Sabtu, 25 Disember 2010

Tindakan jika tak mula sesi persekolahan ikut jadual

2010/12/25

KANGAR: Kementerian pelajaran akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana sekolah yang didapati gagal memulakan persekolahan awal tahun depan seperti dijadualkan, terutama atas alasan yang tidak sewajarnya.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi), Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim, mahu semua bentuk alasan atau gangguan berkenaan termasuk kerja pembersihan, orientasi pelajar dan mesyuarat guru disempurnakan lebih awal iaitu sebelum 1 Januari.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana segala aktiviti berkenaan seharusnya dilakukan lebih awal iaitu seminggu sebelum sekolah dibuka.
“Justeru, jika ada sekolah yang gagal berbuat demikian, surat tunjuk sebab akan diberikan kepada pihak berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Perlis, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pelajaran Perlis, Abdul Hadi Harun dan Guru Besar bahagian Sekolah Rendah IPGM Perlis, Kamarudin Ismail.

Difahamkan, Noor Rezan kini dalam proses lawatan kerja ke semua sekolah di seluruh negara bagi mendapat maklum balas dan perkembangan mengenai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) selain meninjau persediaan sekolah bagi permulaan sesi persekolahan ini.

Selain itu, Noor Rezan berkata, pihaknya berpuas hati dengan program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIT) dan Program Pembangunan Sekolah (SIP) yang dilihat membuahkan hasil.
Katanya, melalui program itu, banyak sekolah yang sebelum ini berada pada tahap enam dan tujuh iaitu kategori lemah, berjaya dilonjak ke kedudukan yang lebih baik.

“Melalui program ini, setiap masalah yang dihadapi boleh diselesaikan secara bersama sama ada di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian demi meningkatkan mutu pendidikan negara," katanya.

Berita Harian Online: 25 Disember 2010

3 ulasan:

GuRU LaMa berkata...

Ini ajelah peranan orang atas.
Yang tau kerja nak settle.
Cuti sekolah sekarang dah x macam cuti sekolah dulu.
Cuti penggal pertama dan 1/2 penggal kedua disibukkan dengan kelas tambahan UPSR. Cuti akhir tahun, seminggu yang pertama kena duduk sekolah siapkan kerja. Kemudian bertugas wajib seminggu di sekolah. Kemudian 2 minggu sebelum sekolah dibuka (20/11/2010) dah mula mesyuarat kurikulum,hem,koku,panitia,kemas kelas..Paling kurang 3-4 minggu cuti yang sepatutnya cuti akhir tahun, guru kena kerja di sekolah..Pihak atasan hanya tau memantau aje..

Tanpa Nama berkata...

Bukan 20/11/2010 tuh..
20/12/2010..
Sekolah saya pun sama.
Taklimat KSSR lah, mesyuarat panitialah, mesyuarat gurulah..
Sekolah suami nasib baik sikit sbb mesyuarat mula 27/12/2010.
Saya 4 minggu di sekolah waktu cuti tapi suami 4 minggu.hihihih

Tanpa Nama berkata...

betoi...menyampah aku dgn "sistem" pengurusan pendidikan skrg.