KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Penekanan kepada sistem Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) dalam usaha melengkapkan graduan pendidikan
adalah antara 10 resolusi yang dicapai pada konvensyen antarabangsa
pembelajaran dan pembangunan guru di sini.
Pengarah Penyelidikan Pembangunan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru
(IPG) Dr Mohamad Nor Mohamad Taib berkata penjelasan menyeluruh dan
tepat perlu diberi kepada bakal guru agar mereka lebih bersedia
melaksanakan PBS.
"Apa yang akan kita tekankan dalam masa terdekat ini adalah untuk kita
berikan penjelasan sebaik-baiknya, sejelas-jelasnya dari segi
teknikaliti tentang apa itu PBS kepada bakal guru," katanya kepada
pemberita selepas majlis penutup konvensyen itu hari ini.
Selain itu, beliau berkata penekanan dan latihan PBS akan turut diberi
kepada guru sedia ada kerana sebilangan besar mereka belum jelas
berhubung konsep serta kaedah pelaksanaan PBS.
Resolusi lain yang diterima pada konvensyen disertai lebih 400 peserta
dan penyelidik dalam dan luar negara itu ialah penekanan kepada
pendidikan berkualiti untuk murid pendidikan khas, pemantapan amalan
terbaik dalam pengajaran dan penstrukturan semula IPG.
Mengulas lanjut, Mohamad Nor berkata resolusi itu akan dicadang kepada
Kementerian Pelajaran untuk dimasuk ke dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025.
BERNAMA: 21 November 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
inviting you to come to my blog
http://satyawiyatama.blogspot.com/2011/01/classroom-management-manajemen-ruang.html
Catat Ulasan