Khamis, 9 Januari 2014

Bantai pegawai pantau kelas

Oleh Shamsul Munir Safini

Padang Besar: “Saya tergamam melihat seorang rakan ditumbuk di bahu, belakang kepala dan badannya oleh dua guru lelaki di kaki lima kelas sebelum kejadian itu dileraikan.”
Begitu kata seorang saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham, 30-an, apabila melihat rakannya yang juga pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dikepung dan ditumbuk dua guru berusia 40-an yang berlagak ala samseng dalam kejadian di sebuah sekolah rendah, di sini.


Dalam kejadian jam 8.50 pagi kelmarin, mangsa berusia 39 tahun dibelasah dua guru lelaki terbabit yang dipercayai akibat berang dengan tindakannya memantau sesi mengajar di dalam kelas yang dikendalikan seorang daripada mereka.

Sebelum itu, Hisham berkata, pada kira-kira jam 7.30 pagi, dia bersama 30 pegawai Jabatan Pendidikan negeri daripada Bahagian Sektor Penilaian sekolah hadir ke sekolah berkenaan.
FotoWARTAWAN Harian Metro menemu bual saksi kejadian pergaduhan antara guru dan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri.

Kehadiran mereka termasuk mangsa bertujuan memantau sesi pembelajaran berikutan prestasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sekolah itu kurang memuaskan.

myMetro: 9 Januari 2014

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan percaya 100% kena tanya pihak satu lagi..baru adil..

Tanpa Nama berkata...

lain kali pegawai JPN tu cermin diri dulu sebelum ada hati nak mantau guru disekolah...rata-rata pegawai JPN terdiri dari bekas guru-guru yang pemalas,penyegan,badak liat semasa mengajar disekolah...bila berada di jabatan nak belagak nak mantau guru-guru pulak..bagai tikus baiki labu..sebab tu perlis corot dalam upsr,pmr dan spm..elokla kena tumbuk tu.

Tanpa Nama berkata...

dari ketua sektor unit kurikulum...hingga pegawai unit kurikulum JPN Perlis..rata-rata bekas guru yang pemalas semasa mengajar di sekolah dulu..sekarang masing-masing bagaikan ketam..elok benar mereka kembali mengajar kat sekolah..beri peluang pulak pada guru yang dikatakan menumbuk tu jadi pegawai pulak.

Tanpa Nama berkata...

memang layak kena tumbuk pun. lagak saja lebih.kot kot pegawai tu yang tumbuk dulu

Tanpa Nama berkata...

orang jabatan pelajaran perlis memang berlagak lebih. depa tu yang yang nak tunjuk baik kononnya.masa dok mengajar di sekolah dulu,depa yang paling curi tulang.drpd bekas guru

Tanpa Nama berkata...

nak pantau guru,tetapi mereka sendiri termasuk pengarahnya pun belum kemas kiniSPL-KPM.tunjuk lah teladan pada guru di sekolah sebelum nak pantau orang.cermin lah diri tu.

pakmalau berkata...

Ada dua makna brbeza ant memantau dan membantu dlm kes ni cam nk memantau brmakna mencari salah org so kena cermin diri sblum cari salah org lain

Tanpa Nama berkata...

Memang pun pegawai JPN & Nazir hanya tau nak komen je.Mereka tak tau ka guru-guru sekarang banyak tekanan kerja,tekanan dari pengetua/guru besar yang tau hanya memerintah je.Nak isi PBS,APDM,SPS,SMM,SPL dan tah apa-apa kerja lagi.JPN,PPD hanya tau beri arahan.Lewat kena bambu.Ni tak kira yg jadi guru kelas lagi.Ambil kedatangan,masalah murid ponteng,bantuan dan lain-lain lagi.Semuanya diletak kat bahu guru-guru.Pengetua,guru besar,pegawai PPD,JPN hanya tau laporan siap pada tarikh yg ditetapkan.TENSION tau!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

inilah kenyataan sebenar kepincangan JABATAN PELAJARAN PERLIS...pegawai yang sombong,pegawai jpn yang pemalas,sepatutnya mengajar guru-guru cara menjadi pendidik yang berkesan, bagaimana nak naikkan prestasi tapi cakap sombong,mulut lepas, malulah dengan ALLAH kerana kamu seperti ibu ketam yang mengajar anak ketam belajar betul sedang kamu makin mengiring....wahai pihak KPM marilah memantau jabatan yang banyak muslihat dan menyusahkan cikgu-cikgu. Ada pegawai yang memasang spy di sekolah semacam KGB kunun nak mengesan cikgu bermasalah padahall nya menambahkan masalah guru. Perlis akan kekal corottttttttttttttt.

Tanpa Nama berkata...

Lepas satu-satu
mula-mula kening guru kena tikam dengan kerambit.
kedua pulak pegawai kena tumbuk dengan guru
ketiga..................???

solat taubatlah yang berada di jbatn prlis

Tanpa Nama berkata...

hiduplah dengan beriman kepada Allah sepenuhnya
sebelum bertindak ingat kepada Allah
kita akan mati,akan diadili
dunia persinggahan sementara
pekerjaan mendidik itu mulia
ada jaminan syurga
orang Islam yakinilah syurga itu ada
kita orng Islam,bukan alkafirun