Oleh Sazarina Shahrim
sazarina@bharian.com.my
2010/12/01
Kementerian nasihat calon SPM usah percaya khabar anginPUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran semalam menafikan khabar angin kononnya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 mungkin perlu menduduki semula peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 2 yang sudah dilaksanakan pada 23 November lalu.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud, berkata berdasarkan siasatan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), peperiksaan subjek itu adalah sah dan calon yang menduduki peperiksaan berkenaan tidak perlu mendudukinya semula.
Katanya, kementerian sentiasa mengambil langkah memastikan semua peperiksaan adalah sah serta kualiti atau standard peperiksaan berada pada tahap baik.
Abd Ghafar berkata, sehingga hari ini, peperiksaan SPM yang bermula pada 23 November lalu dan berakhir pada 20 Disember depan berjalan lancar seperti yang dijadualkan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai peperiksaan SPM 2010 boleh menghubungi Bilik Gerakan SPM, LPM di talian 03-8889 3551, 03-8889 3601 atau 03-2889 3520 yang beroperasi setiap hari peperiksaan dari jam 7 pagi hingga 6 petang.
Berita Harian Online: 1 Disember 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan