BEBERAPA orang guru yang mengajar di sekolah berasrama penuh (SBP)
agak terkilan dan kecewa apabila mereka dibebankan dengan kerja yang
terlalu banyak berbanding dengan guru sekolah menengah biasa.
Mana tidaknya, mereka terpaksa mengajar mulai pukul 7.30 pagi hingga
4.30 petang dan selalu pula dikenakan mengajar kelas tambahan pada
hujung minggu terutama bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia
Inilah hakikatnya yang berlaku kepada guru SBP yang terpaksa berkerja
lebih masa daripada guru sekolah menengah biasa sedangkan gaji mereka
adalah sama, tetapi tanggungjawab lebih.
Untuk menjaga prestasi sekolah SBP supaya sentiasa cemerlang setiap
tahun, guru ini dikerahkan bekerja keras bagi memastikan pelajar mereka
mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Mereka juga perlu memastikan SBP ini mempunyai kebersihan dan tahap
disiplin yang tinggi selain aktiviti kokurikulum yang sentiasa berada
ditahap cemerlang.
Adalah wajar jika pihak Kementerian Pendidikan mengkaji dan
memberikan elaun atau imbuhan tertentu kepada guru SBP sebagai satu
insentif kerana ketabahan mereka mendidik anak bangsa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan