Ahad, 26 Disember 2010

Hanya guru berkelayakan ajar BM

PUTRAJAYA 25 Dis. – Kementerian Pelajaran mengarahkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) menempatkan guru yang mempunyai kelayakan sahaja untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia mulai tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud (gambar) berkata, langkah tersebut bertujuan memastikan ia selari dengan kehendak pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

“Guru yang mengajar Bahasa Malaysia untuk Tahun Satu dan Dua di SJKC dan SJKT hendaklah terdiri daripada mereka yang boleh bertutur dalam dwibahasa dan perlu mempunyai kredit dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Bagi Tahun Tiga hingga Enam, guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia hendaklah mereka yang memiliki opsyen ikhtisas Pengajian Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu pekeliling yang dipetik daripada laman web rasmi Kementerian Pelajaran, di sini hari ini.

Abdul Ghafar berkata, bagi SJKC dan SJKT dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM), guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia hendaklah dipilih di kalangan guru berpengalaman dan boleh bertutur dwibahasa serta mempunyai kredit Bahasa Malaysia dalam SPM.

Sehubungan itu, katanya, Jabatan Pelajaran Negeri perlu mengambil tindakan sewajarnya semasa pelaksanaan proses penempatan, pertukaran dan penempatan semula guru di SJKC dan SJKT.

Utusan Malaysia Online: 26 Disember 2010

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

“Guru yang mengajar Bahasa Malaysia untuk Tahun Satu dan Dua di SJKC dan SJKT hendaklah terdiri daripada mereka yang boleh bertutur dalam dwibahasa dan perlu mempunyai kredit dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Bagi Tahun Tiga hingga Enam, guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia hendaklah mereka yang memiliki opsyen ikhtisas Pengajian Melayu,” katanya.

Mungkin masih belum terlambat,namun apa yang telah terjadi selama ini siapa yang hendak dipertanggungjawabkan,sudah agak terlalu lama hal ini terjadi.Kes seperti ini tidak sepatutnya berlaku.Oleh itu IPGM dan KPM kena ambil langkah drastik mengatasi maslah ini.
Ramai pelajar dari SJKC dan Tamil apabila ke SM menghadapi masalah BM yang sangat ketara.saya adalah orang yang terlibat secara langsung mengajar di kelas Tingkatan 5(sekarang dah tak lagi)memang rata2 mereka bertutur pun kurang betuk apatah lagi menulis karangan.Mereka ini sebenarnya datang dari kalangan keluarga yang kurang menitik beratkan BM sama ada di rumah atau sekolah.
Ada sesetengah guru di SJKC yang anti BM(kurang beri tumpuan)Murid diajar secara menghafal.Ibu bapa pula tidak langsung menitik beratkan BM di rumah.Ada sebuah sekolah di Tawau,apabila pelajar Melayu gagal BC mereka disuruh pindah sekolah tetapi pelajar bukan Melayu tidak.Nampak seperti wujud perkauman dari pihak guru.
Sata tidak nafikan ada juga murid dari SJKC/T yang bagus tapi tidak ramai(dalam konteks di Tawau,Sabah).
Saya ucapkan syabas kepada KPM jika perkara seperti ini dilaksanakan segera menempatkan guru2 yang berwibawa serta fasih BM agar semua rakyat Malaysia fasih dan tahu gunakan BM dgn betul dalam semua urusan rasmi atau tidak.
Saya harap guru yang mengajar tahun 2011 nanti tidak lagi sekadar melepas batuk di tangga yang akhirnya anak2 jadi mangsa.Kerajaan melalui KPM harus menjalankan kempen berkaitan Bahasa Kebangsaan dengan lebih giat,sungguh2,tekal,wajibkan semua urusan rasmi guna BM.Tidak cukup hanya pihak guru dan sekolah saja berperanan.YB2 bukan Melayu kena turun padang bantu kaum masing2 perbetulkan persepsi bahawa fasih berbahasa,menulis dgn BM bukan menjadi punca kegagalan dalam segala bidang/urusan harian.Masih ada sesetengah pihak majikan khususnya Cina tidak mahu mengutamakan kelulusan BM sebagai syarat menyandang/mendapat kerja di organisasi mereka.Memang tahu banyak bahasa(kuasai)amat baik tetapi kita kena lihat bahawa BM adalah bahasa perhubungan utama di Malaysia.
Semoga apa yang dihasratkan ini dapat dicapai di tahun2 akan datang."KALAU TAK DIPECAHKAN RUYUNG,MANAKAN DAPAT SAGUNYA"

Tanpa Nama berkata...

Saya dah 17 thn mengajar di SJK. Saya setuju bhw ramai murid khasnya dr SJK(T) teruk dlm BM. Memang utk UPSR, murid terpaksa menghafal. Guru mengajar hanya tajuk-tajuk yg keluar dlm UPSR shj. Inilah kelemahan UPSR. JPN, PPD gila dok kejar ranking. Guru pula mengajar hnay utk peperiksaan UPSR. Sebab itulah lebih bai UPSR di mansuhkan shj. Tapi org aats tak faham masalah di sekolah.

Sbb itu guru SM salahkan guru SR sebab murid tak boleh baca.

Mewajibkan guru Opsyen BM utk ajar thn 6 utk kali pertama 2011 adalah kurang wajar. Dlm proses redemployment baru-baru ini, guru-guru bermasalah ramai yg dihantar ke SJK. Camna nak ajar thn 6. Ada pula yg opsyen PM, tetapi tidak mengajar BM di SK.

CADANGAN SAYA, HANATR GURU CEMERLANG BM DI SK KE SEMUA SJK UTK AJAR BM. MUNGKIN ADA KESANNYA BERBANDING GURU REDEMPLOYMENT.

kamanuk berkata...

Malangnya IPTA kurang menawarkan opsyen BM terhadap pelajar jurusan pendidikan sekarang..

Tanpa Nama berkata...

saya sudah mengajar BM 6 tahun.walaupun opsyen sebenar saya ialah sains(1st degree saya ialah fizik), tetap saya tidak berpeluang engajar sains kerana saya ditempatkan ke sjkc.

Dahulu saya beriya-iya untuk berpindah sekolah ke SK tetapi tidak dilaan sama sekali.

Persoalan sekarang,agak -agak, mana bidang yang saya lebih mahir?mengajar sains yang telah 6 tahun saya tinggalkan ataupun mengajar BM yang sudah 6 tahun saya bergelumang sehingga kini telah menjadi penanda kertas BM UPSR???

Tanpa Nama berkata...

CAMNA CIKGU BUKAN OPSYEN PM/BM boleh diambil jadi pemeriksa kertas.

kamanuk berkata...

walauapa pun ada beza antara opsyen Bm dengan Sains. Tapi, saya puji cikgu kerana sanggup ajar BM.