KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kini boleh
meluluskan projek pembangunan pendidikan sehingga RM5 juta setahun untuk
negeri masing-masing, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ini adalah satu daripada langkah
transformasi pendidikan yang bertujuan memperkasakan jabatan pendidikan
di peringkat negeri dan daerah di bawah fasa pertama Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
"Ketua Setiausaha kementerian telah meluluskan penurunan kuasa kepada
pejabat peringkat negeri, yang dahulu mereka hanya boleh belanja sekadar
RM500,000 setahun," kata Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan kepada
pemberita selepas mengadakan tinjauan hari pertama persekolahan di
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, di sini, hari ini.
Terdahulu beliau turut melakukan tinjauan ke SK Presint 14(1)
Putrajaya, Sekolah Menengah Kebangsaan St. Gabriel di Kampung Pandan dan
Sekolah Jenis Kebangsaan(SJK) Tamil Kampung Pandan, Jalan Thaver.
Muhyiddin berkata, dengan kelulusan itu, "kalau ada perkara-perkara
yang perlu dilaksanakan maka pihak pengarah peringkat negeri boleh
laksanakan.
"Dia boleh panggil sebut harga ataupun tawaran untuk selesaikan hal-hal
berkaitan pelaksanan infrastruktur fizikal, dan juga perolehan yang
perlu dibuat di peringkat negeri masing-masing," tambahnya.
Muhyiddin berkata, ia bertujuan untuk pengagihan keputusan-keputusan
pelaksanaan dan mempercepatkan proses kelulusan tanpa perlu melalui
peringkat kementerian, dan dengan cara itu, perjalanan pembelajaran di
sekolah boleh berjalan lebih lancar.
Kerajaan sedar banyak pihak yang kritikal mengenai pencapaian
pendidikan negara, justeru pelbagai inisiatif lain yang telah dirangka
di dalam PPPM akan diterjemahkan secara berperingkat dengan secepat
mungkin, katanya.
"Nak terjemahkan semua dalam tempoh singkat tidak mungkin dapat dilakukan. Ia kena berperingkat, sebab itu 13 tahun.
"Proses ini akan berlaku sepanjang masa, dengan cara itu kita boleh
perbaiki kelemahan ataupun tingkatkan kualiti pembelajaran," katanya.
Menyentuh mengenai guru, Muhyiddin berkata, tahun ini, kira-kira 9,000
guru lagi akan menjalani latihan tingkat kemahiran dan kecekapan
(Upskill) dalam persediaan mencapai objektif pelajar wajib lulus Bahasa
Inggeris menjelang 2016.
Sementara itu, mengulas tinjauannya ke empat buah sekolah hari ini,
Timbalan Perdana Menteri berkata beliau amat puas hati dengan perjalanan
awal persekolahan tahun ini bermula dengan lancar di kesemua sekolah.
Malah pihaknya juga berpuas hati dengan kemampuan sekolah-sekolah
memenuhi Penunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian iaitu satu pelajar,
satu meja, satu kerusi dan satu set buku teks, katanya.
"Kesemua tidak hadapi masalah dan semua berjalan baik," katanya dan
menambah, peranan komuniti dan ibu bapa amat penting dalam memastikan
sistem pendidikan sekolah terus mencapai matlamat.
Bagaimanapun daripada tinjauannya hari ini, beliau mendapati wujud
beberapa keperluan yang dikemukakan oleh empat sekolah yang dilawatinya,
termasuk penambahbaikan dan menurutnya ini akan laksanakan dalam Bajet
2014. - Bernama
Sinar Harian: 2 Januari 2014
Memaparkan catatan dengan label Arahan. Papar semua catatan

Khamis, 2 Januari 2014
Selasa, 7 Ogos 2012
Usul bawa telefon bimbit ke sekolah masih dibincang
SEREMBAN 7 Ogos - Cadangan pelajar dibenar membawa telefon bimbit ke
sekolah masih pada peringkat perbincangan, kata Timbalan Menteri
Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.
Katanya banyak perkara harus diteliti sebelum kementerian itu dapat membuat keputusan yang memuaskan semua pihak.
"Setakat ini pelbagai pandangan telah diterima termasuk daripada pelajar.
Malah saya ada menerima surat daripada murid berusia 10 tahun yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
"Ini adalah sesuatu yang sangat memeranjatkan apabila murid tahun empat ini sendiri memberi pandangan sebegitu dan menyatakan sebab mengapa dia tidak bersetuju," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau sebelum itu menyerahkan cek bantuan kewangan kepada sekolah bantuan kerajaan di Negeri Sembilan. Sebanyak RM6.43 juta diperuntuk kepada 41 sekolah jenis kebangsaan bantuan kerajaan tahun ini.
Bulan lepas, kementerian itu mengusulkan cadangan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan iPad ke sekolah bermula tahun depan.
Bagaimanapun cadangan itu mendapat bantahan terutama daripada persatuan ibu bapa dan guru yang rata-rata berpandangan langkah tersebut akan mengundang lebih banyak masalah selain menjejaskan pembelajaran pelajar. - BERNAMA
Utusan Malaysia Online: 7 Ogos 2012

Jumaat, 27 Julai 2012
Telefon bimbit di sekolah beri kesan negatif kepada pelajar
KUALA LUMPUR: Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit (PERBIT) Malaysia
berpendapat kebenaran bagi pelajar menggunakan telefon bimbit di
sekolah lebih banyak memberi kesan negatif daripada positif.
Presiden Perbit, Ali Ibrahim, berkata selain mengganggu pelajaran, telefon bimbit yang menyediakan pelbagai akses internet akan memberi peluang kepada pelajar mengakses laman pornografi di sekolah, yang mana akan menggalakkan aktiviti sumbang dan membawa implikasi negatif kepada masyarakat.
"Pelbagai perkara yang tidak baik boleh berlaku termasuk mencuri, merompak, rogol, berzina, terbabit kegiatan samseng dan ponteng
sekolah. Yang paling parah perkara ini banyak berlaku kepada remaja
Islam," katanya di sini, hari ini.
Ali berkata, pelajar berpendapat mereka bebas melayarai internet dan juga menghubungi sesiapa saja kerana tiada siapa tahu apa yang mereka buat selain tiada siapa yang memantau aktiviti mereka.
"Ini memberi satu impak negatif kepada pelajar, terutama pelajar Islam kerana kebanyakan mereka, walaupun di peringkat tingkatan lima, masih lagi belum matang," katanya
Ali berkata, penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar akan hanya mendatangkan pembaziran wang kerana terpaksa menjelaskan bil yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih perlu.
"Pelajar juga akan terleka dengan hiburan yang tersedia dalam telefon bimbit hingga mengabaikan pelajaran," katanya.
Walaupun kebenaran untuk penggunaan telefon bimbit bagi pelajar adalah atas faktor keselamatan, beliau tetap bimbang penyalahgunaannya oleh pelajar.
Beliau berkata, seharusnya setiap sekolah perlu menyediakan satu bilik telefon khas untuk pelajar membuat panggilan kecemasan kepada ibu bapa mereka bagi menggelakkan perlunya pengunaan telefon bimbit di sekolah.
Katanya, PERBIT akan menjalankan kempen kesedaran penggunaan telefon bimbit kepada pelajar di seluruh Malaysia pada bulan depan.
- BERNAMA: 27 Julai 2012
Presiden Perbit, Ali Ibrahim, berkata selain mengganggu pelajaran, telefon bimbit yang menyediakan pelbagai akses internet akan memberi peluang kepada pelajar mengakses laman pornografi di sekolah, yang mana akan menggalakkan aktiviti sumbang dan membawa implikasi negatif kepada masyarakat.
Ali berkata, pelajar berpendapat mereka bebas melayarai internet dan juga menghubungi sesiapa saja kerana tiada siapa tahu apa yang mereka buat selain tiada siapa yang memantau aktiviti mereka.
"Ini memberi satu impak negatif kepada pelajar, terutama pelajar Islam kerana kebanyakan mereka, walaupun di peringkat tingkatan lima, masih lagi belum matang," katanya
Ali berkata, penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar akan hanya mendatangkan pembaziran wang kerana terpaksa menjelaskan bil yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih perlu.
"Pelajar juga akan terleka dengan hiburan yang tersedia dalam telefon bimbit hingga mengabaikan pelajaran," katanya.
Walaupun kebenaran untuk penggunaan telefon bimbit bagi pelajar adalah atas faktor keselamatan, beliau tetap bimbang penyalahgunaannya oleh pelajar.
Beliau berkata, seharusnya setiap sekolah perlu menyediakan satu bilik telefon khas untuk pelajar membuat panggilan kecemasan kepada ibu bapa mereka bagi menggelakkan perlunya pengunaan telefon bimbit di sekolah.
Katanya, PERBIT akan menjalankan kempen kesedaran penggunaan telefon bimbit kepada pelajar di seluruh Malaysia pada bulan depan.
- BERNAMA: 27 Julai 2012
Rabu, 25 Julai 2012
Telefon bimbit di sekolah: Kerajaan perlu tegas
KUALA LUMPUR 24 Julai - Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru Nasional (PIBGN) menggesa kerajaan membuat keputusan tegas
berhubung cadangan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit dan iPad
ke sekolah.
Presidennya, Prof. Madya Datuk Mohd. Ali Hassan berkata, selain mengganggu proses pembelajaran, ia juga boleh mewujudkan budaya tidak sihat dalam kalangan pelajar.
"Langkah membenarkan pelajar membawa telefon bimbit hanya akan menganggu tumpuan mereka pada sesi pembelajaran ketika berada di dalam kelas.
"Langkah itu juga dikhuatiri akan mengundang beberapa masalah lain seperti kecurian, penyalahgunaan dan wujud jurang antara berkemampuan dan kurang berkemampuan dalam kalangan pelajar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Khamis lalu yang menegaskan, belum ada sebarang keputusan dibuat terhadap cadangan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit dan iPad ke sekolah.
Jelas Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, perkara tersebut hanya salah satu cadangan yang diusulkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin peringkat kementerian yang dipengerusikan oleh timbalannya, Datuk Dr. Wee Ka Siong beberapa minggu lalu setelah mengambil kira perkembangan teknologi terkini.
Mohd. Ali berkata, penggunaan peralatan alat komunikasi itu turut dilihat akan membebankan pihak sekolah daripada aspek kos dan masa.
"Saya bimbang ia akan meningkatkan kos pihak sekolah dalam menyediakan lokar khas untuk menyimpan peralatan elektronik itu kepada pelajar serta menambahkan beban guru untuk memantau sewaktu proses pembelajaran," ujarnya.
Justeru jelasnya, kerajaan harus mengkaji perkara tersebut secara mendalam terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan agar ia tidak mendatangkan kesan negatif terhadap institusi pendidikan negara.
Utusan Malaysia Online: 25 Julai 2012

Sabtu, 21 Julai 2012
Guru lega belum ada keputusan lagi
KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri
Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam yang memaklumkan masih
belum membuat sebarang keputusan membenarkan pelajar membawa telefon
bimbit ke sekolah melegakan guru di seluruh negara yang tidak mahu
pelajar mereka ‘rosak’.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Hashim Adnan berkata, pihaknya percaya penggunaan telefon bimbit oleh pelajar di sekolah pada masa ini hanya membawa banyak keburukan berbanding kebaikan dan kerana itu enggan ia dibenarkan.
“Kami gembira kerana Timbalan Perdana Menteri berkata masih membincangkan lagi cadangan itu di peringkat Jawatankuasa Disiplin Kementerian Pelajaran, bermakna kerajaan mengambil kira pandangan semua pihak yang mahu hal ini dikaji secara menyeluruh.
“Kajian lebih mendalam perlu dibuat jika benar kementerian mahu menguatkuasakannya kerana kami berpendapat, lima juta pelajar yang masih bersekolah belum mampu untuk menggunakan telefon dan gajet elektronik lain dengan baik.
“Penggunaannya lebih-lebih lagi di sekolah hanya membawa kepada masalah sosial, gangguan struktur komunikasi kerana kurangnya interaksi selain cenderung tidak memberi tumpuan ketika sesi pembelajaran,” katanya.
Akhbar semalam melaporkan, Muhyiddin dipetik sebagai berkata, kerajaan belum menerima laporan mengenai cadangan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah kerana masih dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Disiplin Peringkat Kementerian Pelajaran.
Katanya, satu daripada subjek dibincangkan jawatankuasa itu sejak beberapa minggu lalu ialah penggunaan telefon bimbit serta iPad di sekolah dan ketika ini ia masih dibincangkan dan belum dibawa ke pengetahuannya untuk bersetuju atau menolak cadangan berkenaan.
Mengulas lanjut, Hashim berkata, kerajaan juga perlu menilai kewajaran tindakan pemerintah negara lain termasuk Amerika Syarikat dan Singapura yang hingga kini enggan membenarkan alat teknologi komunikasi itu digunakan pelajar di pekarangan sekolah.
myMetro: 21 Julai 2012

Jumaat, 20 Julai 2012
Telefon: Minta kaji semula
RAKYAT PRIHATIN
Taiping
TIDAK dinafikan telefon bimbit atau seumpamanya
sangat penting dalam dunia masa kini. Telefon bimbit sering dikaitkan
dengan kemudahan untuk berhubung antara satu sama lain. Kini, telefon
bimbit bukan hanya dimiliki oleh orang dewasa, malah pelajar-pelajar
sekolah, termasuk pelajar sekolah rendah mahupun prasekolah. Begitulah
pentingnya penggunaan telefon bimbit pada masa kini.Taiping
Namun, hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah mulai tahun 2013 adalah tidak sesuai, meskipun kita menyedari pentingnya penggunaan telefon bimbit. Ini kerana ia menimbulkan 1001 persoalan.
Jika alasan ibu bapa digunakan untuk memantau pergerakan anak-anak bagi memastikan anak-anak berada di sekolah ia bukanlah satu alasan yang baik.
Hal ini kerana, saya yakin dan percaya sekolah sentiasa memaparkan nombor telefon yang boleh dihubungi oleh ibu bapa. Malah terdapat juga sekolah yang memberikan nombor telefon guru kelas kepada ibu bapa bagi memberi ruang dan peluang untuk ibu bapa bertanyakan tentang perkembangan anak-anak mereka di sekolah.
Malah, pelajar turut diberi kebenaran menggunakan telefon pejabat jika diperlukan.
Begitu juga jika alasan keselamatan diberikan sebagai cara untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah ia juga turut tidak relevan.
Sebabnya, selama ini, kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa organisasi kerajaan, termasuklah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama pihak media sentiasa mengingatkan para pelajar tentang tindakan yang patut dilakukan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti didekati oleh individu tidak dikenali dan sebagainya.
Apa yang saya ingin saya utarakan di sini adalah kebenaran membawa telefon bimbit tersebut walaupun mempunyai draf undang-undang penggunaannya sewaktu di sekolah, namun saya yakin dan percaya ia sukar dikawal.
Saya sangat bimbang kebenaran itu akan memberi kesan negatif kepada pihak sekolah sama ada daripada segi penguatkuasaan disiplin, malah lebih memburukkan ia mengganggu proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah.
Ia juga akan menggagalkan pihak sekolah mengesan masalah disiplin dalam kalangan pelajar kerana pelajar-pelajar lain akan menghubungi rakan-rakan yang lain bagi mengelak daripada dikenakan tindakan oleh pihak sekolah.
Lebih membimbangkan gambar-gambar guru akan dirakam malah kawasan larangan sekolah seperti bilik kebal, pejabat dan sebagainya yang menjadi kawasan larangan pelajar akan tersebar di Internet.
Saya sekali lagi menyeru pihak KPM menarik balik kebenaran penggunaan telefon bimbit di sekolah bagi mengelakkan perilaku negatif dalam kalangan pelajar menjadi lebih buruk.
Utusan Malaysdia Online: 20 Julai 2012
Sudahkah kajian baik dan buruk diambil kira?
MOHD. KHAIRI MD. JAAFAR
Kulim, Kedah
JIKA keadaan ekonomi mengizinkan, saya percaya ramai ibu bapa akan
menyediakan gajet terkini, terutama telefon bimbit yang menjadi
keperluan dewasa ini. Tetapi persoalannya, adakah wajar anak-anak di
sekolah dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah?Kulim, Kedah
Pada hari ini kes jenayah yang memangsakan pelajar sekolah sedang berleluasa. Ini tidak termasuk isu sosial lain yang melanda pelajar sekolah yang tidak perlu saya nyatakan di sini.
Sebagai ibu bapa kita semua bimbang kiranya pulang dari sekolah anak-anak berhadapan dengan bahaya dan sebagainya, bagaimanakah anak-anak ini dapat menghubungi keluarga ketika kecemasan? Pelbagai persoalan dan kebimbangan telah meletakkan idea membenarkan pelajar membawa telefon bimbit kelihatan sangat wajar.
Tetapi sudahkah perkiraan dan kajian baik buruknya diambil kira? Hanya pihak berwajib mampu menjawab persoalan ini. Sebagai rakyat biasa yang tidak mempunyai statistik baik buruknya membenarkan pelajar membawa telefon ke sekolah mungkin boleh untuk saya kongsikan bersama isu yang pada hemat saya mungkin timbul apabila pelajar bersama telefon di sekolah:
l Tumpuan pelajar terganggu
Bolehkah seorang guru mengawal pelajarnya agar tidak melayan SMS yang masuk keluar pada setiap detik dan ketika? Mungkin juga pelajar sibuk melihat kecanggihan gajet yang dimiliki oleh rakan dan membandingkan dengan gajet miliknya. Bukankah ini semua akan mengganggu pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
l Jurang stratifikasi sosial di sekolah
Sekolah diprogramkan dengan keseragaman dan kesamarataan. Baju tidak berbeza pada warna mahupun gayanya. Tetapi jika gajet yang dibawa iPhone, Samsung, BlackBerry sudah tentu tidak sama dengan gajet tidak berjenama. Apakah kita inginkan jurang stratifikasi sosial berlaku di dalam persekitaran sekolah. Sombong, memperlekehkan yang lain mungkin akan menjadi budaya sekolah. Adakah matlamat ke sekolah akan tercapai kiranya begini keadaan persekitarannya?
l Jenayah kecil-kecilan
Gajet yang dibawa ke sekolah seperti telefon bimbit mungkin terdedah kepada kecurian. Disebabkan godaan yang tinggi gajet yang dicuri boleh membawa kepada masalah lain seperti bergaduh sesama pelajar dan tidak kurang menyusahkan para guru yang terpaksa membuat siasatan bagi kecurian tersebut.
l Isu sosial
Anak remaja sedang dalam proses mengenali diri dan membentuk peribadi. Banyak kes pada hari ini telefon bimbit berkamera digunakan sebagai bahan untuk bereksperimen dalam melihat tubuh badan sendiri, mengendap, merekodkan aksi buli dan aksi terlarang lain atas dasar ingin tahu yang kuat dalam diri remaja. Bukan itu sahaja, gajet canggih yang dilengkapi akses kepada internet juga memungkinkan pelajar leka bermain permainan dalam talian dan lain-lain lagi. Sanggupkah para guru warga pendidik dan ibu bapa melayani serta berhadapan dengan semua isu ini yang mana kadar penyalahgunaannya begitu tinggi?
l Akademik tidak bebas lagi
Guru-guru mungkin mengalami kesukaran untuk berkongsi contoh dan bercakap mengenai perkara yang sensitif kerana khuatir gajet canggih yang dimiliki pelajar merekodkan perkara itu serta mentafsirnya secara salah. Guru juga mungkin tidak akan menggayakan atau berdemonstrasi dalam membentuk kefahaman pelajar bagi mengelakkan ia direkodkan, disunting dan dimuatkan di internet yang akan menjadikan guru terbabit bahan lawak jenaka. Lebih malang ia mungkin jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab dan secara tidak langsung mengekang kebebasan akademik di sekolah.
Mungkin bagi membendung kebimbangan ibu bapa akan ancaman bahaya yang ada pada hari ini, pihak berwajib perlu memperkenalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang membolehkan pihak sekolah dan ibu bapa mengambil tindakan perlu apabila berlaku kecemasan. Butiran untuk dihubungi ketika kecemasan sama ada oleh pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah perlulah jelas.
Pemantauan dari semua pihak memungkinkan persekitaran yang lebih baik kepada semua.
Pelajar perlu dididik agar lebih bertanggungjawab dengan tidak melencong ke tempat lain selepas meninggalkan sekolah. Sentiasa memaklumkan ibu bapa dan guru kiranya mempunyai aktiviti.
Tetapi keadaan dan suasana semasa mungkin mendesak agar pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah. Biarlah keputusan yang dibuat kelak merupakan risiko yang paling minimum untuk ditanggung oleh ibu bapa, pelajar, sekolah dan juga masyarakat.
Utusan Malaysia Online: 20 Julai 2012
Khamis, 19 Julai 2012
Belum ada keputusan bawa telefon ke sekolah
PAGOH 19 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan belum ada
sebarang keputusan dibuat terhadap cadangan membenarkan pelajar
membawa telefon bimbit dan iPad ke sekolah.
Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu hanya salah satu cadangan yang diusulkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin peringkat Kementerian Pelajaran yang dipengerusikan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong beberapa minggu lalu setelah mengambil kira perkembangan teknologi terkini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pada masa ini ramai yang memberikan pandangan mengenai pro dan kontra cadangan tersebut dan semua maklum balas itu akan diteliti dengan terperinci sebelum keputusan mengenainya dibuat. - UTUSAN
Utusan Malaysia Online: 19 Julai 2012

Bantah pelajar bawa telefon
Oleh SOFIAN BAHAROM dan AZHARI ZAINOODDIN
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 18 Julai - Langkah membenarkan para
pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah dikhuatiri boleh menyebabkan
tumpuan mereka terhadap pembelajaran di dalam kelas terganggu.pengarang@utusan.com.my
Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa berkata, selain tidak sesuai dilaksanakan kerana memberi kesan terhadap fokus pelajar, ia juga boleh mewujudkan jurang antara pelajar berkemampuan dan kurang berkemampuan.
''Perkara ini perlu dikaji kerana dikhuatiri ia akan menganggu fokus para pelajar ketika di dalam kelas,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong kelmarin, berhubung kebenaran kepada pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan seperti yang digariskan menerusi Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012.
Tokoh pendidik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim turut mempunyai pandangan sama.
Menurut beliau, penggunaan peralatan itu di sekolah dilihat tidak memberi manfaat terhadap peningkatan mutu pembelajaran pelajar.
"Kerajaan perlu memperhalusi cadangan ini dengan sebaik-baiknya kerana bimbang kesannya terhadap institusi sekolah, hubungan antara guru dan pelajar serta masa depan negara," katanya.
Menurut Kay Kim, kerajaan juga harus mencorak sistem pendidikan mengikut acuan sendiri agar ia dapat membantu ke arah kemajuan dan kecemerlangan sistem pendidikan negara.
"Jika ingin melakukan perubahan, biarlah perubahan itu membawa lebih banyak kebaikan dan bukan atas kepentingan satu-satu pihak sahaja," katanya.
Seorang lagi tokoh pendidik, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim pula berpendapat, kebenaran membawa alat telekomunikasi itu dibimbangi akan disalahgunakan oleh pelajar.
"Daripada aspek keselamatan, saya melihat ia memang wajar dibenarkan agar ibu bapa sentiasa boleh berhubung dengan anak-anak mereka.
"Tetapi dari sudut persekolahan, saya bimbang ia menjejaskan tumpuan pembelajaran, disalahgunakan, menambahkan beban guru untuk memantau sewaktu proses pembelajaran selain berlakunya kes-kes kecurian," katanya.
Dalam pada itu, Tokoh Guru Kebangsaan 2010, Awang Mohamad berkata, langkah tersebut tidak perlu dibuat dengan terburu-buru memandangkan suasana di dalam kelas tidak menuntut pelajar menggunakan peralatan canggih tersebut.
Utusan Malaysia Online: 19 Julai 2012
Majoriti guru tak setuju
Syuhada Choo Abdullah
Hasil negatif benar pelajar bawa gajet ke sekolah
Kuala Lumpur: Lebih 90 peratus guru dan 80 peratus pemimpin sekolah tidak bersetuju cadangan Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Keputusan hasil kaji selidik membabitkan kira-kira 2,000 responden di seluruh negara itu dimaklumkan Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM), Muhamad Khailani Abdul Jalil kepada BH, semalam.
Muhamad Khailani adalah Ahli Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid yang dipengerusikan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.
Malah, kajian itu turut mendapati lebih 75 peratus ibu bapa dan 55 peratus pelajar sendiri turut menolak cadangan berkenaan.
Kajian dibuat Kementerian Pelajaran tahun lalu untuk mendapatkan pendapat pihak berkepentingan mengenainya.
Beliau berkata, rata-rata semua pihak kepentingan menegaskan keperluan pelajar untuk membawa telefon bimbit ke sekolah amat sedikit dan tidak mewakili suara majoriti.
“Kebimbangan utama semua pihak berkepentingan itu ialah ia lebih banyak membawa keburukan.
“Berdasarkan pengalaman sekolah, 60 peratus pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan ketika ini. Masalah berlaku apabila telefon bimbit hilang, pelajar menuduh rakan mencuri sehingga mencetuskan pergaduhan.
“Selain itu, pelajar membawa anasir berunsur lucah ke sekolah dan berisiko tinggi berlaku penyebaran yang boleh mempengaruhi rakan,” katanya.
Berita Harian Online: 19 Julai 2012
Rabu, 18 Julai 2012
Masalah lebih banyak
Oleh Rosyahaida Abdullah
rosyahaida@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyifatkan keputusan Kementerian Pelajaran membenarkan murid dan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah mulai tahun depan sebagai tindakan yang boleh menimbulkan banyak masalah di sekolah.
Presidennya, Hashim Adnan, berkata antara masalah yang dikenal pasti berkemungkinan berlaku kecurian telefon bimbit, hilang fokus ketika guru mengajar dan kewujudan ‘ejen’ menjual kad tambah nilai di kalangan pelajar.
“Keputusan ini hanya akan menambah beban dan tugas kepada pihak sekolah terutama guru kerana perlu mengawasi murid dan pelajar ketika mengajar selain memastikan tiada kecurian berlaku,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurut beliau, pihak persatuan bimbang sekiranya telefon bimbit yang kini canggih dengan kemudahan kamera dan Internet akan disalah guna murid dan pelajar ketika ujian selain menggunakannya untuk mengintai rakan di tandas.
“Keputusan ini hanya memudahkan lagi mereka untuk menghantar SMS atau mengambil gambar kertas ujian dan menghantarnya kepada pihak lain untuk mendapatkan jawapan,” katanya.
Hashim berkata, kebebasan membawa telefon bimbit ke sekolah juga dikhuatiri akan mencemarkan imej sekolah memandangkan generasi muda sekarang gemar memuat naik gambar dan video di laman sosial.
Katanya, murid dan pelajar boleh menjadi malas untuk mencatat nota dengan adanya kemudahan perakam suara dan video pada telefon bimbit untuk merakamkan pengajaran guru dalam kelas.
“Murid dan pelajar miskin yang tidak mampu memiliki telefon bimbit akan berasa rendah diri apabila melihat rakan lain menunjukkan alat itu di depan mereka,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, telefon bimbit bukanlah alat
penting di sekolah kerana murid dan pelajar boleh menggunakan telefon di
pejabat sekolah atau telefon awam yang disediakan untuk membuat
panggilan penting.
“Berbanding murid dan pelajar Malaysia, pelajar di luar negara seperti Sweden dan Denmark lebih berdisiplin dan sikap ini membolehkan mereka membawa telefon bimbit ke sekolah,” katanya.
Menurutnya, pihak persatuan meminta murid dan pelajar untuk bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya telefon bimbit mereka hilang atau dicuri ketika berada di sekolah dan tidak membabitkan guru dalam masalah itu.
Kelmarin, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong menjelaskan kementeriannya sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.
myMetro: 18 Julai 2012

PIBG tak setuju
KUALA LUMPUR: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak merestui
cadangan Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon
bimbit ke sekolah atas alasan ia membawa lebih banyak keburukan terutama
dari segi tumpuan pelajar terhadap pembelajaran.
Pengerusi PIBG Nasional Prof Datuk Dr Mohamad Ali Hassan (gambar) berkata pelajar tidak sepatutnya dibenarkan membawa sebarang peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit ke sekolah kerana ini bukan sahaja boleh mengganggu tumpuan mereka terhadap pelajaran, malahan akan mewujudkan budaya tunjuk menunjuk dalam kalangan mereka.
Beliau berkata, langkah ini juga dikhuatiri akan disalah guna termasuk membuat rakaman yang tidak sepatutnya selain mengganggu kesihatan untuk jangka masa panjang.
“Telefon bimbit tidak boleh dibenarkan pada waktu sekolah, kalau luar waktu sekolah itu terpulang kepada ibu bapa atau penjaga,” katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau mengulas keputusan Kementerian Pelajaran yang membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah, mulai tahun depan. - Bernama

Selasa, 17 Julai 2012
Bawa telefon, iPad ke sekolah
Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 16 Julai - Kementerian Pelajaran
sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang
akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon
bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.pengarang@utusan.com.my
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.
Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.
''Sebelum ini, para ibu bapa pernah beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, ini bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Gelaja Displin Murid di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ka Siong berkata, kebenaran penggunaan iPad adalah selari dengan kaedah pembelajaran secara dalam talian yang semakin popular di negara ini.
''Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan cara pembelajaran dalam talian iaitu 1BestariNet mulai tahun depan, kaedah pembelajaran ini akan semakin berleluasa di negara ini.
''iPad juga mempunyai fungsi perbualan, alat komunikasi seperti Samsung Galaxy Note adalah sukar dikategorikan sebagai telefon bimbit atau komputer riba," katanya.
Ka Siong bagaimanapun menegaskan keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah tidak bermaksud Kementerian Pelajaran menggalakkan pembelian produk berteknologi tinggi dalam kalangan pelajar.
Menurutnya, Draf Peraturan Pendidikan (Displin Murid) 2012 kini berada di peringkat akhir penyediaan sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diluluskan.
''Dalam tempoh ini, Kementerian Pelajaran mengalu-alukan pendangan daripada semua pihak," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ka Siong berkata, Draf Peraturan Pendidikan (Displin Murid) 2012 juga akan menetapkan peraturan untuk menangani perihal jenayah siber.
''Ini antaranya bertujuan mengelakkan pelajar menyalahgunakan alat komunikasi untuk tujuan yang tidak baik termasuk memfitnah guru di Internet," katanya.
Utusan Malaysia Online: 17 Julai 2012
Jumaat, 13 Julai 2012
Guru cemerlang mesti fikirkan mekanisme
PUTRAJAYA 12 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu guru-guru
cemerlang memikirkan mekanisme terbaik sebagai persediaan untuk generasi
hari ini memenuhi pekerjaan pada masa hadapan.
Menurut Perdana Menteri, situasi itu adalah sama seperti di zaman persekolahannya yang pada ketika itu tidak pernah terfikir akan wujud kejuruteraan mekatronik dan robotik.
''Dalam masa 15 ke 20 tahun lagi entah apa lagi bidang baru yang hari ini belum kita dapat kenal pasti dan tentu sekali pekerjaan baru itu tidak dapat kita fikirkan.
''Namun, anak-anak kita akan terpaksa mengisi jawatan atau pekerjaan yang hari ini belum lagi cukup untuk memenuhi tuntutan pada masa itu," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Perdana Guru Cemerlang 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Lebih 1,500 guru cemerlang hadir pada majlis yang bertujuan menyatukan gagasan pemikiran guru cemerlang agar seiring dengan agenda transformasi pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Rosli Mohamed, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud, Pengerusi Majlis Pendidikan Tertinggi Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin dan Yang Dipertua Majlis Guru Cemerlang Malaysia, Rodzli Hashim.
Sehubungan itu, Perdana Menteri menyeru guru-guru cemerlang mencabar diri untuk berusaha menerapkan kemahiran berfikir yang tinggi kepada para pelajar supaya mereka boleh berfikir dengan tajam, mendalam, kreatif dan inovatif.
''Dengan ini akan ada keanjalan untuk mengadakan adaptasinya dalam apa juga situasi yang bakal wujud pada masa akan datang agar anak-anak kita ada kemampuan untuk menghadapi cabaran itu.
''Saya kira inilah cabaran utama bagi kita hari ini sebagai pendidik untuk menyediakan generasi akan datang untuk dunia hari ini, yang kita mungkin sukar untuk lakarkan," katanya.
Perdana Menteri turut menyuarakan kebimbangan tentang peratusan pelajar yang memilih bidang sains teknologi dan matematik semakin menurun.
Menurutnya, Kementerian Pelajaran mesti mengubah pelan untuk mencapai nisbah 60:40 iaitu 60 peratus pelajar memilih bidang sains teknologi dan matematik kerana ia adalah teras utama untuk mencapai status negara maju.
Utusan Malaysia Online: 13 Julai 2012

Isnin, 9 Julai 2012
Kementerian perluas sistem modular di peringkat sekolah menengah atas
KOTA BHARU: Kementerian Pelajaran akan memperluas Sistem Modular
iaitu peperiksaan mengikut semester di peringkat sekolah menengah atas
ke seluruh negara mulai tahun ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri
Abd Ghafar Mahmud.
Bagaimanapun, beliau berkata kementerian belum bercadang mengadakan sistem itu secara berpusat seperti yang terdapat di pusat matrikulasi.
"Walaupun sistem ini bukanlah merupakan sistem baharu kerana sudah diperkenalkan beberapa tahun lalu di peringkat tingkatan enam di negara ini, tetapi ia akan diperluaskan lagi ke seluruh negara mulai tahun ini," katanya kepada kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kualiti dan Inovasi Sekolah-Sekolah Kelantan 2011, hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussin Awang.
Pada majlis itu, Abd Ghafar turut menyampaikan hadiah kepada pengetua dan guru besar mewakili sekolah yang berjaya dalam kategori masing-masing, termasuk anugerah bagi Gred Purata Sekolah (GPS), Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) dan Anugerah Lonjakan.
Abd Ghafar berkata sistem modular yang diperkenal itu memerlukan pelajar tingkatan enam menjalani pengajian tiga semester untuk mengumpul mata sebelum diterima melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi mengikut sistem merit.
Beliau berkata sistem itu mempunyai kelebihan dan setiap pelajar diberi pengisian dalam bidang pendidikan yang lebih luas berbanding sistem biasa.
"Ini membolehkan mereka menerima pendidikan dengan lebih cepat setelah diterima melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi," katanya.
Mengulas penyerapan sekolah agama rakyat di bawah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), beliau berkata langkah itu lebih memberi kebaikan kepada Kementerian Pelajaran ke arah penambahbaikan mata pelajaran di negara ini selaras strategi transformasi Pendidikan Negara.
Tanpa menyebut jumlah sebenar bilangan sekolah di Kelantan yang bakal diterima sebagai sekolah di bawah SABK kementerian itu, Abd Ghafar berkata beliau bangga dengan pencapaian pelajar sekolah menengah agama di bawah kerajaan negeri itu, kerana ia turut meningkatkan mutu pendidikan negara. - BERNAMA
myMetro: 9 Julai 2012

Jumaat, 29 Jun 2012
Duduk semeja bincang isu murid SJKT
PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
semalam, mengajak pemimpin MIC untuk duduk semeja bagi mencari mekanisme
terbaik dalam menyelesaikan isu kekurangan murid di Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil (SJKT).
Beliau berkata, mengambil kira beberapa contoh yang berlaku di kebanyakan sekolah aliran berkenaan, penting bagi pemimpin berkenaan menyelesaikan masalah itu sekali gus memastikan proses pengajaran dan pembelajaran murid tidak terjejas.
“Saya dimaklumkan banyak sekolah seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) sekarang menjadi sekolah kurang murid dan sebuah sekolah yang sepatutnya boleh memuatkan 100 pelajar, yang ada cuma 10 pelajar dan tujuh guru.
“Sebab itu, saya nak mengajak pemimpin India seperti MIC untuk duduk bersama saya, bincang apa yang kita boleh lakukan. Bagaimana nak menentukan mutu pembelajaran di sekolah seperti ini dapat dimajukan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Bangunan Baru SJKT Vivekananda Petaling Jaya di bawah naungan The Vivekananda Ashrama Kuala Lumpur, di SJKT Vivekananda, Jalan Templer di sini, semalam.
Sempena perasmian bangunan berkenaan, Muhyiddin turut menyalurkan sumbangan berjumlah RM6 juta untuk diagihkan kepada tiga sekolah termasuk SJKT Vivekananda I, SJKT Vivekananda 2 dan SMK Vivekananda.
Malah untuk tidak menghampakan sekolah berkenaan, Muhyiddin turut meluluskan permohonan untuk menyediakan peluang melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam kepada pelajar SMK Vivekananda dan kemudahan asrama.
Bersempena pada majlis berkenaan, Takaful Malaysia menaja RM50,000 bagi menaik taraf Makmal Teknologi Maklumat (IT) dengan sumbangan termasuk 20 komputer perisian baru, tiga pencetak dan pemancar Wifi, yang disampaikan Pengarah Urusan Kumpulan Takaful Malaysia, Datuk Mohamed Hassan Md Kamil.
Hadir sama, Presiden MIC, Senator Datuk G Palanivel; Timbalan
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M Saravanan
dan Pengerusi The Vivekananda Ashrama Kuala Lumpur merangkap Pengerusi
Lembaga Pengelola Sekolah, Tan Sri Dr Ampikaipakan Kandiah.
myMetro: 29 Jun 2012
Beliau berkata, mengambil kira beberapa contoh yang berlaku di kebanyakan sekolah aliran berkenaan, penting bagi pemimpin berkenaan menyelesaikan masalah itu sekali gus memastikan proses pengajaran dan pembelajaran murid tidak terjejas.
“Saya dimaklumkan banyak sekolah seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) sekarang menjadi sekolah kurang murid dan sebuah sekolah yang sepatutnya boleh memuatkan 100 pelajar, yang ada cuma 10 pelajar dan tujuh guru.
“Sebab itu, saya nak mengajak pemimpin India seperti MIC untuk duduk bersama saya, bincang apa yang kita boleh lakukan. Bagaimana nak menentukan mutu pembelajaran di sekolah seperti ini dapat dimajukan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Bangunan Baru SJKT Vivekananda Petaling Jaya di bawah naungan The Vivekananda Ashrama Kuala Lumpur, di SJKT Vivekananda, Jalan Templer di sini, semalam.
Sempena perasmian bangunan berkenaan, Muhyiddin turut menyalurkan sumbangan berjumlah RM6 juta untuk diagihkan kepada tiga sekolah termasuk SJKT Vivekananda I, SJKT Vivekananda 2 dan SMK Vivekananda.
Malah untuk tidak menghampakan sekolah berkenaan, Muhyiddin turut meluluskan permohonan untuk menyediakan peluang melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam kepada pelajar SMK Vivekananda dan kemudahan asrama.
Bersempena pada majlis berkenaan, Takaful Malaysia menaja RM50,000 bagi menaik taraf Makmal Teknologi Maklumat (IT) dengan sumbangan termasuk 20 komputer perisian baru, tiga pencetak dan pemancar Wifi, yang disampaikan Pengarah Urusan Kumpulan Takaful Malaysia, Datuk Mohamed Hassan Md Kamil.
myMetro: 29 Jun 2012
Khamis, 14 Jun 2012
Jaga sekolah sambil lewa
KUALA LUMPUR: Syarikat kawalan keselamatan yang bertanggungjawab
membekalkan petugas mengawal kawasan sekolah diingatkan supaya tidak
menyediakan kakitangan yang sambil lewa ketika bertugas hingga boleh
membahayakan nyawa pelajar dan guru.
Amaran dibuat berikutan ada beberapa pengawal sekolah khususnya di bandar yang gagal berfungsi dengan baik, malah langsung tidak memberi perhatian terhadap kenderaan dan pelawat yang keluar masuk.
Perkara itu diakui Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi yang memberitahu berdepan situasi itu ketika mengadakan lawatan mengejut di beberapa sekolah, baru-baru ini.
“Sebagai contoh, ketika berkunjung ke sebuah sekolah di Putrajaya, pengawal keselamatannya bukan saja tidak melihat kenderaan yang masuk, malah duduk dalam pondok sambil baca surat khabar daripada saya mula-mula masuk hingga keluar semula.
“Sedangkan ketika melawat sekolah di kawasan pedalaman, kenderaan saya ditahan dan saya sendiri diminta mengisi rekod masuk. Saya tak marah pun apabila diminta buat begitu sebab saya tahu itulah prosedurnya dan sepatutnya dijalankan di semua sekolah.
“Bayangkan jika penjenayah atau pihak tidak bertanggungjawab menceroboh masuk sedangkan pengawal keselamatan ada, tetapi tidak bertugas dengan baik,” katanya.
Beliau ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutup Hari Mekar Bahasa dan Sastera 2012 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, semalam yang turut dihadiri Ketua Pengarah DBP, Dr Awang Sariyan.
Kira-kira 400 murid sekolah rendah dan menengah menyertai program dua hari itu menerusi pelbagai pertandingan termasuk pertandingan sahibba, jejak bahasa, membaca berita, roda kata, kuiz bahasa dan sastera selain pidato, deklamasi sajak serta syair.
Mohd Puad berkata, kementerian berhak mengambil tindakan tegas
termasuk menarik semula kontrak sekiranya syarikat kawalan keselamatan
sengaja membekal pekerja tidak menepati standard penyampaian
perkhidmatan sepatutnya.
“Saya tak kata semua syarikat kawalan keselamatan gagal berfungsi, tetapi saya tidak mahu hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Sebab itu, syarikat kena beri kerjasama lakukan tanggungjawab dengan baik,” katanya.
Beliau menyokong cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menambah anggota keselamatan termasuk Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) untuk berkawal pada waktu puncak.
Menurutnya, persekitaran sekolah lebih selamat dan terkawal sekiranya pasukan keselamatan itu ditempatkan di pekarangan luar yang tidak mampu diselia pengawal keselamatan.
myMetro: 14 Jun 2012
Amaran dibuat berikutan ada beberapa pengawal sekolah khususnya di bandar yang gagal berfungsi dengan baik, malah langsung tidak memberi perhatian terhadap kenderaan dan pelawat yang keluar masuk.
Perkara itu diakui Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi yang memberitahu berdepan situasi itu ketika mengadakan lawatan mengejut di beberapa sekolah, baru-baru ini.
“Sebagai contoh, ketika berkunjung ke sebuah sekolah di Putrajaya, pengawal keselamatannya bukan saja tidak melihat kenderaan yang masuk, malah duduk dalam pondok sambil baca surat khabar daripada saya mula-mula masuk hingga keluar semula.
“Sedangkan ketika melawat sekolah di kawasan pedalaman, kenderaan saya ditahan dan saya sendiri diminta mengisi rekod masuk. Saya tak marah pun apabila diminta buat begitu sebab saya tahu itulah prosedurnya dan sepatutnya dijalankan di semua sekolah.
“Bayangkan jika penjenayah atau pihak tidak bertanggungjawab menceroboh masuk sedangkan pengawal keselamatan ada, tetapi tidak bertugas dengan baik,” katanya.
Beliau ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutup Hari Mekar Bahasa dan Sastera 2012 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, semalam yang turut dihadiri Ketua Pengarah DBP, Dr Awang Sariyan.
Kira-kira 400 murid sekolah rendah dan menengah menyertai program dua hari itu menerusi pelbagai pertandingan termasuk pertandingan sahibba, jejak bahasa, membaca berita, roda kata, kuiz bahasa dan sastera selain pidato, deklamasi sajak serta syair.
“Saya tak kata semua syarikat kawalan keselamatan gagal berfungsi, tetapi saya tidak mahu hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Sebab itu, syarikat kena beri kerjasama lakukan tanggungjawab dengan baik,” katanya.
Beliau menyokong cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menambah anggota keselamatan termasuk Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) untuk berkawal pada waktu puncak.
Menurutnya, persekitaran sekolah lebih selamat dan terkawal sekiranya pasukan keselamatan itu ditempatkan di pekarangan luar yang tidak mampu diselia pengawal keselamatan.
myMetro: 14 Jun 2012
Rabu, 13 Jun 2012
Sekolah wajar teliti syarikat keselamatan: Puad
2012/06/13
KUALA LUMPUR: Pihak pentadbiran sekolah seharusnya menawarkan kontrak kepada syarikat perkhidmatan keselamatan yang mempunyai kemampuan dan kepakaran dalam memastikan keselamatan pelajar sekolah terjamin.Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pihak sekolah seharusnya memilih syarikat keselamatan yang mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi menjamin keselamatan pelajar sekolah ketika berada di dalam atau di luar kawasan sekolah.
Mengenai cadangan menempatkan anggota RELA untuk mengawal keselamatan di luar sekolah, Mohd Puad berkata usaha itu amat dialu-alukan.
Terdahulu pada majlis itu, beliau berkata penggunaan Bahasa Melayu yang tinggi secara meluas di sekolah dapat menyemarakkan daya kreatif dan berfikir di kalangan penuturnya.
"Kita melihat pelajar bersaing dan ini akan memotivasikan mereka untuk menggunakan Bahasa Melayu tinggi menerusi pertandingan sama ada dalam bentuk syair, puisi, pidato dan perbahasan.
"Ini perlu diberi perhatian supaya ia dapat diperkembangkan di sekolah dengan lebih efektif dan meluas," katanya.
Penganjuran Hari Mekar Bahasa dan Sastera 2012 itu julung kali diadakan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menggabungkan pertandingan kebahasaan dan kesusasteraan untuk kanak-kanak dan remaja bagi menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang betul di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. - BERNAMA
Berita Harian Online: 13 Jun 2012
Ahad, 6 Mei 2012
Pengajaran J-Qaf di sekolah menengah ditangguh
BATU PAHAT 6 Mei - Pelaksanaan pengajaran J-Qaf (Jawi, Al-Quran, Arab
dan Fardu Ain) di sekolah menengah di seluruh negara yang dijadual
bermula pertengahan tahun ini, akan ditangguhkan kerana masalah
kekurangan guru, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata penangguhan dibuat memandangkan terdapat kekurangan kira-kira 11,000 guru J-Qaf di sekolah kebangsaan yang sekaligus menghalang pengajarannya diteruskan ke peringkat sekolah menengah.
"Kita perlu menyelesaikan dahulu kekurangan guru J-Qaf di sekolah kebangsaan yang menjadi keperluan mendesak ketika ini. Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan jumlah guru itu dan ia akan dibincangkan pada mesyuarat pasca kabinet Kementerian Pelajaran minggu depan bagi mendapatkan penyelesaian," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung dan penyampaian anugerah pelajar cemerlang Sekolah Agama Kampung Sungai Suloh, Senggarang, di sini, hari ini.
Mohd Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata antara cadangan kementerian bagi meningkatkan jumlah guru J-Qaf adalah dengan melatih lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai latar belakang pendidikan agama di Institut Pendidikan Guru (IPG) sebelum diserapkan menjadi guru.
Beliau berkata kerajaan ada mengambil guru lepasan ijazah dari Timur Tengah untuk berkhidmat sebagai guru J-Qaf di negara ini, namun, jumlah itu belum memadai bagi menampung keperluan ketika ini.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Disember lepas mengumumkan program perintis J-Qaf di sekolah menengah akan dilaksanakan mulai pertengahan tahun ini dan pelaksanaan sepenuhnya pada 2013 di sekolah menengah seluruh negara.
Muhyiddin berkata pelaksanaan J-Qaf di 4,747 sekolah kebangsaan sejak 2005 itu berkesan apabila 94 peratus murid menguasai empat kemahiran iaitu Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain. - BERNAMA
Utusan Malaysia Online: 6 Mei 2012

Jumaat, 27 April 2012
Kementerian Pelajaran larang guru sertai Bersih
BATU PAHAT 27 April - Kementerian Pelajaran melarang guru dan guru
pelatih menyertai perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka esok, dan
mereka yang berdegil dengan larangan itu bakal berdepan tindakan tegas.
Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan fakta bahawa perhimpunan Bersih 3.0 dirancang untuk dijalankan di lokasi yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.
"Penganjur Bersih 3.0 diberi pilihan untuk mengadakan perhimpunan di beberapa tempat lain seperti Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil, selepas hasrat awal mereka mengadakannya di Dataran Merdeka tidak mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Jika penganjur terus berdegil mahu mengadakan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka, maka kita menganggapnya sebagai satu aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang dan guru atau guru pelatih yang menyertainya boleh dikenakan tindakan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Fasa 6 dan Rayuan Bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram membabitkan seramai 1,114 penerima di Dewan Jubli Intan di sini hari ini. - UTUSAN
Utusan Malaysia Online: 27 April 2012

Langgan:
Catatan (Atom)