Sabtu, 11 Januari 2014

Guru sarjana, Ph.D gaji lebih tinggi

PUTRAJAYA 9 Jan. - Guru-guru baharu yang mempunyai kelulusan sarjana dan doktor falsafah (Ph.D) akan menikmati gaji permulaan lebih tinggi bagi gred DG41 iaitu tambahan RM715 dan RM1,022 berbanding guru berkelulusan ijazah sarjana muda.
Sistem gaji baharu itu berkuat kuasa mulai 1 Januari lalu dan telah dimaklumkan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 40/2013 yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal (gambar) bertarikh 16 Disember lalu.
Menurut pekeliling tersebut, guru-guru berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan menerima gaji permulaan mereka pada gred DG41 iaitu RM2,018.52.
Namun, guru yang berkelulusan sarjana serta Diploma Pendidikan, gaji permulaan pada gred DG41 adalah RM2,733.98 iaitu pertambahan sebanyak RM715.
Bagi guru yang mempunyai kelulusan Ph.D serta Diploma Pendidikan pula gaji permulaannya pada gred DG 41 pula sebanyak RM3,040.60.
Bagaimanapun, menurut pekeliling itu, bagi guru-guru berkelulusan ijazah sarjana muda (kepujian) dalam bidang pendidikan atau ijazah sarjana muda (kepujian) dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan, gaji permulaan pada gred DG41 yang ditawarkan ialah RM2,222.94.

Utusan Malaysia: 10 Januari 2014

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pulak guru-guru yang sudah ada masters atau Phd..takkan tak dak kenaikan gaji kot...mana adil begitu.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya kerajaan menimbangkan kenaikan gaji untuk guru yang sudah mempunyai sijil sarjana dan phd sbg penghargaan kpd mereka yg bertungkus lumus menaikan taraf pendidikan d msia.tapi sudah jadi terbalk..agaknya kerajaan dah kehabisan dana kot.

Tanpa Nama berkata...

Tak adillah...yg baharu gaji master phd bergerak.sedangjan guru lama yg ada master phd tdk bergerak kerana dikatakan gaji mereka melebihi dr gaji petmulaan master phd.camne org baharu nanti lama2 keja guna master phd naik tinggi mcm kami satu hari nnti nak kira mcmmana pula...tak adil...

Tanpa Nama berkata...

ramai yang kata pekeliling ni pekeliling tak cerdik dan menyakitkan hati. rasionalnya:
1. yang memohon ialah kesatuan di bawah cuepacs, kenapa yang menikmatinya adalah yang belumpun menjadi ahli mana2 kesatuan?
2. berapa orang yang layak jika pelaksanaannya hanya kepada mereka yang masih berada dalam gred lantikan? biasanya yang sambung belajar akan berada pada gred naik pangkat bila selesai.
3. berapa kerat pemegang master @ phd yang belum bekerja dan ingin menjadi guru? ni cerita karut ke mengarut?
4. sebab takde duit la semua ini dibuat. nak adil, bincanglah dengan pihak yg berkaitan, bukan pihak yg tidak tahu apa-apa.

Tanpa Nama berkata...

Sy antara yg x dpt faedah Ni...huhu

Tanpa Nama berkata...

Patutnya pertimbangkan guru 2 yg dah belajar n berjaya peroleh sarjana atau phd. Baru adil

Tanpa Nama berkata...

Satu langkah yg langsung tidak memberi kesan kepada warga pendidik. Ia hanyalah mimpi ngeri bg sesiapa yg tlh mempunyai sijil sarjana n phd...... satu lagi tindakan utk tambah derita yg tlh lama dirasai oleh warga pendidik......

Tanpa Nama berkata...

mengapa tidak guru yg mempunyai sarjana dan phd diberi tugas yg setara dengan kelulusan, lulusan ini dilatih untuk berfikir dan menghasilkan idea baru bukan hanya menurut perintah dan melaksanakan apa sahaja yg disuruh oleh guru diploma / ijazah yang mempunyai kuasa. Contohnya membantu PPD dalam menghasilkan pendekatan2 baru dan memberi idea penambah-baikkan. Setakat membantu kadang2 susah juga, ego orang atasan nak letak mana, perlu juga diberi authority contohnya melalui SIP dan SISC, atau tugas khas di peringkat sekolah mengikut kerelaan dan bidang kajian masing2, kalau tidak naik gaji sekali pun, dibayar elaun setiap kali guru2 ini menawarkan diri untuk membuat kajian untuk kementerian (tidak termasuk kajian dalam pengajian. Jika tidak diberi kuasa dari PPD agak sukar untuk mendapat kerjasama dari guru2 di sekolah. Melaksanakan tugas rutin berdasarkan perintah yg diberi akan melemahkan motivasi kami (contoh budak tahun 6 di suruh belajar ABC)lama kelamaan segala yg telah dilatih semasa pengajian sarjana dan phd selama bertahun-tahun dengan kos puluhan ribu ringgit jika di luar negara ratusan ribu ringgit (yg mana kosnya boleh membina sebuah banglo 2 tingkat) akan berkarat. Biasiswa kerajaan (juga duit rakyat) yg diperuntukkan berjuta ringgit saban tahun membazir begitu sahaja.

Guru-guru sarjana dan phd ini dilatih cara berfikir dan mempunyai kapasiti sebagai ilmuan kerana ianya memerlukan kapasiti pencinta ilmu, tidak kira apa bidang, pelbagai bidang menghasilkan seorang pengkaji yg lebih luas penilaiannya dalam menangani murid yg datang dari pelbagai latar belakang dan punyai pelbagai cita-cita dan kajian membantunya memahami sesuatu isu dengan lebih mendalam. Tidak timbul isu dia berijazah pendidikan atau tidak. Setakat hafal konsep, google pun boleh.

Salah satu cara menghasilkan guru yg kreatif dan inovatif ialah mereka mempunyai pelbagai dimensi ilmu yg boleh digabungjalinkan dalam menghasilkan idea baru.(juga berdasarkan kajian)

Tanpa Nama berkata...

Apakah bezanya diantara mereka yg melanjutkan pengajian ijazah lanjutan dengan kemudahan biasiswa dan cuti bergaji penuh dengan mereka yang tanpa cuti dan pembiayaan sendiri. Yang tidak mendapat kemudahan itu telah terbukti mempunyai semangat dan motivasi yg amat2 tinggi. Betul atau salah

Tanpa Nama berkata...

Jawatan dan kuasa lebih penting dari ilmu. Itulah yang akan berlaku apabila kiamat hampir tiba, peperangan disini sana kerana berebut kuasa. Jika kita berlumba-lumba mengejar ilmu apa mungkin berlaku peperangan? Jika Kementerian pendidikan sendiri tidak memupuk budaya ilmu. Kementerian mana lagi yg lebih utama berbuat demikian?

Tanpa Nama berkata...

Kebanyakan yg berada di kementerian mengejar pangkat, kuasa berserta merit. Apa buktinya? Prestasi pendidikan cantik di peringkat nasional tetapi gagal di peringkat antarabangsa. Pernah seorang bekas timbalan pengarah pendidikan menyumbang kepada sebuah sekolah tetapi awal2 mengatakan gunakan sumbangan itu untuk akademik sahaja. Kenapa? kerana ko-kurikulum tidak ada merit kepada kementerian tetapi hanya bermanfaat untuk murid bagi jangka masa terdekat.