tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post5019773618899086084..comments2024-02-05T14:39:49.935+08:00Comments on Perkhidmatan Pelajaran: Nasib jadi pemangkuGURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.comBlogger73125tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-84331367093400908342021-08-04T18:07:14.833+08:002021-08-04T18:07:14.833+08:00Di mana2 berlaku ketidakadilan. Matrikulasi melaka...Di mana2 berlaku ketidakadilan. Matrikulasi melaka pun sama. Saya peroleh dg44 pd januari 2005. Sambung belajar pd jan 2008. Rakan2 ipg yg sama tahun kenaikan dg44 iaitu 2005, sama sambung belajar dpt kenaikan ke dg 48 selepas 3 thn iaitu 2008 dan backdated kerana beliau peroleh srt kenaikan dg thn 2011, kenaikan ke dg48. Matrikulasi melaka x buat utk saya kerna dikatakan yg belajar tidak layak dapat... Dan pegawai di bahagian matrikulasi blh menyatakan bahawa pensyarah ipg mungkin akan perlu membayar semula wang kenaikan gaji tersebut... Sungguh pelik mereka yg berada di bhg perjawatan ini... Tidak ada integriti kerana membuat pentafsiran sendiri.. rakan2 ipg dpt kenaikan tersebut, saya dan seorang lagi rakan matrikulasi melakan tidak dapat.. kami ketinggalan 4 thn. Dan rakan metrikylasi melaka menyatakan.. " memang rugi pergi sambung belajar" pengarah matrikulasi melaka ketika itu Encik ... Lupa dah.. orang sains jika x silap... Saya mendoakan sesuatu buat dia kerana tidak berlaku adil... Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-74969179653389284832012-07-25T21:23:43.196+08:002012-07-25T21:23:43.196+08:00Saya dilantik DG 41 pada 1 Ogos 1997 dan DG44 pada...Saya dilantik DG 41 pada 1 Ogos 1997 dan DG44 pada 1 Ogos 2007, sampai hari ini saya masih pensyarah DG 44. Ada rakan pensyarah dari IPSAH beritahu semua pensyarah DG44 di lantikan sebelum 2008 di ipg tersebut dah dapat memangku DG 48, nampaknya nasib aku cukup-cukup malang !!!Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-32870963597297581102012-07-04T12:41:17.845+08:002012-07-04T12:41:17.845+08:00Terkini markah LNPT untuk pemangkuan DG48 pensyara...Terkini markah LNPT untuk pemangkuan DG48 pensyarah IPG (iklan Mac 2012)ialah 94.79 ke atas. Aspek senioriti gred DG44 tidak diambil kira. Pensyarah yang dilantik DG44 sebelum 2008 tidak lawan prestasi, automatik dapat. Yang dilantik 2008 lawan prestasi. Apakah justifikasi pihak berkenaan tidak mahu mengambil kira aspek senioriti gred sedangkan ada yang dilantik DG44 pada 01.01.08, 16.05.08, 30.08.08 dan seterusnya.Kalau Fasa 1 dan 2 dulu kriteria yang digunakan ialah ikut senioriti DG41. Lantikan DG41 sehingga tahun 1996 dalam bakul Fasa 1, lantikan DG41 1997 dalam bakul Fasa 2. Apabila Fasa 3 tak ikut senioriti DG41 pula. Malangnya orang yang sudah dimasukkan dalam Fasa 3 dulu tapi tidak perakui tidak diambil kira dan diberi keutamaan dalam pemangkuan selepas itu (iklan Mc 2012.Utamakanlah yang dilantik awal dulu. Mohon respons.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-66016734601528112722012-06-27T23:49:05.344+08:002012-06-27T23:49:05.344+08:00PROTES DENGAN UNDI ANDAPROTES DENGAN UNDI ANDAteraniaya lagi sekalinoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-36587658309433606102012-06-03T09:00:10.053+08:002012-06-03T09:00:10.053+08:00Dengar cerita, pemangkuan dg48 yang terbaharu untu...Dengar cerita, pemangkuan dg48 yang terbaharu untuk pensyarah IPG markah untuk lnpt telah naik ke 94.7. Nampak gaya kempunan lagi. Apa nak jadi dengan IPGM kita nipensyarah dg44 teraniayahttps://www.blogger.com/profile/18252049288096021800noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-37845960691705393222012-05-25T15:15:08.900+08:002012-05-25T15:15:08.900+08:00Amat malang bagi IPG. Semakin tinggi gred gaji pen...Amat malang bagi IPG. Semakin tinggi gred gaji pensyarahnya, semakin tidak berintegriti. Sanggup menipu kerja buat untuk mendapat cemerlang. Apa yang akan berlaku kepada sistem pendidikan kita..Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-85191634219902300192012-05-17T18:52:45.790+08:002012-05-17T18:52:45.790+08:00Kita akan lihat nanti bahawa pembohongan di IPG ak...Kita akan lihat nanti bahawa pembohongan di IPG akan terus terusan mencetuskan dilema dalam peruntukan pembangunan,kuota perjawatan pensyarah yang memiliki Sarjana dan PhD.Apalah salahnya kami pensyarah IPG?Itu amat menghairankan.Kalangan pegawai kanan di IPG termasuk kalangan pensyarah kanan yang sudah gemilang sepatutnya berbuat sesuatu untuk memajukan IPG.Amat menghairan dimana kenaikan pangkat di IPG untuk pensyarah akademik tetapi yang diluluskan untuk kenaikan pangkat terdiri dari kalangan pensyarah yang tidak mengajar.Waktu pengajaran dan pembelajaran tidak ada didalam jadual waktu tetapi mendapat status sebagai pensyarah cemerlang.Dalam masa beberapa bulan mereka juga mendapat pindah gred yang lebih tinggi.Semakin tinggi gred semakin kurang mereka mengajar.Apa yang berlaku ialah kalangan pensyarah yang berada digred DG 44 akan mengajar,membuat penulisan,urus praktikum.merancang dan urus kokurikulum dan hadiri seminar untuk berusaha mendapat gred yang lebih tinggi.Kalangan pensyarah lama, yang dah 20 hingga 30 tahun berada di maktab (kini IPG) masih berada ditakuk lama.Tidak memperbaharui ilmu.Inilah yang dikatakan "BERGURU KEPALANG AJAR,BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI".Beginilah nasib guru veteran yang memohon menjadi pensyarah di IPG.Sebenarnya isu kenaikan pangkat dikalangan guru sekolah setelah bergelar pensyarah perlu ada sedikit penambahbaikan dari segi struktur gaji kerana yang dilatih kini bukan lagi murid guru tetapi kalangan guru berijazah.Ada kalangan orang-orang VIP hantar anak ke IPG kerana dapat elaun dan dapat jadi guru tetapi kebajikan guru diabaikan.Sebenarnya dari Fasa 1 hingga Fasa 3 kemelut kenaikan gaji pensyarah berkait rapat dengan visi dan misi IPG,struktur gaji,peranan pentadbir IPG,pegawai tinggi dalam Kementerian Pelajaran dan Pendidikan Tinggi,Bahagian Sumber Manusia,Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran semuanya berebut-rebut untuk mendapat kuasa dan mendampingi ahli-ahli politik untuk berkuasa tetapi yang terpinggir ialah anak bangsa sendiri.Sepatutnya visi dan misi IPG perlu jelas kerana ia mempunyai 27 kampus.Kita membandingkan sistem pendidikan kita dengan Shanghai,Hong Kong,Thailand dan Singapura tetapi kita lupa sebenarnya taraf pendidikan kita lebih rendah dari Indonesia bahkan lebih rendah dari Filipina dalam sesetengah bidang,lebih rendah dari Kemboja,Vietnam dan Laos.Kita hanya bangga kerana mempunyai nilai matawang lebih tinggi dari negara tersebut tetapi di Indonesia telah wujud Universitas Perguruan di seluruh pelusuk negaranya lebih awal dari kita.Sebab itu ia melahirkan lebih ramai doktor perubatan,ahli farmasi dan pembantu rumah serta ahli korporat lebih ramai dari kita.Sebenarnya ramai pegawai atasan tidak menghormati profesion perguruan.Biadap.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-44267916156944647242012-05-02T20:33:18.110+08:002012-05-02T20:33:18.110+08:00Ya! Allah. Tunjukkanlah kebenarannya. Doa kami sen...Ya! Allah. Tunjukkanlah kebenarannya. Doa kami sentiasa bersama mereka yang membela nasib kami yang teraniaya ini.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-12291335222413209982012-05-02T10:34:08.464+08:002012-05-02T10:34:08.464+08:00Timbalan Menteri Pelajaran itu ada kuasa ke mengar...Timbalan Menteri Pelajaran itu ada kuasa ke mengarahkan BPSM menangguhkan urusan pemangkuan DG44 ke DG48. Atas kuasa apa? atau atas salah guna kuasa. Ada IPG Pengarahnya dah sebut nama-nama yang akan dapat pemangkuan tu. Tapi bila keluar senarai, kantoi, tak de, nama yang lain pulak yang keluar.

Kalau rasa ada maklumat yang tak betul, eloklah buat laporan ke SPRM. Kalau SPRM ada baca, buat le apa yang patut.

Ramai pensyarah yang tahu, dari IPG mana yang mula buat onar.

Memang tak munasabah langsung, bekas anak murid yang pernah diajar di zaman maktab lagi boleh langkau pensyarah yang ajar dia masa dia di maktab. Anak murid dapat DG48, pensyarah yang ajar dia boleh tercicir dan masih DG44. Penyudahnya pencen dengan DG44.

INGAT SAMPAI PENCEN KALAU TAK PUN SAMPAI MATI. TRAGISAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-51092990448535334662012-05-01T21:43:50.076+08:002012-05-01T21:43:50.076+08:00Kala benarlah hal ini telah berlaku seperti yang d...Kala benarlah hal ini telah berlaku seperti yang didakwa oleh Tanpa Nama, kita tidak harus berdiam diri kerana hal ini menyangkut masa depan kita dalam perkhidmatan awam. Kita harus mengambil tindakan yang sewajarnya agar mereka yang terlibat dalam kemelut ini dikenakan tindakan yang sewajarnya. Kita berkumpul untuk menunjukkan rasa tidak puas hati atas urusan pemangkuan ini.pensyarah dg44 teraniayahttps://www.blogger.com/profile/18252049288096021800noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-77256393099744954872012-04-25T10:31:20.575+08:002012-04-25T10:31:20.575+08:00Bolehkah urusan pemangkuan ini dicabar semula deng...Bolehkah urusan pemangkuan ini dicabar semula dengan apa cara sekalipun? Sebab ianya ada kelemahan berikut .....

1. Urusan pemangkuan diluluskan oleh LKPPP yang bersidang pada 16/Nov/2010 (saya ada menyimpan salinan surat berkenaan dengan senarai nama 376 pensyarah yang telah diluluskan pemangkuan oleh LKPPP). Di dalam surat tersebut (rujukannya saya terlupa) ada menyatakan keputusan ini boleh dicabar dalam tempoh 14 hari tetapi bantahan dari kumpulan pensyarah yang tidak berpuas hati dibuat pada bulan Februari selepas bertemu dengan Timbalan Menteri Pelajaran (Y.B. Datuk Dr. Mohd. Puad bin Zarkashi) dan mengarahkan BPSM menangguhkan urusan pemangkuan DG44 ke DG48.

2. BPSM telah memanggil IPGM dan BPG untuk bermesyuarat bagi mencari penyelesaian. Mesyuarat ini dihadiri oleh antara 6 hingga 7 orang pegawai diulang PEGAWAI (seorang Timb. SUB sebagai Pengerusi, seorang pegawai BPSM, dua orang wakil IPGM gred DG48 dan DG44, dua orang wakil BPG iaitu seorang KPP gred DG48 dan seorang PP gred DG44. Mesyuarat ini telah membantalkan keputusan LKPPP yang pastinya dianggotai oleh Kumpulan Pengurusan Tertinggi (sekurang-kurangnya JUSA C). Isunya bolehkah wakil BPSM, BPG dan IPG membatalkan keputusan mesyuarat LKPPP tanpa memberi penjelasan mengapa LKPPP meluluskan pemangkuan 376 pensyarah tersebut. Wakil-wakil mesyuarat seramai 6 atau 7 orang itu yang kewibawaannya boleh dipertikaikan - (saya ada salinan minit mesyuarat ini). Saya yakin dan percaya JPA melalui LKPPP tidak pernah membatalkan surat Kelulusan Pemangkuan pada 16/Nov/2010.

3. Kegagalan Pihak IPGM melaksanakan arahan urusan pemangkuan yang sepatutnya diselesaikan selewat-lewatnya 28 Disember 2010 kepada BPSM. Kegagalan BPSM mengeluarkan surat penempatan menyebabkan Isu Pemangkuan Fasa 3 berlarutan hingga kini. Dua (2) individu sepatutnya boleh dikenakan tindakkan kerana gagal mematuhi arahan pentadbiran, satunya pegawai yang menguruskan pemangkuan ini di Sektor Khidmat Pengurusan IPGM. Pegawai berkenaan telahpun berpindah bukan dipindahkan.

Saya tidak mempertikaikan siapa dapat pemagkuan atau tidak tetapi bagaimana setiap pegawai mengaplikasikan interiti yang diberikan dalam memperkukuhkan KPM.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-15180213814997225892012-03-27T07:30:44.169+08:002012-03-27T07:30:44.169+08:00http://www.moe.gov.my/ipgm/portal/http://www.moe.gov.my/ipgm/portal/Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-66456294796177195662012-03-05T21:50:05.106+08:002012-03-05T21:50:05.106+08:00Sebenarnya semua yang ada di IPG pembohong.Kalau d...Sebenarnya semua yang ada di IPG pembohong.Kalau dilihat struktur gaji yang digunakan bagi pensyarah IPT ialah DS 45.Mengapakah DG 45 tidak digunakan bagi guru-guru sekolah yang memohon sebagai pensyarah di IPG.Bukankah DG 45 salah satu struktur gaji dalam perkhidmatan awam.Sebenarnya ada sesuatu yang berlaku diperingkat atasan mengenai penggubalan mata gaji bagi pensyarah di IPG.Nampak Fasa 1,Fasa 2 dan Fasa 3 serta isu Jerayawara IPG tidak memikirkan sesuatu yang bernas sebagai orang yang waras.Situasi sekarang nampak lebih terok dari guru-guru yang memohon sebagai pensyarah semasa sebelum dinaiktaraf.Sebenarnya ada golongan tertentu dalam deraf IPG dan BPG serta Kementerian tidak ikhlas dan amanah dalam melaksanakan kebajikan pensyarah IPG.Kita lihat sudah berlaku amalan 'double standard' dalam pemilihan pensyarah cemerlang,yang memangku dan yang layak tetapi tidak mendapat habuan.Saya yakin bahawa sistem kenaikan itu tidak betul.Seperti kata kawan-kawan belajar menara gading,otak kepala gajah.Apa yang berlaku gajah sama gajah berjuang orang-orang bawah teraniaya.Kita lihat pengumuman PM pada !2 Mac,2012 dan lepas itu akan ada golongan kanan dan berpangkat atas akan manipulasi kakitangan bawahan demi kepentingan perut mereka.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-19340167890366317972012-03-05T21:49:09.838+08:002012-03-05T21:49:09.838+08:00Sebenarnya semua yang ada di IPG pembohong.Kalau d...Sebenarnya semua yang ada di IPG pembohong.Kalau dilihat struktur gaji yang digunakan bagi pensyarah IPT ialah DS 45.Mengapakah DG 45 tidak digunakan bagi guru-guru sekolah yang memohon sebagai pensyarah di IPG.Bukankah DG 45 salah satu struktur gaji dalam perkhidmatan awam.Sebenarnya ada sesuatu yang berlaku diperingkat atasan mengenai penggubalan mata gaji bagi pensyarah di IPG.Nampak Fasa 1,Fasa 2 dan Fasa 3 serta isu Jerayawara IPG tidak memikirkan sesuatu yang bernas sebagai orang yang waras.Situasi sekarang nampak lebih terok dari guru-guru yang memohon sebagai pensyarah semasa sebelum dinaiktaraf.Sebenarnya ada golongan tertentu dalam deraf IPG dan BPG serta Kementerian tidak ikhlas dan amanah dalam melaksanakan kebajikan pensyarah IPG.Kita lihat sudah berlaku amalan 'double standard' dalam pemilihan pensyarah cemerlang,yang memangku dan yang layak tetapi tidak mendapat habuan.Saya yakin bahawa sistem kenaikan itu tidak betul.Seperti kata kawan-kawan belajar menara gading,otak kepala gajah.Apa yang berlaku gajah sama gajah berjuang orang-orang bawah teraniaya.Kita lihat pengumuman PM pada !2 Mac,2012 dan lepas itu akan ada golongan kanan dan berpangkat atas akan manipulasi kakitangan bawahan demi kepentingan perut mereka.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-50493265303241624772012-02-16T07:43:47.012+08:002012-02-16T07:43:47.012+08:00TRIBUNAL PERKHIDMATAN AWAM DAH TAK WUJUD:
http://w...TRIBUNAL PERKHIDMATAN AWAM DAH TAK WUJUD:
http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%2013/Akta%20604.pdfAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-37056752935094369232012-02-16T01:54:19.518+08:002012-02-16T01:54:19.518+08:00Jawapan KPM memang tak masuk akal.Nampak sangat na...Jawapan KPM memang tak masuk akal.Nampak sangat nak lepas diri.Aku tak faham bahasa KPM.KPM kata lantik ikut kekananan pada DG 44.Maknanya antara yang dilantik pada 1.1.08 @ 1.4.08 dengan yang dilantik pada 1.9.08 @1.10,08 @ 1.11.08 yang mana lagi kanan.Yang lantik selepas 16.5.08 semuanya kes 3+1.Semuanya dah dapat habuan 3+1.KPM tak tahu beza antara yang lantik dulu dengan yang lantik kemudian.Jawapan KPM boleh kita bawa ke Tribunal Perkhidmatan Awam.Mai kita cari lawyer pakat-pakat bawa ke Tribunal........... kita nak tahu beza siapa lantik dulu dengan yang lantik kemudian....Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-2505128319022541792012-02-09T09:35:59.340+08:002012-02-09T09:35:59.340+08:00SOLAT HAJAT,ALLAH S.W.T YANG MEMEGANG HATI-HATI MA...SOLAT HAJAT,ALLAH S.W.T YANG MEMEGANG HATI-HATI MANUSIA.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-19734591090643810162012-02-01T21:47:22.703+08:002012-02-01T21:47:22.703+08:00Melihatkan komen KPM maka jelaslah tiada lagi keis...Melihatkan komen KPM maka jelaslah tiada lagi keistimewaan untuk pensyarah di IPG. Hanya segolongan sahaja yang dapat, dan yang lainnya tersisih. Inikah keadilan... Yang berbaki tidak ubah seperti guru-guru disekolah, sama taraf, sama gaji tiada yang istimewa. Yang special adalah lebih beban tugas, balik pukul 5 petang dan lepas ni tiada lagi cuti semester, cuma cuti 35 hari bermakna tiada juga elaun pensyarah sambilan untuk KDC. Kerajaan perlu lihat semua ini. Sekiranya keistimewaan IPG adalah semua pensyarah dapat pemangkuan gred, mengapa tidak dilaksanakan sepenuhnya.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-78624253384091837782012-01-31T09:57:57.446+08:002012-01-31T09:57:57.446+08:00Kalau melihat kepada lantikan 2008, ada juga pensy...Kalau melihat kepada lantikan 2008, ada juga pensyarah dilantik pada tahun tersebut mendapat pemangkuan. Cuma berkemungkinan adalah LNPT (ni kes ketua jabatan kedekut nak bagi markah) dengar-dengar yang diambil adalah 93% ke atas. Apa pun tunggu je lah.. lagi 4 tahun dah time based (ikut SBPA)Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-10906544386723877482012-01-29T21:58:24.331+08:002012-01-29T21:58:24.331+08:00Rasanya majoriti pensyarah yang dapat pemangkuan h...Rasanya majoriti pensyarah yang dapat pemangkuan hari tu.. tak ikut syarat yang dinyatakan. Contoh rata-rata lantikan DG44 pada 2008 tak sampai 5 tahun pun dalam DG44...Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-11346452361734644962012-01-29T19:36:06.379+08:002012-01-29T19:36:06.379+08:00Cakap tak serupa bikin...Cakap tak serupa bikin...Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-25160789623292973762012-01-29T19:33:16.701+08:002012-01-29T19:33:16.701+08:00Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merujuk kepad...Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merujuk kepada Laporan Akhbar Harian Metro dalam akhbar Harian Metro bertarikh 12 Januari 2012 – 500 kecewa.

Pelaksanaan urusan pemangkuan bagi mengisi kekosongan jawatan Gred DG44, Gred DG48 dan Gred DG52 tersebut telah dimaklumkan melalui surat Kementerian Pelajaran bil. KP(PP)SULIT 0063/101 (28) bertarikh 26 Mei 2008. Permohonan dibuka kepada semua PPPS yang memenuhi syarat-syarat umum yang ditetapkan seperti berikut :
i.Disahkan dalam perkhidmatan;

ii.Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

iii.Lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang ditetapkan dengan markah keseluruhan di Aras III atau Aras IV;

iv.Bebas daripada tindakan tatatertib;

v.Lulus pengisytiharan harta;

vi.Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institusi Pendidikan;

vii.Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia; dan

viii.Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Manakala syarat kelayakan khusus bagi permohonan jawatan Pensyarah Kanan PPPS Gred DG48/ Pensyarah Ko-Kurikulum Gred DG48 adalah seperti berikut :

i.Berada di Gred DG44;

ii.Pengalaman mengajar sebagai guru PPPS di Gred DG44 sekurang-kurangnya lima (5) tahun;

iii.Kelayakan tambahan dalam Ko-Kurikulum :

a) Mempunyai kelayakan dan pengalaman dalam bidang Ko-Kurikulum;

b) Menjadi Pensyarah penasihat Ko-Kurikulum sekurang-kurangnya lima tahun;

c) Mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam bidang Ko-Kurikulum; dan

d) Aktif dan banyak memberi sumbangan dalam bidang Ko-Kurikulum.

Bagi urusan pemangkuan Gred DG48 di bawah Fasa 3 (2011) ini, KPM telah mengemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perakuan bagi 950 orang Pensyarah IPGM Gred DG44 yang merupakan permohonan yang telah diperaku oleh Ketua Jabatan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) pemangkuan ke Gred DG48. Oleh yang demikian, permohonan pegawai yang tidak tersenarai ke LKPPP merupakan permohonan yang tidak memenuhi salah satu daripada syarat-syarat yang dinyatakan di para 4 di atas termasuklah tidak diperaku oleh Ketua Jabatan.

Dalam pelaksanaan Fasa 3 ini, LKPPP telah meluluskan 424 Pensyarah dalam urusan pemangkuan tersebut berdasarkan kekosongan 424 jawatan Pensyarah IPGM Gred DG48 yang ada pada ketika itu. Pertimbangan yang dibuat oleh LKPPP dalam urusan pemangkuan jawatan Pensyarah IPGM Gred DG48 tersebut adalah berdasarkan kepada kekananan (tahun kenaikan pangkat Gred DG44) dan merit (markah wajaran prestasi LNPT yang tertinggi). Kekananan berkhidmat di IPGM dan kekananan lantikan DG41/DG3 atau lantikan pertama ke dalam Perkhidmatan Awam tidak diambil kira di dalam urusan pemangkuan ini termasuklah memiliki Ijazah Kedoktoran (PhD).

Selain daripada itu, urusan pemangkuan Pensyarah IPGM Gred DG48juga tidak boleh mengambilkira tempoh perkhidmatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD). Untuk makluman, tempoh perkhidmatan sebagai PPPLD hanya boleh digunakan bagi tujuan kenaikan pangkat secara Time-Based Khas Untuk Penyandang ke Gred DG44 atau Gred DG48 sahaja.

Berhubung dengan aduan mengenai maklumat perakuan yang tidak tepat seperti markah LNPT dan tarikh kenaikan pangkat ke Gred DG44, pegawai adalah dinasihatkan untuk menyemak butiran yang berkenaan dengan Ketua Jabatan masing-masing. Hasil semakan pihak KPM, semua maklumat yang dikemukakan dalam perakuan pemangkuan ini adalah yang terkini dan telah disahkan oleh Ketua Jabatan.

Memandangkan kesemua jawatan Pensyarah Gred DG48 di IPGM telah diisi, maka sebarang permohonan rayuan oleh calon yang tidak berjaya untuk mengisi jawatan Pensyarah IPGM Gred DG48 berkenaan tidak dapat dipertimbangkan buat masa ini. Sekiranya terdapat kekosongan jawatan Gred DG48/ DG1-4 di IPGM pada bulan Januari 2012, maka urusan pemangkuan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut akan dilaksanakan mengikut peraturan yang berkuatkuasa di bawah Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Rujuk portal: http://www.moe.gov.my/?id=168&aid=2395Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-17176548354647768442012-01-17T09:59:21.904+08:002012-01-17T09:59:21.904+08:00Bersabarlah.....Bersabarlah.....Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-82503334255320675372012-01-16T11:15:11.700+08:002012-01-16T11:15:11.700+08:00Semuga dengan tertera pada dada akhbar adalah piha...Semuga dengan tertera pada dada akhbar adalah pihak bertanggung jawab akan ambil perhatian. Pak menteri pelajaran tolonglah beri respon perkara ni...Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-59609674748603889432012-01-14T20:03:03.216+08:002012-01-14T20:03:03.216+08:00500 Pensyarah IPG Kecewa Proses Kenaikan Gred DG48...500 Pensyarah IPG Kecewa Proses Kenaikan Gred DG48

KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 pensyarah Institusi Perguruan Malaysia (IPGM) kesal berikutan kegagalan ditawarkan kenaikan gred DG48 berbanding 400 pensyarah lain yang sudah menerima tawaran berkenaan November lalu.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, pensyarah terbabit sepatutnya layak diberi kenaikan daripada gred DG44 kepada DG48 berdasarkan prestasi cemerlang masing-masing.

“Keadaan sedemikian tidak sepatutnya berlaku sekiranya pengurusan IPGM menguruskan perkara berkenaan secara adil dan telus. Apa yang berlaku, ramai pensyarah cemerlang tidak menerima tawaran sebaliknya beberapa pensyarah baru berkhidmat pula ditawarkan kenaikan gred.

“Lebih menghairankan, ada pensyarah mengambil cuti belajar, selepas habis cuti terus ditawarkan kenaikan gred manakala pensyarah berkhidmat lebih 20 tahun dan menunjukkan prestasi cemerlang tidak mendapat tawaran berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kumpulan pensyarah terbabit mengadakan pertemuan dengan NUTP mewakili semua pensyarah IPGM seluruh Semenanjung meluahkan perasaan tidak puas hati berikutan diberi layanan sedemikian pada 31 Disember lalu.

Beliau yang mewakili kumpulan pensyarah terbabit berkata, kenaikan gred berkenaan adalah berdasarkan markah prestasi dari 2007 hingga 2009 perkhidmatan mereka sebagai pensyarah di IPGM manakala pensyarah baru dinilaikan berdasarkan markah prestasi 2009 saja dan markah prestasi sekolah bagi dua tahun sebelum itu.

“Penilaian sedemikian sama sekali tidak adil kepada pensyarah yang lebih senior dan saya juga dimaklumkan maklumat yang dikemukakan IPGM kepada Jabatan Sumber Manusia seperti maklumat perkhidmatan serta gred pensyarah terbabit kebanyakannya adalah tidak tepat.

“Lebih tidak adil kerana ada pensyarah yang memegang sarjana dan berprestasi cemerlang dengan markah prestasi melebihi 90 peratus juga tidak menerima tawaran kenaikan gred,” katanya.

Katanya, kumpulan pensyarah terbabit sudah mengadakan pertemuan dengan Kementerian Sumber Manusia bulan lalu namun hingga kini, tiada maklum balas daripada pihak terbabit.

Lok berkata, perkara berkenaan seolah-olah menjejaskan maruah mereka berikutan rata-rata pensyarah yang dinaikkan gred pernah menjadi anak didik mereka sebelum ini. “Jadi, ia perkara memalukan bagi mereka kerana mereka masih lagi dengan gred DG44 manakala pensyarah baru sudah ditawarkan gred yang lebih tinggi,” katanya.

Justeru, beliau menggesa IPGM menyelesaikan masalah membabitkan 500 pensyarah IPGM berkenaan dengan segera dan mahu mereka diberi tawaran kenaikan gred seperti pensyarah yang lain.

Sumber: Metro 12/01/2012|Anonymousnoreply@blogger.com