Isnin, 27 Disember 2010

576 sekolah usang

Oleh Mohd Azrone Sarabatin
azrone@bharian.com.my
2010/12/27

MOHD PUAD memeriksa dinding SK Nanamun, Kota Belud, yang sudah reput dan perlu dibaiki segera.
MOHD PUAD memeriksa dinding SK Nanamun, Kota Belud, yang sudah reput dan perlu dibaiki segera.
Kementerian perlu peruntukan RM500 juta bina naik taraf

KEMENTERIAN Pelajaran memerlukan peruntukan RM500 juta untuk membina dan menaik taraf 576 bangunan sekolah usang di seluruh negara dalam peruntukan pusingan pertama Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) mulai bulan depan.

Timbalannya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata berdasarkan laporan jawatan kuasa audit kementerian, bilik darjah sekolah berkenaan berada pada tahap amat kritikal dan memerlukan bangunan baru.
“Kementerian akan berusaha memohon peruntukan itu khususnya membina dan menaik taraf enam peratus bangunan sekolah sangat kritikal daripada kira-kira 9,600 sekolah yang diaudit di seluruh negara,” katanya selepas melakukan lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanamun, Kota Belud, Sabah, baru-baru ini.

Hadir sama Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Dr Muhiddin Yusin; Guru Besar SK Nanamun, Alkesah Bidin dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Pinjaman Hassin.

Mohd Puad, berkata, antara bangunan sekolah amat kritikal adalah SK Nanamun yang memerlukan pembinaan bangunan baru kerana sukar dinaik taraf, termasuk pendawaian semula dan struktur bangunan sudah reput.

Katanya, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang juga bekas murid sekolah itu pernah membincangkan masalah dihadapi dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Timbalan Perdana Menteri meluluskan RM10 juta untuk pembinaan bangunan konkrit enam kelas bagi peruntukan pusingan pertama RMK-10," katanya.

Mengenai projek sekolah yang gagal disiapkan dalam RMK-9 di seluruh negara, Mohd Puad berkata, kontraktor terbabit sudah dikenakan tindakan dan disenarai hitam manakala kontraktor baru turut dilantik bagi menyempurnakannya.

Katanya, pembinaan itu membabitkan 38 sekolah di Sabah seperti didedahkan Berita Harian baru-baru ini, termasuk juga Sekolah Menengah Sains Batu Pahat di Johor.

Beliau berkata, sebelum ini kementerian menyenaraikan 45 projek sekolah sakit daripada 17,000 bangunan sekolah membabitkan makmal yang dibina dan dinaik taraf di seluruh negara," katanya.

Berita Harian Online: 27 Disember 2010

4 ulasan:

kamanuk berkata...

YB Dr Mohd. Puad inilah contoh YB yang bekerja betul-betul. Entah dimana YB-YB yang lain tempat sendiri pun dia tidak tahu masalah sekolah

Tanpa Nama berkata...

Ha...ha....ha.....tapi banyak kenyataannya kurang cerdik lah...

Tanpa Nama berkata...

Syabas YB Mohd Fuad,anda memang dikenali di Sabah tapi sayang sekadar timbalan..takleh buat apa2 gak.
Saya mintak usahlah asyik bina sekolah baru jer...sekolah lama yang nak runtuh dhaif takde kelengkapan yang memuaskan masih berlambak di Sabah.
Kami yang mengajar pun dah naik muak sebab perubahan zaman tidak selari dengan apa yang ada.
Guru2 bersemangat mengajar tetapi kemudahan PnP tiada&kemudahan asas.
Berilah sikit muka pada sekolah spt yang dikatakan tadi.Jangan asyik terpedaya dengan laporan yang disampaikan oleh sesetengah pihak berkaitan...pergi sendiri,bawa pegawai,buat bajet,lihat apa yang diperlukan yang penting sekali terus ambil tindakan jangan tunggu bajet 2012.
Sesungguhnya jatuh bangun,maju mundur rakyat,negara dan bangsa bukan kelemahan ekonomi dan politik saja...tanpa pendidikan yang cukup...tiada gunanya kita miliki hasil bumi dan kekayaan yang banyak.
Pelajar/murid sekarang sudah pandai membuat komen mengenai sekolah mereka..mereka tanya guru itu ini..kadang2 guru sukar nak jawab.
Semoga apa yang hendak dilakukan oleh pihak KPM menerusi menteri dan timbalan2nya membuahkan hasil.bak kata KERJA BERAT SAMPAI REBAH(KBSR)DAN KERJA BERAT SAMPAI MATI(KBSM).

Tanpa Nama berkata...

KSSR pulak, stands for apa?
Hahahahah...
Apapun YB Puad nampak ada usaha.
Cuma perlu lebih lagi memahami masalah, beban dan aspirasi warga pendidikan.