ZIN MARKAM
Pontian, Johor
Kementerian Pendidikan dikatakan tidak menetapkan sebarang tempoh tertentu bagi guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman.
Namun, elok jika ditentukan suatu tempoh perkhidmatan yang munasabah
di kawasan pendalaman bagi seseorang guru supaya kita berlaku adil.
Tidak timbul masalah kekurangan guru jika diamalkan sepenuhnya
peraturan ikut giliran. Guru yang baharu menamatkan pengajian
ditempatkan di kawasan pedalaman untuk menggantikan guru yang memohon
bertukar terutama yang sudah memenuhi tempoh mengajar di pedalaman.
Memang benar guru boleh memohon bertukar setiap tahun, namun dasar
penempatan guru di pedalaman akan menjadi lebih jelas dan telus.
Guru boleh merancang dalam mengemukakan permohonan pertukaran.
Mungkin ada guru berjaya menyesuaikan diri atau guru tempatan dan
bersedia berkhidmat di pedalaman lebih lama dari tempoh yang ditetapkan.
Elaun khas mengajar di pedalaman bukan menjadi daya tarikan utama
guru. Yang penting penetapan tempoh mengajar di pedalaman yang tidak
terlalu lama boleh mendorong guru bersikap lebih terbuka dan bersedia
ditempatkan di kawasan pedalaman.
Sabtu, 28 Disember 2013
Guru sekolah berasrama penuh dibebani dengan banyak tanggungjawab
Oleh Syed Abdullah
BEBERAPA orang guru yang mengajar di sekolah berasrama penuh (SBP)
agak terkilan dan kecewa apabila mereka dibebankan dengan kerja yang
terlalu banyak berbanding dengan guru sekolah menengah biasa.Mana tidaknya, mereka terpaksa mengajar mulai pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan selalu pula dikenakan mengajar kelas tambahan pada hujung minggu terutama bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
Inilah hakikatnya yang berlaku kepada guru SBP yang terpaksa berkerja lebih masa daripada guru sekolah menengah biasa sedangkan gaji mereka adalah sama, tetapi tanggungjawab lebih.
Untuk menjaga prestasi sekolah SBP supaya sentiasa cemerlang setiap tahun, guru ini dikerahkan bekerja keras bagi memastikan pelajar mereka mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Mereka juga perlu memastikan SBP ini mempunyai kebersihan dan tahap disiplin yang tinggi selain aktiviti kokurikulum yang sentiasa berada ditahap cemerlang.
Adalah wajar jika pihak Kementerian Pendidikan mengkaji dan memberikan elaun atau imbuhan tertentu kepada guru SBP sebagai satu insentif kerana ketabahan mereka mendidik anak bangsa.
Utusan Malaysia: 26 Disember 2013
Selasa, 24 Disember 2013
PBSMR tidak wujud, hanya PMR ditambah baik
JAMILAH HAMZAH
24 Disember 2013
PUTRAJAYA - Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) menjelaskan format
peperiksaan baru menggunakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Menengah Rendah (PBSMR) bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) sebenarnya tidak wujud.
Ketua Gerak Kerjanya, Norizzat Mohd Johari berkata, perkara itu telah
dinyatakan sendiri oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh
dalam perbincangan meja bulat yang diadakan hari ini.
Menurutnya, kementerian telah menjelaskan bahawa hanya akan ada penambahbaikkan dalam peperiksaan PMR.
"... ini juga masalah salah faham yang berlaku, saya juga telah
tegaskan kepada kementerian, bahawa perkara ini tidak mahu berulang
kembali kerana 2014 adalah tahun kemuncak.
"... dan saya berani katakan KPM mengakui bahawa tiada kewujudan nama
PBSMR, sebenarnya ia hanya penambahbaikkan itu sendiri, bukan tukar
nama.
"Perkara itu bukan daripada pihak kementerian sendiri, kita minta pihak
kementerian uar-uarkan perkara itu sendiri, tapi hari ini apa yang SGMM
dapatkan (daripada perbincangan) itu hanya khabar angin, ataupun
nama-nama yang digembar-gemburkan yang ditakuti guru-guru selama ini,"
katanya kepada sidang media, selepas perbincangan meja bulat bersama
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, hari ini.
Oktober lalu media melaporkan format peperiksaan baru untuk
menggantikan PMR itu adalah bagi mencapai matlamat Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching
berkata, peperiksaan baru dikenali PBSMR bagi menggantikan PMR itu masih
belum dapat disahkan.
“Apabila ada pelan berkenaan, sudah pastinya akan berlaku perubahan
format. Bagaimanapun, saya hanya akan membuat komen apabila semuanya
sudah dimuktamadkan dan diterima umum.
“Saya tidak gemar komen sesuatu yang tidak pasti dan masih belum
diwujudkan, malah saya tidak boleh sahkan perkara itu,” katanya.
Sinar Harian: 24 Disember 2013
Jumaat, 20 Disember 2013
Lebih 36,000 guru mohon pertukaran tahun lalu
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menerima 36,133 permohonan
pertukaran guru tahun lepas, meningkat kira-kira 18 peratus berbanding
tahun sebelumnya.
Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan berkata jumlah itu merangkumi 19,678 permohonan guru sekolah rendah dan 16,455 guru sekolah menengah.
"Daripada jumlah ini hanya 18.93 peratus permohonan diluluskan iaitu merangkumi 2,778 guru sekolah rendah dan 4,063 sekolah menengah," katanya menjawab soalan Senator Ahamat@Ahamad Yusop di Dewan Negara, di sini, hari ini.
Ahamat ingin tahu kriteria yang diguna pakai dalam penentuan kelulusan permohonan pertukaran guru dan statistik permohonan yang diterima serta peratusan diluluskan dan ditolak untuk lima tahun lalu.
Kamalanathan berkata, keperluan perkhidmatan dan kekosongan opsyen yang terdapat di negeri-negeri merupakan kriteria utama yang diambil kira dalam penentuan penempatan guru baharu dan kelulusan pertukaran guru.
Kementerian juga katanya bersedia menimbang permohonan pertukaran guru yang mempunyai alasan kukuh seperti ancaman keselamatan, sakit kronik, mengikut pasangan dan cukup tempoh perkhidmatan, mengikut keperluan dan kekosongan jawatan di negeri yang dipohon.
Katanya, bilangan guru di sesebuah negeri tidak boleh melebihi jumlah yang diluluskan mengikut waran perjawatan negeri berkenaan.
"Kementerian ini juga perlu memastikan keperluan opsyen yang kritikal diisi dengan guru opsyen berkenaan agar murid mendapat tenaga pengajar yang kompeten dan mencukupi," katanya.
- BERNAMA
Berita Harian: 20 Disember 2013

Rabu, 18 Disember 2013
PBS dipertingkat, guna Java, HTML 5
KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan sedang membangunkan modul
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang baharu menggunakan teknologi
Java dan HTML 5 yang lebih cekap dan ringan berbanding teknologi
sebelumnya.
Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh memberitahu persidangan Dewan Negara hari ini, pendekatan baharu dalam pengurusan kapasiti pemprosesan di pusat data secara 'on-demand' itu diambil bagi membolehkan keupayaan pemprosesan ditingkatkan mengikut keperluan.
"Ini akan memastikan pengguna tidak menghadapi isu 'auto log out' atau server perlahan dan tidak dapat mencapai aplikasi itu," katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Muhammad Olian Abdullah mengenai langkah kerajaan untuk menaik taraf PBS di setiap sekolah yang disediakan kemudahan infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT).
Kementerian juga melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam modul PBS baharu dengan menyediakan keupayaan 'cache' bagi membolehkan PBS terus beroperasi walaupun secara 'off-line'.
Selain itu, Idris berkata terdapat beberapa kelemahan dalam penggunaan infrastruktur ICT khususnya keupayaan server komputer bagi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan semak dalam talian.
Beberapa punca dan penyelesaian telah dikenal pasti termasuk isu kapasiti pemprosesan yang telah ditetapkan pusat data, aplikasi SPPBS sedia ada memerlukan keupayaan pemprosesan yang tinggi kesan daripada penggunaan teknologi lama serta jadual kemasukan data yang sangat fleksible menyebabkan pengguna memasukkan data pada penghujung tahun mengakibatkan kesesakan pusat data.
Mengenai usaha mengurangkan beban tugas guru, beliau berkata modul PBS diintegrasikan dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) sebagai 'single window' bagi kemasukan data di sekolah.
"Kementerian akan melaksanakan dasar kemasukan data yang sama fleksible tetapi perlu dilaksanakan secara berkala dalam tempoh sama yang lebih singkat bagi mengelakkan kesesakan yang dialami pada penghujung tahun," katanya.
Idris berkata, sehingga kini, sebanyak 9,898 sekolah mempunyai capaian Internet dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,526 sekolah dirangkaikan dengan perkhidmatan 1BestariNet.
Sebanyak 1,372 sekolah lagi dirangkaikan melalui pelbagai pemberi perkhidmatan seperti Telekom Malaysia, Speedcast dan lain-lain. - Bernama
Sinar Harian: 17 Disember 2013

Selasa, 10 Disember 2013
Dr Khir dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran
PUTRAJAYA - Datuk Dr Khir Mohamad Yusof dilantik sebagai Ketua Pengarah
Pelajaran yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud yang
bersara, 6 Disember lepas.
Khir, 57, merupakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan).
Pelantikan Khir diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis ‘Malam Jasamu Dikenang’ bagi meraikan persaraan Abdul Ghafar di sini hari ini.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata beliau yakin Khir akan meneruskan tugas dan tanggungjawab Abdul Ghafar secara terbaik dalam usaha mentrasformasikan pendidikan negara.
"Kita telah bincang pelbagai perkara dan antaranya adalah mana-mana kerja baik yang telah dilaksanakan oleh Abdul Ghafar sebelum ini perlu diteruskan kerana saya merasakan adalah tidak sepatutnya berlaku perubahan yang besar berikutan pertukaran Ketua Pengarah Pelajaran.
"Mana yang baik, kita akan teruskan dan mana yang sudah baik, kita akan lakukan penambahbaikan supaya menjadi lebih baik lagi," katanya pada majlis tersebut.
Abdul Ghafar dilantik ke jawatan itu pada 8 November 2010. Muhyiddin berkata kerajaan sentiasa menghargai sumbangan dan jasa Abdul Ghafar dalam merealisasikan dasar pendidikan negara sepanjang 36 tahun beliau berkhidmat.
"Kewibaaan beliau terbukti dengan kejayaan memimpin dan meletakkan Kementerian Pendidikan sebagai antara kementerian yang berjaya merealisasikan NKRA negara.
"Kita amat menghargai usaha dan inisiatif beliau terutamanya dalam memperkenalkan program Guru Muda 1Malaysia, Bicara Intelek Guru dan Guru Mursyid dan Pementoran Institut Aminuddin Baki (IAB) dalam usaha meningkatkan profesion keguruan," katanya.
Sebagai mengharai sumbangannya, katanya kerajaan juga bersetuju mencalonkan Abdul Ghafar sebagai ahli Lembaga Pengarah Institut Antarabangsa bagi Penyelidikan Pendidiikan (IIEP) di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyaksikan upacara serah tugas secara simbolik antara Abdul Ghafar kepada Khir. - Bernama
Sinar Harian: 10 Disember 2013

Ph.D, sarjana diberi insentif
KUALA LUMPUR 9 Dis. - Pegawai kerajaan yang
mempunyai kelayakan akademik doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana akan
diberikan insentif melalui penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, pemberian insentif itu meliputi 33 skim perkhidmatan yang memperuntukkan kelayakan tersebut.
Skim tersebut katanya, termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidik, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.
"Bagi pegawai yang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan yang kemudiannya memperoleh Ph.D atau sarjana, kerajaan juga memberi insentif hadiah kenaikan gaji (HKG), khusus bagi skim-skim perkhidmatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Senator Baharudin Abu Bakar berhubung insentif khas terutama kenaikan pangkat kepada penjawat awam yang mempunyai kelulusan akademik di peringkat Ph.D dalam bidang-bidang kritikal kepada pembangunan negara.
Mengulas lanjut, Razali berkata, bagi urusan kenaikan pangkat, Lembaga Kenaikan Pangkat akan menimbang pegawai berdasarkan merit.
Menurutnya, pegawai yang mempunyai Ph.D mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat.
Kata beliau, sebagai contoh, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah di Kementerian Pendidikan, pegawai dinaikkan pangkat melalui laluan cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik termasuk Ph.D dan pengalaman dimiliki.
"Kewajaran yang diberikan adalah sebanyak 15 peratus daripada keseluruhan kriteria kecemerlangan," ujarnya.
Utusan Malaysia: 10 Disember 2013

Langgan:
Catatan (Atom)