SEHINGGA kini, guru-guru yang memiliki Ijazah Sarjana dan Doktor
Falsafah (Ph.D) tidak diberi sebarang penghargaan atas usaha mereka
menyambung pelajaran berbanding penjawat awam lain yang menerima dua
kenaikan gaji untuk ijazah sarjana dan tiga kenaikan gaji bagi yang
memiliki Ph.D.
Perjuangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) agar
guru menikmati ganjaran seperti penjawat awam lain tidak diluluskan.
Antara alasan yang diberi ialah bilangan yang terlalu ramai sehingga
memerlukan peruntukan yang banyak.
Selain itu, juga diberi alasan tiada pelantikan untuk pengambilan
guru dengan ijazah sarjana atau Ph.D berbanding perkhidmatan lain.
Memandangkan kenaikan pangkat guru menggunakan kaedah 'time based',
lapan tahun untuk DG41 ke DG44, lapan tahun berikutnya untuk ke DG48,
enam tahun berikutnya untuk ke DG52 dan tiga tahun lagi untuk ke DG54,
saya mencadangkan agar kaedah Ex-PPLD, bekas Pegawai Perkhidmatan
Lepasan Diploma yang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana
Muda digunakan.
Bagi mereka yang memiliki ijazah sarjana (master) dipendekkan tempoh 'time-based'
sebanyak dua tahun untuk setiap kenaikan pangkat ke DG44, DG48, DG52
dan DG54. Sementara guru yang memiliki Ph.D pula diberi kelonggaran
tempoh sebanyak tiga tahun.
Saya yakin kelonggaran sebegini akan menggembirakan guru-guru yang
telah berusaha menambah ilmu pengetahuan mereka, tambahan lagi
sebahagian besar mereka ditaja oleh pihak kerajaan sendiri. Pada masa
yang sama, kerajaan juga tidak memerlukan peruntukan yang besar mengikut
kaedah ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan