KUALA LUMPUR 18 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin berkata, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan
digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai tahun ini.
Menerusi pelaksanaan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) pada 1 April ini, tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar
Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah, katanya.
"Akan ada bentuk penilaian di peringkat sekolah. PT3 ini akan
digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke
tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah
Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional.
"Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga akan
menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan
murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka," jelas beliau.
Muhyidddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian dalam sidang
media khas yang turut dihadiri penggiat utama sistem pendidikan negara
seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan
Parlimen di sini hari ini. -BERNAMA
Selasa, 18 Mac 2014
Langgan:
Catatan (Atom)