Isnin, 6 Disember 2010

Sekolah perlu kekal pencapaian terbaik akademik

Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar
bhnews@bharian.com.my
2010/12/06

KECEMERLANGAN pelajar dalam akademik hanya dapat direalisasikan apabila proses pembelajaran dan disiplin berterusan dilaksanakan bersungguh-sungguh, katanya Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran, Ashah Samah.

Beliau berkata, pelajar perlu mengekalkan kecemerlangan kerana pencapaian mereka menyumbang kepada usaha menaikkan imej sekolah sekali gus menyuntik semangat pelajar lain untuk terus memberikan yang terbaik.

“Kesungguhan begitu diperlukan selain disiplin tinggi untuk mencapai kejayaan,” katanya di majlis bertemu pelajar Tingkatan Lima dan Enam Atas di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Seramai lebih 500 pelajar memenuhi Dewan Gemilang di sekolah itu mendengar amanat penting sekali gus memberi semangat mereka yang bakal menduduki peperiksaan.

Hadir sama, Pengetua, Zakaria Awang, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Zaiton Salleh, Penolong Kanan HEM, Arman A Razak, Penolong Kanan Kokurikulum, Mohamad Saberi Salleh.

Ashah berkata, nama baik sekolah yang termasyhur pencapaian akademik membanggakan perlu dikekalkan.

Katanya, sekolah itu sudah melahirkan ramai tokoh dalam pelbagai bidang termasuk juga di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Sementara itu, Arman berkata, pihaknya berharap keprihatinan kementerian mengenai prestasi pelajar di sini mendorong mereka untuk terus memberikan yang terbaik.

Beliau berkata, bimbingan berterusan guru perlu dijadikan panduan supaya pelajar berada di landasan betul untuk berjaya dalam pelajaran dan melakar kejayaan seterusnya.

Berita Harian Online: 6 Disember 2010

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan mudah hendak mengekalkan pencapaian akademik seperti tahun-tahun lepas. Banyak faktor kena fikir dan kena ambil tindakan. Pihak yang tidak mengajar atau tidak terlibat secara langsung dalam P & P atau suasana sekolah memang pandai bercakap mudah sahaja. Mereka hanya tahu cakap kekal,tingkat,maju, dan lebih teruk lagi amaran diberikan kepada sekolah yang berprestasi rendah.


tapi bagaimana mana

1. situasi pelajar setempat
2. budaya masyarakat setempat
3. prasarana sekolah
4. kemudahan sekolah
5. kemampuan kewangan sekolah
6. sikap GB/Pengetua terhadap guru-gurunya
7. Sikap guru-guru di seklah
8. tingkahlaku guru-guru baru

banyak perkara kena fikir dan kena selesai

paling mudah pihak-pihak tertentu kena faham bahawa kemampuan pelajar berubah dari tahun ke tahun. setiap individu mempunayai tahap kemampuan yang berbeza.

sememangnya sekolah tetap menginginkan pencapaian yang baik tetapi kemampuan murid bagaimana?

cakap mudah le......

Makmal Perguruan Ibubapa berkata...

Harapnya tahun 2011 akan memberi nafas baru kepada semua guru-guru. marilah kita bersama-sama MENDIDIK dan bukan semata-mata MENGAJAR pelajar-pelajar kita.

ikhlas,

http://reformasimindaguru.blogspot.com