu mempunyai dua gred berasingan.
Peperiksaan Kementerian Pendidikan, Datin Nawal Salleh berkata, perkara itu
merupakan format baharu bagi peperiksaan UPSR yang diperkenalkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM).
pada tahun depan, calon UPSR bagi sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis
kebangsaan (SJK) akan memiliki enam hingga lapan gred dalam keputusan UPSR
berbanding sekarang lima hingga tujuh gred atau bergantung pada jumlah mata
pelajaran yang diambil.
kertas peperiksaan bagi mata pelajaran Sains yang telah dipecahkan kepada dua
bahagian iaitu kertas satu (objektif) dan kertas dua (subjektif), bagaimanapun
gred bagi kertas itu masih kekal satu.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), di samping membudayakan unsur Kemahiran
Berfikir Asas Tinggi (KBAT), maka format peperiksaan UPSR 2016 yang baharu dan
ditambah baik ini akan digunakan.
ujian bertulis 100 peratus peperiksaan berpusat seperti tahun-tahun
sebelumnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
baharu bagi kertas peperiksaan Bahasa Inggeris itu kini menjadikan semua kertas
mata pelajaran bahasa di peringkat sekolah rendah mempunyai dua kertas
(Pemahaman dan Penulisan) dan gred berasingan.
Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil yang memerlukan calon UPSR menduduki dua
kertas (Pemahaman dan Penulisan).
baharu UPSR telah menambah ujian subjektif bagi kertas Pemahaman untuk semua
mata pelajaran bahasa berbanding hanya ujian objektif sebelum ini.
katanya, ialah pada soalan objektif iaitu bahagian aneka pilihan akan
dikurangkan sementara bahagian soalan pelbagai bentuk akan ditingkatkan dan
ditambah dengan soalan respon terhad (soalan pendek).
mentaksir pencapaian akademik murid seluruh negara dengan mematuhi standard
yang ditetapkan,” katanya.
yang ingin melihat dan meneliti format serta contoh instrumen UPSR mulai 2016
boleh melayari laman sesawang: www.lp.edu.my mulai Isnin.
GURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-81438974863122409142014-05-17T03:28:00.000+08:002014-05-17T03:28:17.823+08:0026,200 guru naik pangkat
MUHYIDDIN Yassin merasmikan sambutan
Hari Guru ke-43 yang bertemakan Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana
Inovasi, di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/NASIRRUDDIN YAZID
KUALA LUMPUR 16 Mei - Seramai 26,200 guru lepasan diploma dan
siswazah di seluruh negara menerima kenaikan pangkat sejak 1 Januari
lalu selepas kerajaan memperkenalkan skim perkhidmatan bersepadu dengan
menjadikan aspek kecemerlangan sebagai garis panduan utama penilaian.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada
jumlah tersebut, paling ramai yang menikmati kenaikan pangkat hasil
skim berkenaan ialah kumpulan guru bukan siswazah iaitu 354 dinaikkan
gred DGA38, 11,314 dinaikkan gred DGA34 dan 4,091 dinaikkan gred DGA32.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan menambah, sehingga Jun 2014, bagi
kumpulan pendidik lepasan siswazah pula dijangkakan seramai 195 guru
dinaikkan gred DG54, 643 dinaikkan gred DG52, 803 dinaikkan gred DG48
dan 8,954 guru bakal menikmati tangga gaji baharu gred DG44.
"Bagi melaksanakan semua urusan kenaikan pangkat guru, kerajaan
memperuntukkan sejumlah besar kewangan sekaligus membuktikan kesungguhan
kerajaan untuk memberi pengiktirafan kepada guru dalam usaha membentuk
serta melahirkan modal insan yang berpersonaliti unggul.
"Saya berharap peluang kenaikan pangkat ini akan memberi semangat
dan dorongan kepada semua guru untuk meningkatkan prestasi
masing-masing," katanya semasa berucap merasmikan sambutan Hari Guru
ke-43 yang bertemakan Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi di sini
hari ini.
Yang turut hadir Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh;
Timbalan Menteri Pendidikan I dan II, Datuk Mary Yap Kain Ching serta P.
Kamalanathan dan isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee
Abdul Rahman.
Selain itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr.
Madinah Mohamad; Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Seri
Ir. Dr. Zaini Ujang dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair
Mohamad Yusof juga turut hadir.
Sempena sambutan tersebut, Penasihat Kluster Johor, Tengku Azuan
Tengku Mohamed dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2014 manakala bekas
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dianugerahkan
Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2014.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, menjelang tahun depan pula, seramai
27,105 guru bakal menikmati kenaikan pangkat hasil daripada skim sama
kerana ketika ini mereka sedang mengikuti Program Pensiswazahan Guru
(PPG) dan dijangka bakal menamatkan pengajian pada 2015.
Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin mahu nilai profesional guru
ditingkatkan dengan kualiti menjadi keutamaan bagi memastikan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 mencapai objektif
sebagaimana diharapkan pihak kerajaan.
Jelasnya, bagi tujuan itu, latihan guru di Institut Pendidikan Guru
(IPG) akan dimantapkan dengan penekanan diberikan kepada unsur-unsur
kreativiti dan inovasi merangkumi program diploma perguruan serta
sarjana muda perguruan.
Pada masa yang sama, beliau juga menuntut para guru agar sentiasa
menambah nilai intelektual masing-masing kerana golongan pendidik
merupakan ejen perubahan dalam usaha kerajaan melahirkan modal insan
berkualiti yang sangat diperlukan negara.
"Guru biasa memberi petunjuk jalan yang betul, tetapi guru yang hebat
memberi inspirasi kepada kita untuk mengenal diri. Mereka menggalakkan
kita untuk menonjolkan bakat yang ada. Guru yang hebat mengasuh murid
mereka untuk menjadi pemimpin.
"Jadi, guru perlu bersedia menerima perubahan dan memiliki ciri
inovatif memandangkan tugas serta tanggungjawab mereka cukup besar
khususnya dalam menghadapi persaingan global yang menuntut perubahan
dinamik dalam sistem pendidikan," katanya.
Utusan Malaysia: 17 Mei 2014
GURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-47567343007564170522014-03-18T22:51:00.003+08:002014-03-18T22:51:55.563+08:00PT3 ganti PMRKUALA LUMPUR 18 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin berkata, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan
digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai tahun ini.
Menerusi pelaksanaan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) pada 1 April ini, tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar
Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah, katanya.
"Akan ada bentuk penilaian di peringkat sekolah. PT3 ini akan
digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke
tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah
Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional.
"Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga akan
menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan
murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka," jelas beliau.
Muhyidddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian dalam sidang
media khas yang turut dihadiri penggiat utama sistem pendidikan negara
seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan
Parlimen di sini hari ini. -BERNAMA
Utusan Malaysia Online: 18 Mac 2014
GURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-80107731341594093462014-02-25T23:39:00.004+08:002014-02-25T23:39:43.635+08:00PBS tidak dimansuhkan - IdrisOleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my
Idris Jusoh bertanyakan sesuatu kepada
Nur Khairunnisahana Fazail (dua dari kanan) berkenaan sampel laut
semasa melawat Pameran Kejayaan Penyelidikan di Universiti Malaya,
Petaling Jaya, semalam. - UTUSAN/Nasirruddin Yazid
KUALA LUMPUR 24 Feb. - Sistem Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) tidak akan dimansuhkan walaupun pelaksanaannya
mendapat bantahan daripada guru.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh sebaliknya berkata,
satu bentuk baharu pelaksanaan sistem itu akan diputuskan pada 1 April
depan yang dijamin tidak akan membebankan lagi golongan pendidik.
Sehubungan itu, jelas beliau, dalam tempoh tersebut, guru diminta
memberi fokus pengajaran kepada murid tanpa terlalu bimbang berhubung
perkara tersebut.
"PBS merupakan sistem terbaik setelah kajian mengenainya dibuat
selama dua tahun dan mendapat pelbagai input daripada 55,000 orang yang
menyatakan tidak mahu lagi kepada sistem berorientasi peperiksaan.
"Kerajaan sudah buat keputusan untuk meneruskannya dan sistem ini
tidak akan dimansuhkan, cuma baru-baru ini hanya timbul masalah
implementasi yang akan diperkemaskan dan ditambah baik melalui kajian
yang sedang dilaksanakan ketika ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis penerangan
kejayaan hasil penyelidikan berasaskan penerbitan oleh lima Universiti
Penyelidikan negara, di Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Mary Yap Kain
Ching dan Naib Canselor UM, Profesor Datuk Dr. Mohd. Amin Jalaludin.
Kementerian Pendidikan semalam membuat keputusan menangguhkan
pelaksanaan PBS bagi menjalankan kajian menyeluruh mengenainya agar
dapat mengurangkan beban tugas guru.
Kajian itu membabitkan rombakan terhadap perkara yang melibatkan
kekerapan guru memasukkan data berkaitan bukti dan pencapaian murid
termasuk pengisian borang rekod prestasi murid.
Dalam pada itu Idris berkata, kementerian sentiasa terbuka dan telus
terhadap rungutan, komen, pandangan, kritikan daripada guru dan
masyarakat.
Oleh itu, kata beliau, isu bantahan berhubung perkara itu tidak perlu
diperbesarkan kerana pasukan yang ditugaskan di pihak kementerian telah
berjumpa dengan guru untuk mendapatkan maklum balas.
Sementara itu, mengulas mengenai kejayaan penyelidikan Universiti
Penyelidikan negara iaitu UM; Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM);
Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Universiti Sains Malaysia (USM) dan
Universiti Putra Malaysia (UPM), beliau berkata, trend penyelidikan
berasaskan penerbitan sudah menunjukkan peningkatan mendadak sejak 2007.
Katanya, demi mencapai kecemerlangan lebih baik, kerajaan akan
memberikan dana bersesuaian agar universiti berkenaan dapat melakukan
kerjasama penyelidikan dengan universiti ternama di luar negara.
"Pada 2008, universiti tempatan mengatasi Thailand dan pada 2010
berjaya mengatasi Singapura dalam bidang penerbitan penyelidikan.
"Sebab itu saya kesal apabila ada pihak yang menyatakan bahawa
universiti kita banyak membelanjakan duit tetapi tidak ada hasil sekali
gus memberi gambaran salah kepada negara luar," katanya.
Utusan Malaysia Online: 25 Februari 2014
GURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-2393956469781470892014-02-25T23:36:00.000+08:002014-02-25T23:36:16.669+08:00TPM: Tiada arahan tukar guru tentang PBS HULU LANGAT 24 Feb. - Tan Sri Muhyiddin Yassin
menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan arahan untuk mengambil
tindakan atau menukar mana-mana guru yang menentang pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Timbalan Perdana Menteri berkata, pihaknya dan Kementerian Pendidikan
juga tidak pernah menganiaya mana-mana guru malah golongan itu bebas
bersuara dalam menyatakan pendapat masing-masing.
"Saya tak keluarkan apa-apa arahan untuk mengambil tindakan (menukar)
terhadap guru yang menentang PBS. Kalau ada (ditukar) mungkin berlaku
melibatkan peringkat pentadbiran daerah, (tetapi tidak pasti) sama ada
tindakan itu dibuat atas fakta lain atau hanya sebab guru berkenaan
menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap PBS.
"Saya sudah memperjelaskan pendirian saya dan kementerian. Kita tidak
mahu menganiaya sesiapa, kita bersikap adil dan tidak mahu dilihat
zalim," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Mesra
Rakyat di Kampung Bukit Dukong, Kajang dekat sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian ketika ditanya
sama ada keputusan menukarkan seorang guru, Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari
selaku Pengerusi Penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) akan
ditarik balik selepas kerajaan menangguhkan sementara pelaksanaan PBS.
Semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof
mengumumkan guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga perkara
itu diputuskan oleh kementerian dalam masa terdekat.
Muhyiddin berkata, walaupun guru bebas bersuara, tetapi perkara itu
perlu mengikut prosedur bersesuaian berdasarkan pekeliling tertentu.
"Bagi saya, yang penting ialah kita dalam peringkat untuk menemukan
cara baharu yang mampu memberi keadaan lebih baik kepada semua pihak
jika dilaksanakan kelak.
"Ini (pelaksanaan PBS) akan kita umumkan apabila kementerian meneliti semua aspek," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, beliau ketika ditanya tindakan Menteri Besar
Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pencatuan air bagi
kawasan yang terjejas di negeri itu berkata, perkara tersebut sepatutnya
dirujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
"Ini (merujuk SPAN) tertakluk kepada undang-undang yang mana boleh
diputuskan selepas SPAN berpuas hati jika situasi di peringkat kritikal.
Ini mungkin dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet oleh menteri
bertanggungjawab tetapi belum ada keputusan mencatu.
"Jadi, kalau dibentangkan nanti kata paras air menurun, ada
cara-caranya. Kita tidak mahu menyusahkan rakyat kata esok kita nak
catu, kerana ini mesti ada persiapan. Kalau nak catu, maknanya pengguna
(orang ramai) perlu ada persiapan," katanya.
Beliau berkata, makluman mengenai pencatuan air juga perlu dinyatakan melalui notis awal.
"Tetapi saya tidak tahu jika Menteri Besar ada kuasa, tetapi setahu
saya, itu diletakkan di bawah SPAN dan ini diputuskan dalam mesyuarat
Kabinet," tambahnya.
Utusan Online: 25 Februari 2014
GURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-6050755875484869592014-02-23T23:48:00.000+08:002014-02-23T23:48:01.129+08:00Guru tidak perlu teruskan pelaksanaan PBS sehingga diberitahuKUALA LUMPUR 23 Feb. - Guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga kenyataan mengenainya
dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof dalam satu kenyataan
hari ini berkata, pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian
semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin
Yassin berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.
Katanya, penambahbaikan itu mengambil kira dapatan kajian terbaharu
KPM, rungutan guru dan mengambil kira pandangan masyarakat termasuk
Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).
"KPM telah mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar
dapat mengurangkan bebanan tugas guru, dengan memfokuskan kepada
rombakan perkara yang melibatkan kekerapan guru memasukkan data termasuk
pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru,"
katanya.
Selain itu, antara tindakan yang diambil KPM ialah menubuhkan
Jawatankuasa Task force PBS di peringkat kementerian yang akan
mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai
perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS.
"War Rooms PBS di peringkat KPM juga diwujudkan untuk menangani
isu-isu berbangkit berkaitan pelaksanaan PBS dengan segera dan berkesan
termasuk membuat maklum balas segera mengenainya dari semasa ke semasa,"
katanya.
KPM juga sedang melaksanakan usaha penambahbaikan terhadap capaian
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bagi memastikan
guru boleh mengakses sistem itu dengan lebih mudah dan berkesan.
Beliau juga memaklumkan bahawa KPM turut menangguhkan taklimat PBS di
peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula 17 Feb
lalu untuk mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.
KPM juga, katanya, telah mengadakan perbengkelan melibatkan guru
termasuk kesatuan-kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula
pelaksanaan PBS pada Februari lalu dan hasilnya akan dibentangkan dalam
tempoh terdekat.
"Kesemua tindakan itu diambil bagi memastikan setiap elemen
pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid
dan dalam masa sama mengurangkan beban guru yang melaksanakannya,"
katanya.
- BERNAMA
Utusan Malaysia Online: 23 Februari 2014
GURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-3764040011993253602014-02-23T04:51:00.000+08:002014-02-23T04:51:13.274+08:00Ada Guru Enggan Guna E-Book Di TerengganuKEMAMAN, 22 Feb (Bernama) -- Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT)
kesal dengan segelintir guru di negeri ini yang enggan menggunakan
e-Book setelah kerajaan negeri menyediakan kemudahan itu dengan
peruntukan besar setiap tahun.
Pengarah jabatan itu Zakaria Husin berkata pihaknya masih menerima aduan
ibu bapa mengenai guru yang tidak menggunakan kemudahan e-Book di
sekolah.
"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana e-Book sudah mempunyai
sukatan pembelajaran yang sama lengkap dengan buku teks. Jadi, ia lebih
mudah dan tidak membosankan pelajar untuk sesi pembelajaran dalam
kelas," katanya kepada pemberita selepas majlis sumbangan buku kepada
lima sekolah terlibat banjir di Kemaman oleh sebuah syarikat penerbitan
di sini, Sabtu.
Zakaria berkata golongan pendidik di negeri ini perlu kreatif dalam
menggunakan alat bantuan mengajar itu bagi menjadikan suasana dalam
kelas lebih menarik dan interaktif.
Beliau berkata e-Book didapati berkesan melonjakkan prestasi akademik
pelajar di negeri itu, dan sehingga kini, tiga buah sekolah menggunakan
kemudahan itu 100 peratus iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga dan
SK Seberang Takir di Kuala Terengganu serta SK Telok Kalong di sini.
"SK Paya Bunga kini muncul lima sekolah terbaik di seluruh negara dari
segi Gred Purata Sekolah (GPS) malah kehadiran pelajarnya juga 100
peratus," katanya.
Bagi merungkai permasalahan itu, Zakaria berkata JPNT akan menemui 351 Guru Besar di seluruh Terengganu.
Setiap tahun, kerajaan negeri Terengganu membelanjakan RM25 juta untuk membeli e-Book dan menyelenggaranya.
BERNAMA: 22 Februari 2014 GURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-704582128436006602014-02-15T19:20:00.003+08:002014-02-15T19:21:40.280+08:00Pendidik diingat usah sertai Himpunan mansuh PBS
KUALA TERENGGANU - Warga pendidik diingatkan supaya tidak mudah
terpengaruh dan menyertai himpunan mansuh pelaksanaan sistem aplikasi
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), pada 22 Februari depan di
Putrajaya.
Yang Dipertua Majlis Pegawai Pendidikan Daerah Malaysia (MPPDM)
Shafruddin Ali Hussin berkata himpunan berkenaan merupakan dakyah pihak
tertentu yang mahu menjatuhkan kerajaan dan menggugat Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) semata-mata, demi kepentingan diri.
"Kita akan ingatkan setiap pengetua dan guru besar melalui infoblast,
khidmat pesanan ringkas (SMS), Whatsapp, e-mel dan surat supaya
memastikan guru-guru tidak terlibat dalam perarakan," katanya kepada
Bernama ketika ditemui pada Majlis Bersama Guru-guru Besar Hulu
Terengganu di sini hari ini.
Shafruddin yang juga Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Terengganu
secara peribadi tidak bersetuju dengan himpunan berkenaan kerana ia
bukanlah cara terbaik untuk meluahkan ketidakpuasan hati kerana KPM
sentiasa memberi ruang bagi menyuarakan pendapat.
Selasa lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata
KPM akan mengkaji semula dan menangguhkan sehingga April pelaksanaan
sistem aplikasi PBS selepas pelbagai aduan diterima daripada golongan
guru.
PBS merupakan transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik.
Bagaimanapun, sejak tahun lepas, para guru mendakwa ia membebankan
mereka berikutan sistem aplikasi pengkomputeran itu sering tergendala
menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan pada lewat malam. - Bernama
Sinar Harian: 15 Februari 2014
GURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-5697279712843023942014-01-27T22:36:00.001+08:002014-01-27T22:39:13.134+08:00Bekas guru besar dihukum kerana salah guna kuasaALOR SETAR 27 Jan - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan
hukuman penjara dua tahun dan denda RM148,500 kepada seorang bekas
penjawat awam setelah didapati bersalah atas lima tuduhan salah guna
kuasa membabitkan bekalan pakaian seragam ko-kurikulum sekolah pada 2008
dan 2009 bernilai RM32,400.
Hakim Mohd Rosli Osman menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Zakaria
Md Lazim,56, yang merupakan guru besar Sekolah Kebangsaan Tandop Besar
(SKTB), Kuala Nerang dekat sini ketika kesalahan dilakukan.
Hakim menetapkan hukuman penjara bermula dari hari ini, manakala
tertuduh akan dipenjara 15 bulan lagi jika gagal membayar jumlah denda
yang ditetapkan.
Dalam pertuduhan pertama, Zakaria didakwa menggunakan jawatannya
untuk memilih ZNR Kuala Nerang Enterprise (ZNR), sebagai pembekal set
pakaian Puteri Islam bernilai RM3,300 dan dia didakwa mempunyai
kepentingan kerana pemilik ZNR merupakan adiknya sendiri, Ros Adimas Md
Lazim.
Bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat, Zakaria juga dituduh
menggunakan jawatannya untuk memilih ZNR sebagai pembekal set pakaian
PBSM bernilai RM6,300, set pakaian TKRS bernilai RM8,200 dan set pakaian
Pengakap bernilai RM8,700.
Dalam pertuduhan kelima, Zakaria juga didakwa menggunakan jawatannya
untuk memilih ZNR sebagai pembekal set pakaian seragam PBSM, Pengakap,
Puteri Islam dan TKRS bernilai RM5,900 di SKTB pada September 2009.
Utusan Malaysia: 27 Januari 2014GURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-15885002215992045252014-01-25T21:45:00.002+08:002014-01-25T21:45:52.271+08:00Kecewa guru denda anak macam lembu
Ketua
Pemuda Umno Bahagian Tanjung Malim, Mohd Amin Osman (tengah, duduk)
mahu tindakan tegas, ke atas guru SJKC yang menghukum dua murid seperti
lembu. - Foto Sinar Harian oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI
< 1 / 1
SUNGKAI - Dua ibu murid Tahun Empat di sebuah sekolah aliran Cina di sini kecewa dan sedih dengan cara seorang guru lelaki mendenda anak mereka kerana tidak membuat kerja sekolah pada Khamis lepas.
Mereka mendakwa guru berusia 26 tahun itu mengalungkan loceng di leher anak lelaki masing-masing dan diberi makan rumput serta dipanggil 'lembu'.
Yarnis Kasuma Dewi Zainal Aripin, 32, berkata beliau diberitahu oleh rakan anaknya bahawa guru itu turut merakam gambar anaknya dalam keadaan demikian menggunakan telefon bimbit serta menunjukkan gambar itu kepada murid-murid di kelas lain sambil mengugut akan memuat naik gambar itu dalam laman sosial Facebook.
Katanya beliau amat sedih, kecewa dan sakit hati apabila mengetahui perkara itu dan akibat kejadian itu, anak lelakinya mengalami fobia dan takut untuk ke sekolah semalam, katanya kepada pemberita di kawasan Surau Awamiah, Taman Permai di sini, hari ini.
Siti Aisyah Hashim, 32, pula berkata mereka telah mengadakan pertemuan dengan guru itu dan guru besar sekolah berkenaan di Balai Polis Sungkai petang semalam bagi menyelesaikan perkara itu.
Dalam pertemuan itu, katanya guru berkenaan hanya memohon maaf dan terus beredar dari balai polis sebaik pertemuan itu selesai dan beliau menganggap permohonan maaf guru itu tidak ikhlas.
Sementara itu, seorang daripada murid itu berkata mereka tidak disuruh memakan rumput yang diberikan dalam kejadian pada 9 pagi itu tetapi diberi amaran supaya tidak menanggalkan loceng itu sehingga 1.30 petang, jika tidak mahu dirotan sebanyak 10 kali.
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw mengesahkan bahawa Yarni telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
"Siasatan polis dibuat dengan memanggil kedua-dua pihak dan murid terbabit.
Perjumpaan dihadiri Guru Besar sekolah berkenaan dan pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batang Padang.
"Hasil perbincangan mendapati guru itu mengaku melakukan perkara itu tetapi menafikan memberi mereka makan rumput," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Som Sak berkata guru itu mengambil tindakan demikian kerana kedua-dua murid berkenaan tidak menyiapkan kerja rumah bahasa Inggeris sejak dua minggu lepas.
Dalam laporan polisnya di Balai Polis Sungkai pada 1.20 petang semalam, Yarni Kasuma mendakwa anaknya bersama-sama seorang lagi rakan kelas telah didenda memakai loceng di leher semasa murid lain menikmati waktu rehat.- Bernama
Sinar Harian: 25 Januari 2014
GURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-73275228642530213752014-01-20T22:05:00.000+08:002014-01-20T22:05:38.631+08:00Perlu pengalaman dan kaedah mantapOleh Ruhaiza Rusmin
Pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai penawaran
tangga gaji lebih tinggi kepada guru yang mempunyai ijazah sarjana dan
doktor falsafah (PhD) menunjukkan betapa komitednya kerajaan menaikkan
martabat guru.
Biarpun mungkin segelintir pihak melihatnya tidak adil, secara positif ia bakal meningkat taraf profesion pendidik.
Ia juga dianggap pencetus semangat kepada guru lain mengejar taraf pendidikan serupa bagi menikmati ganjaran ditawarkan.
Bagaimanapun,
masih boleh dipersoalkan taraf dan kualiti guru itu sama ada mampu
mempunyai kelebihan berbanding guru bertaraf ijazah sarjana muda,
diploma atau sijil.
Adakah
mereka yang lebih tinggi kelayakan ini boleh memberi impak lebih besar
kepada dunia pendidikan negara dengan sumbangan idea lebih jitu serta
menggalas tanggungjawab lebih komited.
Atau hanya sekadar tinggi kelayakan, namun kredibiliti masih di takuk lama?
Dekan Pusat Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor
Datuk Dr Abdul Rashid Mohamed berkata kelayakan dan ganjaran yang lebih
tinggi perlu diiringi dengan pencapaian lebih hebat dan berkualiti.
Beliau
berkata, biarpun ada segelintir menganggap kelulusan tidak dapat
menggambarkan secara tepat kemampuan sebenar, secara logik mereka yang
mempunyai ijazah sarjana atau Phd memiliki kelebihan ilmu.
“Justeru dengan kelebihan ini, pastinya tahap intelektual mereka lebih ke hadapan dengan idea atau cara pembelajaran lebih baik.
“Ini berpadanan dengan kelayakan disandang serta ganjaran diperoleh
selain memanfaatkan demi kesejahteraan menyeluruh,” katanya.
Bagaimanapun, perkara itu adalah subjektif kerana terpulang kepada
mereka untuk mentafsirkan kelebihan atau kebolehan masing-masing.
“Sebenarnya terpulang pada individu (guru) untuk menunjukkan kebolehan atau kelebihan semasa proses pembelajaran dan pengajaran.
“Namun, pastinya mereka yang mempunyai kelayakan lebih tinggi mempunyai lebih banyak keistimewaan.
“Dalam
konteks ini, dua aspek perlu dilihat sama ada melalui kandungan atau
pedagogi (kemahiran) guru sendiri ketika melaksanakan tugasan,” katanya.
Beliau
yang juga Pengerusi Majlis Dekan Fakulti Pendidikan Institut Pengajian
Tinggi Awam berkata kelayakan atas sekeping kertas bukan penentu
kejayaan total kemampuan guru.
“Rasionalnya belajar untuk
memperoleh sijil, diploma dan ijazah sarjana muda prosesnya tidak akan
sama untuk memperoleh ijazah sarjana atau PhD.
“Di situ wujud kelebihan dan perbezaan.
“Bagaimanapun,
untuk menjadi guru yang baik bukan saja memerlukan kelayakan, tapi
elemen lain seperti pengalaman dan kaedah pembelajaran mantap,” katanya
mengakui ganjaran diberikan itu sepatutnya menaikkan semangat guru
untuk gigih berusaha.
“Guru adalah golongan istimewa yang jasanya sukar dibalas.
“Dan, kerana keistimewaan itu mereka perlu diletakkan pada satu tahap istimewa untuk lebih dihormati.
“Penghargaan
penting bukan saja untuk menghargai jasa mereka, malah mengembalikan
kegemilangan golongan itu yang semakin tercalar kebelakangan ini,”
katanya.
Mengenai andaian kemungkinan wujud konflik perbezaan
darjat antara kedua-dua pihak di sekolah, beliau berkata ia tidak
mungkin berlaku.
“Sesiapa saja boleh belajar untuk memperoleh kelayakan dan ganjaran itu. Tiada halangan berbuat demikian.
“Jika rasa kelayakan sedia ada sudah memuaskan hati (tidak perlu menyambung pengajian). Begitu juga sebaliknya.
“Namun, sebagai guru mereka perlu profesional dan tahu meletakkan keperluan mana lebih penting,” katanya.
Guru masa kini juga katanya perlu sentiasa ada keinginan tinggi untuk meningkatkan pencapaian diri.
“Kita
bukan semakin bergerak ke belakang tapi ke depan. Apa yang berlaku pada
masa depan termasuk dalam sektor pendidikan tidak dapat dijangka.
“Guru
sepatutnya tidak boleh selesa dengan keadaan diri. Peluang sudah ada
kenapa tidak memanfaatkannya untuk mempertingkatkan taraf diri.
“Jika halangan masa atau kekangan tanggungjawab menjadi penyebab itu bukan alasan yang baik,” katanya.
Berkenaan pelbagai ganjaran diberikan kepada guru, beliau berkata ia perlu dilihat dalam pelbagai konteks berbeza.
“Ada yang melihatnya sebagai satu penghargaan, tapi ada juga sebaliknya.
“Pandangan peribadi saya, untuk menjadi guru perlu ada keinginan dan minat yang tinggi.
“Malangnya tidak semua sanggup menjadi guru, mungkin tiada pekerjaan lain atau sebab peribadi, mereka memilih guru,” katanya.
Malah, dengan nisbah 1:13 iaitu satu guru untuk 13 pelajar, katanya, negara memiliki antara teramai guru di dunia.
“Ini menunjukkan kita boleh melahirkan ramai guru berkualiti, berkelayakan serta mampu menjadi tenaga pengajar terbaik.
“Guru pula perlu melihat cabaran dunia perguruan dengan cara berilmu sebab itu anda dipanggil guru.
“Jangan
lagi dibuai tanggapan kerjaya guru ini mudah sebab bergelar guru hari
ini hanya untuk mereka yang berminat dan tabah berdepan sepak terajang
dunia perguruan,” katanya.
myMetro: 20 Januari 2014GURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-47068953668113772502014-01-17T22:53:00.000+08:002014-01-17T22:53:19.908+08:00Mukadimah zina: Guru besar, guru diarah bela diri
Guru besar (kanan) dan tertuduh wanita tersebut turut keluar sambil menutup muka mengelak wajahnya dirakam media.
KOTA BHARU - Seorang guru besar dan guru sebuah sekolah rendah di Pasir
Mas diarah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam supaya membela diri
atas tuduhan mukadimah zina, April lalu.
Perintah dibuat Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan terhadap guru besar
berusia 54 tahun dari Kampung Perupok, Chetok, Pasir Mas, dan pasangan
berusia 26 tahun dari Taman Lubok Jong, daerah sama.
Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan mukadimah zina iaitu berada
di atas tubuh seorang perempuan yang bukan isteri atau muhramnya dalam
keadaan separuh bogel dalam sebuah kereta Perodua Kancil pada jam 8.30
malam, 28 April lalu.
Wanita tersebut pula didakwa atas tuduhan sama dalam keadaan separuh
bogel dengan memakai t-shirt tetapi seluar ditanggalkan serta berada di
bawah badan lelaki tersebut masa dan tarikh yang sama.
Perbuatan dilakukan dengan di tempat duduk hadapan dalam sebuah kereta
yang dipakir di bahu Lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang, Kampung Gaung,
Pasir Mas.
Pada prosiding semalam, pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie kes pada keputusan pada akhir kes pendakwaan.
Peguam mereka, Yuslan Yusof bagaimanapun memohon tarikh lain berikutan
kedua-dua anak guamnya belum bersedia untuk perintah itu. Nik Najib
kemudian bersetuju dan menetapkan sebutan semula pada 27 Mac depan.
Kedua-dua ditahan dalam serbuan kakitangan Pejabat Agama daerah itu.
Kes dikendalikan, Timbalan Pendakwa Syarie (Kanan), Norhasney Ridhwan
Hassan.
Sinar Harian: 17 Januari 2014
GURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-1551444740353492014-01-15T00:10:00.001+08:002014-01-15T00:10:56.926+08:00Pengetua, guru pantau harga makanan kantin sekolahKUALA SELANGOR 13 Jan. - Semua pengetua dan guru diarah memantau
harga makanan di kantin sekolah masing-masing bagi memastikan pelajar
tidak terbeban dengan harga makanan serta minuman yang tidak berpatutan.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pengusaha
kantin tidak boleh mengambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati dan
sebarang perubahan mengenainya perlu dimaklumkan kepada pihak sekolah
terlebih dahulu.
"Setakat ini hanya beberapa aduan diterima namun setelah pihak sekolah menegur, mereka telah menurunkan harga barangan.
"Oleh itu, pihak sekolah perlu memainkan peranan mengawal kenaikan harga makanan di kantin masing-masing," katanya.
Beliau berucap dalam majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) peringkat kebangsaan di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengarah Peperiksaan, Dr. Na'imah Ishak; Timbalan
Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Madinah Mohamad.
Sebanyak 46 buah sekolah cemerlang di seluruh negara menerima
anugerah dalam majlis itu yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Ijok,
Bestari Jaya.
Sementara itu, gred purata nasional (GPN) bagi UPSR tahun lepas
adalah 2.27 peratus dan peratusan calon yang mendapat semua gred A bagi
semua matapelajaran yang diduduki meningkat sebanyak 0.21 peratus iaitu
daripada 8.94 peratus pada 2012 kepada 9.15 peratus.
Sementara itu, Idris memberitahu, setakat ini tiada sekolah dijadikan
pusat pemindahan banjir berikutan banjir gelombang kedua yang berlaku
ketika ini.
"Keadaan banjir masih lagi terkawal termasuk di beberapa buah negeri
yang terlibat seperti Sabah dan Kelantan, justeru tiada sekolah menjadi
pusat pemindahan.
"Kita juga meminta pihak sekolah supaya bersedia dengan banjir gelombang kedua," katanya.
Utusan Malaysia: 14 Januari 2014
GURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-36051447573984021702014-01-13T11:13:00.002+08:002014-01-13T11:13:37.902+08:00P. Kamalanathan ditumbuk bapa mertua guru minta pindah sekolah KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pendidikan II, P.
Kamalanathan membuat laporan polis setelah didakwa ditumbuk oleh
seseorang lelaki di pejabat beliau pada Ahad.
Menurut laporan
laman web Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional, insiden diberlaku pada
jam 2.30 petang ketika ayah pemuda berkenaan berjumpa dengan
Kamalanathan untuk memohon supaya menantu beliau yang mengajar di Johor
ditukarkan ke Hulu Selangor.
Namun, ahli Parlimen itu
memberitahu hanya boleh memberi sokongan sahaja kerana menantu beliau
mengajar Bahasa Inggeris dan sukar mendapat kelulusan bertukar.
Dalam laporan polis beliau di balai Bukit Sentosa, Kamalanathan
mendakwa pemuda itu kemudian berjumpanya dengan sekumpulan pemuda lain
di pejabat beliau melepaskan satu tumbukan ke bahagian lehernya.
Polis Kuala Kubu Bahru juga mengesahkan menerima laporan timbalan menteri itu.
Astro Awani: 13 Januari 2014
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/p-kamalanathan-ditumbuk-bapa-mertua-guru-minta-pindah-sekolah-28212?cp
GURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-67641696970700764702014-01-11T01:55:00.002+08:002014-01-11T01:55:45.369+08:00Guru sarjana, Ph.D gaji lebih tinggiPUTRAJAYA 9 Jan. - Guru-guru baharu yang mempunyai kelulusan sarjana
dan doktor falsafah (Ph.D) akan menikmati gaji permulaan lebih tinggi
bagi gred DG41 iaitu tambahan RM715 dan RM1,022 berbanding guru
berkelulusan ijazah sarjana muda.
Sistem gaji baharu itu berkuat kuasa mulai 1 Januari lalu dan telah
dimaklumkan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 40/2013 yang
ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi
Zainal (gambar) bertarikh 16 Disember lalu.
Menurut pekeliling tersebut, guru-guru berkelulusan ijazah sarjana
muda dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan menerima gaji
permulaan mereka pada gred DG41 iaitu RM2,018.52.
Namun, guru yang berkelulusan sarjana serta Diploma Pendidikan, gaji
permulaan pada gred DG41 adalah RM2,733.98 iaitu pertambahan sebanyak
RM715.
Bagi guru yang mempunyai kelulusan Ph.D serta Diploma Pendidikan pula
gaji permulaannya pada gred DG 41 pula sebanyak RM3,040.60.
Bagaimanapun, menurut pekeliling itu, bagi guru-guru berkelulusan
ijazah sarjana muda (kepujian) dalam bidang pendidikan atau ijazah
sarjana muda (kepujian) dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan,
gaji permulaan pada gred DG41 yang ditawarkan ialah RM2,222.94.
Utusan Malaysia: 10 Januari 2014
GURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.com24tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-25915797323225301702014-01-09T09:18:00.002+08:002014-01-09T09:18:46.835+08:00Bantai pegawai pantau kelasOleh Shamsul Munir Safini
Padang Besar: “Saya tergamam melihat seorang rakan ditumbuk di bahu,
belakang kepala dan badannya oleh dua guru lelaki di kaki lima kelas
sebelum kejadian itu dileraikan.”
Begitu kata seorang saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai
Hisham, 30-an, apabila melihat rakannya yang juga pegawai di Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) dikepung dan ditumbuk dua guru berusia 40-an
yang berlagak ala samseng dalam kejadian di sebuah sekolah rendah, di
sini.
Dalam kejadian jam 8.50 pagi kelmarin, mangsa berusia 39 tahun
dibelasah dua guru lelaki terbabit yang dipercayai akibat berang dengan
tindakannya memantau sesi mengajar di dalam kelas yang dikendalikan
seorang daripada mereka.
Sebelum itu, Hisham berkata, pada
kira-kira jam 7.30 pagi, dia bersama 30 pegawai Jabatan Pendidikan
negeri daripada Bahagian Sektor Penilaian sekolah hadir ke sekolah
berkenaan.
WARTAWAN Harian Metro menemu bual saksi kejadian pergaduhan antara guru dan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri.
Kehadiran mereka termasuk mangsa bertujuan memantau sesi
pembelajaran berikutan prestasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
sekolah itu kurang memuaskan.
myMetro: 9 Januari 2014
GURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.com12tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-87399402440074091962014-01-06T23:29:00.003+08:002014-01-06T23:29:42.823+08:00Nasional Lebihan guru punca pertukaran dibekuJertih: Tiga negeri di Semenanjung dikenal pasti mempunyai lebih guru
yang menyebabkan permohonan pertukaran ramai pendidik dari luar ke
negeri terbabit terpaksa dibekukan.
Menteri Pendidikan II, Datuk
Seri Idris Jusoh, berkata Kelantan mencatat jumlah lebihan guru paling
ramai, iaitu 30,000, diikuti Terengganu dan Kedah, masing-masing
mempunyai lebihan 10,000 guru.
Katanya, ramai guru berasal dari tiga negeri terbabit bertugas di luar
terutama di Sabah dan Sarawak, memohon bertukar ke negeri kelahiran
mereka, tetapi terpaksa ditangguhkan atas alasan itu.
“Antara masalah lain ialah mereka yang memohon tidak memenuhi kekosongan opsyen (aliran) yang diperlukan.
Ramai
pemohon daripada aliran Bahasa Melayu, sedangkan keperluan ialah guru
Bahasa Inggeris atau pemohonnya guru Sejarah tetapi keperluan adalah
untuk mengajar Sains,” katanya.
Masyuarat khas
Sehubungan
itu, Idris berkata, mesyuarat peringkat kementerian akan diadakan
pertengahan bulan ini bagi membantu guru yang mempunyai alasan kukuh
untuk bertukar seperti ibu atau ayah sakit, hendak bersama isteri atau
suami yang sudah lama tinggal berjauhan selain masalah keselamatan atau
sakit.
“Kementerian bersimpati dengan masalah yang disuarakan guru
terbabit, terutama masalah keluarga seperti suami isteri yang berjauhan
dan kesihatan ibu bapa,” katanya selepas menyampaikan bantuan pendidikan
antara RM500 hingga RM1,000 kepada pelajar miskin di kawasan Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di sini, semalam.
Sementara
itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Besut berkata, Kementerian
Pendidikan akan menyiasat dan menyemak harga makanan dan minuman di
kantin sekolah seluruh negara bagi memastikan tiada kenaikan melampau
yang boleh membebankan ibu bapa serta pelajar.
“Setakat ini, kementerian tidak menerima sebarang aduan daripada pentadbir sekolah atau ibu bapa mengenainya.
Pengusaha
kantin sekolah tidak sepatutnya menaikkan harga makanan dan minuman
atas alasan kenaikan harga barangan seperti gula sehingga membebankan
pelajar,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau meminta semua
ADUN dan Ahli Parlimen melaporkan kepada kementerian jika ada pelajar
yang bermasalah dan tidak dapat bersekolah kerana dibelenggu kemiskinan.
Berita Harian: 6 Januari 2014 GURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-21018435673282945602014-01-05T01:21:00.001+08:002014-01-05T01:21:36.477+08:00Pelajar serang guru ditahan
Oleh SHOLINA OSMAN
pengarang@utusan.com.my
Suspek berumur 17 tahun dibawa ke
mahkamah untuk direman kerana menyerang seorang guru di Kompleks
Mahkamah Kangar, Perlis, semalam
KANGAR 3 Jan. - Polis menahan seorang pelajar
tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis dekat sini
kerana didakwa mencederakan seorang guru lelaki dengan kerambit pada
hari pertama persekolahan semalam.
Kejadian dipercayai berlaku selepas pelajar lelaki itu ditegur oleh guru berkenaan kerana menggayakan rambut ala 'punk'.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Supritendan Ismail Che Isa
berkata, suspek lelaki berusia 17 tahun itu ditahan pada pukul 1 pagi
ini di rumahnya di Kuala Perlis dekat sini.
"Turut dirampas ialah senjata yang digunakan untuk mencederakan guru
lelaki tersebut iaitu gunting kecil yang telah diubah suai menjadi
kerambit," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Menurut Ismail, pihaknya telah mendapatkan perintah tahanan reman
selama seminggu terhadap pelajar berkenaan bermula hari ini untuk
siasatan lanjut.
Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan
kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda
berbahaya.
"Kita akan berbincang dengan pihak Jabatan Pendidikan negeri dan juga
sekolah terbabit supaya dapat melakukan pemeriksaan mengejut bagi
memastikan insiden pelajar membawa senjata ke sekolah tidak berulang.
"Kita juga mahu memastikan persekitaran sekolah bebas daripada sebarang kejadian jenayah," ujarnya.
Dalam kejadian pukul 7 pagi semalam, pelajar terbabit dikatakan marah
selepas guru berkenaan yang memeriksa pintu masuk sekolah menegurnya
kerana menggayakan rambut ala 'punk' dan mewarnakan rambut.
Selepas ditegur, pelajar itu pulang ke rumah dan datang semula ke
sekolah dengan ibunya untuk bertemu dengan guru tersebut sehingga
berlaku satu pertengkaran.
Pelajar itu dikatakan bertindak menyerang guru berkenaan menggunakan
kerambit sehingga mengakibatkan kecederaan di bawah mata kanannya dan
terpaksa diberikan rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Perlis.
Utusan Malaysia: 4 Januari 2014
GURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-64985212527010277722014-01-02T23:04:00.001+08:002014-01-02T23:04:28.898+08:00Pengarah JPN diberi kuasa lulus projek RM5 juta
KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kini boleh
meluluskan projek pembangunan pendidikan sehingga RM5 juta setahun untuk
negeri masing-masing, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ini adalah satu daripada langkah
transformasi pendidikan yang bertujuan memperkasakan jabatan pendidikan
di peringkat negeri dan daerah di bawah fasa pertama Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
"Ketua Setiausaha kementerian telah meluluskan penurunan kuasa kepada
pejabat peringkat negeri, yang dahulu mereka hanya boleh belanja sekadar
RM500,000 setahun," kata Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan kepada
pemberita selepas mengadakan tinjauan hari pertama persekolahan di
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, di sini, hari ini.
Terdahulu beliau turut melakukan tinjauan ke SK Presint 14(1)
Putrajaya, Sekolah Menengah Kebangsaan St. Gabriel di Kampung Pandan dan
Sekolah Jenis Kebangsaan(SJK) Tamil Kampung Pandan, Jalan Thaver.
Muhyiddin berkata, dengan kelulusan itu, "kalau ada perkara-perkara
yang perlu dilaksanakan maka pihak pengarah peringkat negeri boleh
laksanakan.
"Dia boleh panggil sebut harga ataupun tawaran untuk selesaikan hal-hal
berkaitan pelaksanan infrastruktur fizikal, dan juga perolehan yang
perlu dibuat di peringkat negeri masing-masing," tambahnya.
Muhyiddin berkata, ia bertujuan untuk pengagihan keputusan-keputusan
pelaksanaan dan mempercepatkan proses kelulusan tanpa perlu melalui
peringkat kementerian, dan dengan cara itu, perjalanan pembelajaran di
sekolah boleh berjalan lebih lancar.
Kerajaan sedar banyak pihak yang kritikal mengenai pencapaian
pendidikan negara, justeru pelbagai inisiatif lain yang telah dirangka
di dalam PPPM akan diterjemahkan secara berperingkat dengan secepat
mungkin, katanya.
"Nak terjemahkan semua dalam tempoh singkat tidak mungkin dapat dilakukan. Ia kena berperingkat, sebab itu 13 tahun.
"Proses ini akan berlaku sepanjang masa, dengan cara itu kita boleh
perbaiki kelemahan ataupun tingkatkan kualiti pembelajaran," katanya.
Menyentuh mengenai guru, Muhyiddin berkata, tahun ini, kira-kira 9,000
guru lagi akan menjalani latihan tingkat kemahiran dan kecekapan
(Upskill) dalam persediaan mencapai objektif pelajar wajib lulus Bahasa
Inggeris menjelang 2016.
Sementara itu, mengulas tinjauannya ke empat buah sekolah hari ini,
Timbalan Perdana Menteri berkata beliau amat puas hati dengan perjalanan
awal persekolahan tahun ini bermula dengan lancar di kesemua sekolah.
Malah pihaknya juga berpuas hati dengan kemampuan sekolah-sekolah
memenuhi Penunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian iaitu satu pelajar,
satu meja, satu kerusi dan satu set buku teks, katanya.
"Kesemua tidak hadapi masalah dan semua berjalan baik," katanya dan
menambah, peranan komuniti dan ibu bapa amat penting dalam memastikan
sistem pendidikan sekolah terus mencapai matlamat.
Bagaimanapun daripada tinjauannya hari ini, beliau mendapati wujud
beberapa keperluan yang dikemukakan oleh empat sekolah yang dilawatinya,
termasuk penambahbaikan dan menurutnya ini akan laksanakan dalam Bajet
2014. - Bernama
Sinar Harian: 2 Januari 2014GURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-65024279779261619312013-12-28T01:45:00.000+08:002013-12-28T01:45:00.078+08:00Tetapkan tempoh penempatan guru di pedalamanZIN MARKAM
Pontian, Johor
Kementerian Pendidikan dikatakan tidak menetapkan sebarang tempoh tertentu bagi guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman.
Namun, elok jika ditentukan suatu tempoh perkhidmatan yang munasabah
di kawasan pendalaman bagi seseorang guru supaya kita berlaku adil.
Tidak timbul masalah kekurangan guru jika diamalkan sepenuhnya
peraturan ikut giliran. Guru yang baharu menamatkan pengajian
ditempatkan di kawasan pedalaman untuk menggantikan guru yang memohon
bertukar terutama yang sudah memenuhi tempoh mengajar di pedalaman.
Memang benar guru boleh memohon bertukar setiap tahun, namun dasar
penempatan guru di pedalaman akan menjadi lebih jelas dan telus.
Guru boleh merancang dalam mengemukakan permohonan pertukaran.
Mungkin ada guru berjaya menyesuaikan diri atau guru tempatan dan
bersedia berkhidmat di pedalaman lebih lama dari tempoh yang ditetapkan.
Elaun khas mengajar di pedalaman bukan menjadi daya tarikan utama
guru. Yang penting penetapan tempoh mengajar di pedalaman yang tidak
terlalu lama boleh mendorong guru bersikap lebih terbuka dan bersedia
ditempatkan di kawasan pedalaman.
Utusan Malaysia: 26 Disember 2013
GURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-15679817725431145192013-12-28T01:42:00.001+08:002013-12-28T01:42:24.043+08:00Guru sekolah berasrama penuh dibebani dengan banyak tanggungjawab
Oleh Syed Abdullah
BEBERAPA orang guru yang mengajar di sekolah berasrama penuh (SBP)
agak terkilan dan kecewa apabila mereka dibebankan dengan kerja yang
terlalu banyak berbanding dengan guru sekolah menengah biasa.
Mana tidaknya, mereka terpaksa mengajar mulai pukul 7.30 pagi hingga
4.30 petang dan selalu pula dikenakan mengajar kelas tambahan pada
hujung minggu terutama bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia
Inilah hakikatnya yang berlaku kepada guru SBP yang terpaksa berkerja
lebih masa daripada guru sekolah menengah biasa sedangkan gaji mereka
adalah sama, tetapi tanggungjawab lebih.
Untuk menjaga prestasi sekolah SBP supaya sentiasa cemerlang setiap
tahun, guru ini dikerahkan bekerja keras bagi memastikan pelajar mereka
mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Mereka juga perlu memastikan SBP ini mempunyai kebersihan dan tahap
disiplin yang tinggi selain aktiviti kokurikulum yang sentiasa berada
ditahap cemerlang.
Adalah wajar jika pihak Kementerian Pendidikan mengkaji dan
memberikan elaun atau imbuhan tertentu kepada guru SBP sebagai satu
insentif kerana ketabahan mereka mendidik anak bangsa.
Utusan Malaysia: 26 Disember 2013
GURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-68266552622751452932013-12-24T20:12:00.000+08:002013-12-24T20:12:21.295+08:00PBSMR tidak wujud, hanya PMR ditambah baik
JAMILAH HAMZAH
24 Disember 2013
PUTRAJAYA - Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) menjelaskan format
peperiksaan baru menggunakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Menengah Rendah (PBSMR) bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) sebenarnya tidak wujud.
Ketua Gerak Kerjanya, Norizzat Mohd Johari berkata, perkara itu telah
dinyatakan sendiri oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh
dalam perbincangan meja bulat yang diadakan hari ini.
Menurutnya, kementerian telah menjelaskan bahawa hanya akan ada penambahbaikkan dalam peperiksaan PMR.
"... ini juga masalah salah faham yang berlaku, saya juga telah
tegaskan kepada kementerian, bahawa perkara ini tidak mahu berulang
kembali kerana 2014 adalah tahun kemuncak.
"... dan saya berani katakan KPM mengakui bahawa tiada kewujudan nama
PBSMR, sebenarnya ia hanya penambahbaikkan itu sendiri, bukan tukar
nama.
"Perkara itu bukan daripada pihak kementerian sendiri, kita minta pihak
kementerian uar-uarkan perkara itu sendiri, tapi hari ini apa yang SGMM
dapatkan (daripada perbincangan) itu hanya khabar angin, ataupun
nama-nama yang digembar-gemburkan yang ditakuti guru-guru selama ini,"
katanya kepada sidang media, selepas perbincangan meja bulat bersama
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, hari ini.
Oktober lalu media melaporkan format peperiksaan baru untuk
menggantikan PMR itu adalah bagi mencapai matlamat Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching
berkata, peperiksaan baru dikenali PBSMR bagi menggantikan PMR itu masih
belum dapat disahkan.
“Apabila ada pelan berkenaan, sudah pastinya akan berlaku perubahan
format. Bagaimanapun, saya hanya akan membuat komen apabila semuanya
sudah dimuktamadkan dan diterima umum.
“Saya tidak gemar komen sesuatu yang tidak pasti dan masih belum
diwujudkan, malah saya tidak boleh sahkan perkara itu,” katanya.
Sinar Harian: 24 Disember 2013
GURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-1840009163981078922013-12-20T02:22:00.000+08:002013-12-20T02:22:05.217+08:00Lebih 36,000 guru mohon pertukaran tahun laluKUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menerima 36,133 permohonan
pertukaran guru tahun lepas, meningkat kira-kira 18 peratus berbanding
tahun sebelumnya.
Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan berkata jumlah itu
merangkumi 19,678 permohonan guru sekolah rendah dan 16,455 guru sekolah
menengah.
"Daripada jumlah ini hanya 18.93 peratus permohonan diluluskan iaitu
merangkumi 2,778 guru sekolah rendah dan 4,063 sekolah menengah,"
katanya menjawab soalan Senator Ahamat@Ahamad Yusop di Dewan Negara, di
sini, hari ini.
Ahamat ingin tahu kriteria yang diguna pakai dalam penentuan
kelulusan permohonan pertukaran guru dan statistik permohonan yang
diterima serta peratusan diluluskan dan ditolak untuk lima tahun lalu.
Kamalanathan berkata, keperluan perkhidmatan dan kekosongan opsyen
yang terdapat di negeri-negeri merupakan kriteria utama yang diambil
kira dalam penentuan penempatan guru baharu dan kelulusan pertukaran
guru.
Kementerian juga katanya bersedia menimbang permohonan pertukaran
guru yang mempunyai alasan kukuh seperti ancaman keselamatan, sakit
kronik, mengikut pasangan dan cukup tempoh perkhidmatan, mengikut
keperluan dan kekosongan jawatan di negeri yang dipohon.
Katanya, bilangan guru di sesebuah negeri tidak boleh melebihi
jumlah yang diluluskan mengikut waran perjawatan negeri berkenaan.
"Kementerian ini juga perlu memastikan keperluan opsyen yang
kritikal diisi dengan guru opsyen berkenaan agar murid mendapat tenaga
pengajar yang kompeten dan mencukupi," katanya.
- BERNAMA
Berita Harian: 20 Disember 2013 GURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-34048336508262200602013-12-18T00:08:00.002+08:002013-12-18T00:08:24.223+08:00PBS dipertingkat, guna Java, HTML 5KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan sedang membangunkan modul
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang baharu menggunakan teknologi
Java dan HTML 5 yang lebih cekap dan ringan berbanding teknologi
sebelumnya.
Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh memberitahu
persidangan Dewan Negara hari ini, pendekatan baharu dalam pengurusan
kapasiti pemprosesan di pusat data secara 'on-demand' itu diambil bagi
membolehkan keupayaan pemprosesan ditingkatkan mengikut keperluan.
"Ini akan memastikan pengguna tidak menghadapi isu 'auto log out' atau
server perlahan dan tidak dapat mencapai aplikasi itu," katanya semasa
menjawab soalan Senator Datuk Muhammad Olian Abdullah mengenai langkah
kerajaan untuk menaik taraf PBS di setiap sekolah yang disediakan
kemudahan infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT).
Kementerian juga melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam modul PBS
baharu dengan menyediakan keupayaan 'cache' bagi membolehkan PBS terus
beroperasi walaupun secara 'off-line'.
Selain itu, Idris berkata terdapat beberapa kelemahan dalam penggunaan
infrastruktur ICT khususnya keupayaan server komputer bagi Sistem
Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan semak dalam
talian.
Beberapa punca dan penyelesaian telah dikenal pasti termasuk isu
kapasiti pemprosesan yang telah ditetapkan pusat data, aplikasi SPPBS
sedia ada memerlukan keupayaan pemprosesan yang tinggi kesan daripada
penggunaan teknologi lama serta jadual kemasukan data yang sangat
fleksible menyebabkan pengguna memasukkan data pada penghujung tahun
mengakibatkan kesesakan pusat data.
Mengenai usaha mengurangkan beban tugas guru, beliau berkata modul PBS
diintegrasikan dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) sebagai 'single
window' bagi kemasukan data di sekolah.
"Kementerian akan melaksanakan dasar kemasukan data yang sama fleksible
tetapi perlu dilaksanakan secara berkala dalam tempoh sama yang lebih
singkat bagi mengelakkan kesesakan yang dialami pada penghujung tahun,"
katanya.
Idris berkata, sehingga kini, sebanyak 9,898 sekolah mempunyai capaian
Internet dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,526 sekolah dirangkaikan
dengan perkhidmatan 1BestariNet.
Sebanyak 1,372 sekolah lagi dirangkaikan melalui pelbagai pemberi
perkhidmatan seperti Telekom Malaysia, Speedcast dan lain-lain. -
Bernama
Sinar Harian: 17 Disember 2013 GURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.com0