tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post1302429325295140985..comments2024-02-05T14:39:49.935+08:00Comments on Perkhidmatan Pelajaran: Nilai semula UPSR dan PMRGURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-90907790528278602772010-06-27T00:55:17.462+08:002010-06-27T00:55:17.462+08:00saya sudah berada di sekolah sebagai guru lebih ku...saya sudah berada di sekolah sebagai guru lebih kurang 24 tahun, iaitu 12 di sekolah rendah dan 12 tahun di sekolah menengah.Dalam tempoh 24 tahun itu banyak perubahan yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan tidak kurang juga pengalaman saya terhadap kesan dari perubahan itu ke atas pelajar.
Antara kesan yang saya lihat ialah apabila peperiksaan Darjah Enam dimansuhkan dan digantikan dengan penilaian UPSR maka lahirlah kumpulan pelajar yang naik ke tingkatan satu yang tidak tahu membaca,menulis dan mengira. Ini disebabkan semua pelajar yang tamat Tahun Enam layak naik ke Tingkatan Satu. Masalah pelajar Tahun Enam disambut oleh guru-guru Tingkatan Satu dengan rasa kecewa kerana 6 tahun di sekolah rendah membaca pun pelajar tahun enam tidak menguasai.Tetapi bukan semua murid begitu, ramai juga yang boleh membaca. Jika dibandingkan dengan pelajar yang naik ke tingfkatan Satu tahun 70an dan awal 80an, tiada seorang pun pelajar yang naik ke tingkatan satu yang tidak pandai membaca, mengira dan menulis.
Begitu juga keadaan sama berlaku apabila SRP digantikan dengan PMR. Sebelum perubahan sistem peperiksaan tidak ada seorang pun pelajar tingkatan empat yang tidak menguasai 3M.Pelajar yang naik ke tingkatan empat amat berbeza dengan pelajar di menengah rendah dari segi sikap dan keupayaan mereka. Rata-rata pelajar matang dari segi cara belajar, kepimpinan, sahsiah dan tahap pengetahuan.Tetapi apabila PMR diperkenalkan di sekolah menengah kematangan,sikap, sahsiah dan tahap kualiti pelajar menguasai 3M agak menurun.Timbullah pelajar yang tidak boleh membaca,mengira dan menulis walau pun mereka sudah berada ditingkatan empat.
Guru-guru sekolah menengah menjadi pening kerana tugas guru apabila di sekolah menengah sepatutnya bukan lagi mengajar murid pandai membaca, menulis dan mengira.Sepatutnya tempoh enam tahun di sekolah rendah sudah lebih dari cukup untuk pelajar belajar menguasai 3M. Guru-guru sekolah menengah sepatutnya memperkenalkan kemahiran-kemahiran,rumus-rumus, dan subjek baru kepada pelajar. tetapi apa yang sepatutnya dilakukan tidak dapat dilaksanakan kerana guru tingkatan satu terpakasa mengajar semula sebutan huruf vokal dan konsonan kepada pelajar baru.
Jadi inilah persoalan yang harus diselesaikan dahulu sebelum UPSR dan PMR dimansuhkan.Pelajar-pelajar tidak boleh lari daripada menghadapi peperiksaan keseluruhan. Kalau tidak ada peperiksaan kebangsaan bagaimana pelajar diagihkan dan ditempatkan di sekolah-sekolah tertentu. Bagaimana sesebuah sekolah itu dinilai prestasinya kalau tidak diadakan sistem peperiksaan yang sama. Tidak adillah kalau pihak KPM terus meminta sekolah mencadangkan beberapa pelajar di sesebuah sekolah untuk dihantar terus ke Sekolah Berasrama Penuh kerana mungkin ada pelajar di sekolah lain yang lebih baik.
Kesimpulannya, saya tetap mahu mengekalkan sistem yang ada sekarang malah kalau boleh pelajar-pelajar yang naik ke tingkatan empat hanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang lulus penuh manakala bagi mereka yang gagal PMR hantarlah mereka ke sekolah-sekolah vokasional. Dan, saya juga mencadangkan supaya semua pelajar yang naik ke tingkatan satu hendaklah seratus peratus menguasai 3M. Mereka yang gagal diminta mengulang di Tahun Enam. Perkara ini baik untuk memberi kesedaran kepada semua pelajar bahawa mereka harus benar-benar menguasai 3M, kualiti harus dikekalkan kalau tidak pelajar belajar hanya suka-suka sahaja kerana mereka berpendapat kalau belajar berhabis-habisan pun sama juga dengan pelajar lain yang langsung tidak belajar iaitu diakhir tahun dan masuk ke tahun baru semuanya naik ke tingkatan satu atau semuanya naik ke tingkatan empat.Anonymousnoreply@blogger.com