SALAH satu janji pakatan pembangkang melalui Program 100 Hari sekiranya mereka dipilih memerintah negara ialah memberi imbuhan kepada kakitangan kerajaan. Guru adalah keutamaan mereka dan akan diberi kenaikan RM500 ringgit sebulan.
Saya menunggu selama beberapa hari untuk melihat reaksi persatuan guru. Sehingga ke hari ini tiada sebarang reaksi diberikan. Barangkali persatuan guru beranggapan janji ini adalah janji kosong yang tidak perlu diberi perhatian.
Saya percaya pakatan pembangkang menabur janji ini berasaskan kepada beberapa faktor. Antaranya:
* Guru adalah kakitangan kerajaan paling ramai. Bilangannya melebihi 400 ribu orang di seluruh negara. Pembangkang menyangka guru akan termakan umpan mereka dan sudah pasti mereka akan mendapat undi daripada para guru.
* Guru mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan masyarakat. Sejarah membuktikan bahawa guru memang mempunyai pengaruh yang amat besar dalam mana-mana masyarakat tempat di mana mereka berkhidmat.
* Kadangkala kita mendengar rungutan guru mengenai beberapa perkara berkaitan kebajikan mereka dan ini cuba dipolitikkan oleh pembangkang.
Malangnya, pakatan pembangkang tidak membuat sebarang kajian sewaktu melontarkan umpan mereka. Kesannya mereka gagal memahami beberapa faktor yang sangat rapat dengan guru. Saya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan ramai guru dan mendapati kebanyakan mereka:
* Tidak meletakkan gaji dan imbuhan sebagai keutamaan mereka dalam perkhidmatan. Saya dapati bagi guru yang sudah lama berkhidmat khasnya, mereka sangat mencintai bidang yang mereka ceburi dan sanggup melakukan pelbagai pengorbanan bagi membantu pelajar.
* Sangat komited untuk membantu pelajar berkembang dengan baik dan cemerlang. Lihatlah gaya guru menjelang musim peperiksaan dan lihat pula resah gelisah guru pada hari keputusan peperiksaan diumumkan. Ghairah guru kadangkala mengatasi keghairahan pelajar itu sendiri.
* Meletakkan pelajar dan ibu bapa mereka seperti keluarga sendiri. Pergilah ke sekolah-sekolah khasnya di desa-desa. Guru sudah sebati bersama masyarakat. Mereka tidak sahaja berperanan di sekolah bahkan mereka juga berkhidmat kepada masyarakat di tempat mereka bertugas.
* Guru yang berkesan berkhidmat dengan jiwanya. Kita selalu mendengar guru balik lewat kerana mengadakan kelas tambahan. Kita tahu ada guru yang sebahagian besar masanya bersama pelajar. Guru bukan sekadar mengajar huruf dan angka. Guru mendidik pelajar bagaimana mendepani kehidupan.
Atas asas-asas yang saya nyatakan di atas, saya percaya janji Pakatan Pembangkang adalah satu penghinaan kepada profesion perguruan yang selamanya dipandang mulia. Saya yakin para guru sebahagian besarnya berasa terkilan dan tersinggung. Pakatan pembangkang memandang rendah kepada guru yang hakikatnya telah menjadikan mereka seorang peguam, ahli perniagaan, Wakil Rakyat, Menteri Besar, Ketua Menteri dan sebagainya.
Kepada pakatan pembangkang saya ingin mengingatkan, mungkin mereka terlupa bahawa mereka pernah termakan budi dan jasa guru. Tetapi janganlah lupa bahawa menghina, memandang rendah kepada sesiapa sekalipun adalah perbuatan yang amat tidak wajar dan tidak sesuai dilakukan walau apa pun niat dan tujuannya.
KAMARIAH YOUB
Enggor, Perak
Utusan Malaysia Online: 24 Disember 2010
3 ulasan:
Salam kpd penulis,
Saya rasa termakan janji atau tidak itu soal lain,pasal gaji/elaun semua org mau,nape puan tak nak ke?Tambahan lagi semua org yang kerja pasti gaji yang utama.sayarasa puan ini terlalu bagus dan jujur..kalu diberi gaji RM10.00 satu hari maukah?
Baguslah ada pembangkang,kalu tidak manalah ada pihak2 tertentu nak pandang kita yang selalu kerja lebih2 entah apa2,apalah salahnya adalah motivasi nak kerja lebih bagus...kalu tidak nanti kena tempelak.Semua PM kata, Kita mesti ada pembangkang di DR...yang nilah yang dimaksudkan...bukan begitu???
"Guru tidak termakan umpan"
Salam Cikgu Kamariah,
Puan ni dah pandai sangatkah, dah luaskah jelajah puan seluruh Malaysia, puan taukah berapa gaji puan jika dibanding dengan gaji orang yang sama taraf puan di negara lain, puan mungkin berbelanja di kedai puan sendiri, gula sekilo 20 sen, beras, 20 sen sekilo, minyak masak 20 sen sekilo, minyak kenderaan 15 sen seliter, oui seronoklah puan, walau gaji tak seberapa, cukup beli barang gaji RM10.00 sehari pun bersyukur, saya gaji RM5.00 sehari pun bersyukur, beras 1 sen segantang,gula 0.05 sen sekati, bawang merah, 1 sen sekilo, terfikirkah puan apa yang puan komenkan, puan ini bercakap di mana, fikir perut puan seorang aje kah, pernahkah puan fikir dengan orang kampung pernah puan fikir orang yang sama kerja tuan tapi berulang alik dari rumah ke tempat kerja sejauh 300km setiap hari, cukupkah, benarkah guru tidak termakan umpan, kalau umpan cacing mungkin guru tak makan, tapi harga cacing sekarang pun mahal, puan dapat belikah kalau gaji puan RM10.00 sehari, saya dah 22 tahun berkerja puan, tak payah puan sebut-sebut apa yang puan nyatakan tu.sepatutnya pihak kerajaan fikir apa yang dicadangkan oleh pihak pembangkang, kena kaji kenapa mereka dapt beri RM500 kenaikan jika mereka memerintah, puan cuma dengar sebelah pihak saja,kalu puan bijak puan kena dengar pendapat kedua-dua pihak, kalu puan ada sebelah tangan saja, puan cacat. Gaji Ketua Kampung naik sekali ganda denga kelulusan yang tak seberapa, puan pula lulus darjah satu kot! Saya sendiri banyak berkorban, belajar-belajar dengan duit yang dibayar oleh kerajaan, saya bersyukur ada duit untuk belajar tapi orang tak belajar lagi senang naik pangkat. Cakap puan tolong selidik-selidik, jangan selidik di kain puan aje, kena selidik kain orang lain...
Puan kamariah youb ni bodoh ke apa? apa kena mengena tawaran 500 dengan keikhlasan guru? bayar la gaji banyak mana pun, mmg guru dah sedia bekorban dan terkorban demi anak bangsa.
tanyalah mana penjawat awam, adakah mereka akan tegasnya menolak jika ditawarkan peningkatan gaji RM500? Bayangkan jika puan ketua kampung atau JKKK sekalipun, adakah puan akan menolak kenaikan yg dicadangkan oleh YAB PM atas alasan keikhlasan?
Saya rasa Puan Kamariah Youb ini akan melingkupkan bidang perguruan jika menjadi seorang pentadbir, sudah pasti meletakkan alasan 'KEIKHLASAN' untuk menekan guru-guru dibawahnya. Jika Puan Kamariah ni amat ikhlas, eloklah beliau mendermakan sahaja semua gaji beliau itu kepada rumah kebajikan.
Catat Ulasan