tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post5061365342757328890..comments2024-02-05T14:39:49.935+08:00Comments on Perkhidmatan Pelajaran: Keselamatan pelajar dalam kokurikulumGURU_CIKGUhttp://www.blogger.com/profile/09834517308623091588noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-30191030224764963552011-01-15T06:26:32.296+08:002011-01-15T06:26:32.296+08:00Pada pendapat saya tiada orang yang bergelar guru ...Pada pendapat saya tiada orang yang bergelar guru mahu atau sengaja menjadikan murid mangsa kemalangan. Hakikatnya manusia sememangnya ada kelemahan atau tidak sempurna.

Sebenarnya Kementerian Pelajaran Malaysia sudah menyediakan Buku Panduan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum sejak dulu lagi. Bagi orang yang sudah membaca dan memahami maksud buku panduan tersebut tiada lagi cacat celahnya tinggal lagi bagaimana seseorang atau sesuatu organisasi itu menggunapakai segala panduan yang disarankan dan diwajibkan dalam sesuatu aktiviti kokurikulum.

Mungkin juga ada kelemahan dipihak guru atau mungkin juga ada kelemahan dipihak murid tetapi penekanan terhadap kelemahan tindakan tidak boleh diletakkan sepenuhnya dipihak guru sahaja. Kita mendengar dimana-mana bila ada kemalangan pihak guru yang dipersalahkan walhal mereka telah dan sebenarnya sudah mengambil langkah-langkah sewajrnya agar kemalangan tidak berlaku.

Dipihak murid pula, kita menyedari bahawa apa jua tindakan mereka patut diperhatikan oleh guru namun dalam beberapa perkara kita mendapati kadang-kadang murid bertindak sendirian tanpa mendapatkan nasihat guru atau melakukan tindakan diluar pengetahuan guru dan inilah sebenarnya yang sering berlaku.

Jadi, kemalangan yang melibatkan seorang ahli pengakap hingga membawa maut kerana dihempap sebiji takal perlu dilihat dari pelbagai sudut. Janganlah kita terus menyerang guru kerana mungkin ada faktor-faktor lain yang menyebabkan perkara tersebut berlaku.

Ada saranan yang mahukan semua perkara dibuat oleh guru adalah sesuatu yang tidak tepat dan lari daripada tanggungjawab seseorang guru sebagai pendidik. Sesuatu organisasi itu mengadakan aktiviti perkhemahan dengan tujuan mendidik dan memberikan pengalaman kepada murid supaya dapat merasakan sendiri bagaimana sesuatu perkara tersebut berlaku atau dilakukan. Ini bermakna murid itu kena buat sesuatu aktiviti setelah diberikan tunjuk ajar atau mendapat bimbingan daripada seorang guru atau seorang yang pakar terhadap aktiviti tersebut.

Namun begitu, guru adalah seorang pembimbing yang sepatutnya lebih tahu daripada pelajar tentang pelaksanaan sesusatu aktiviti yang dijalankan.Kamanuknoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8561856196391456631.post-34174500636575103172011-01-14T10:54:30.036+08:002011-01-14T10:54:30.036+08:00Perkara ini perlu menjadi perkara utamayang perlu ...Perkara ini perlu menjadi perkara utamayang perlu dilihat setiap kali diadakan aktiviti kokom di sekolah.Guru jangan paksa pelajar,biar guru pastikan dahulu tahap kecergasan pelajar,pentingkan alat yang digunakan betul2 selamat,berkualiti.
Guru2 jangan terlalu ghairah mahu lengkapkan sukatan.Pentingkan nyawa pelajar lebih drp yang lain.Bos marah biarlah.Nyawa tidak boleh ditukar ganti.Anonymousnoreply@blogger.com