Khamis, 2 Disember 2010

Akibat Percaya Kenalan Lelaki Di Facebook, Guru Wanita Ditipu RM15,000

KOTA BAHARU, 2 Dis (Bernama) -- Seorang guru wanita kerugian RM15,000 selepas dipercayai ditipu seorang kenalan melalui laman sosial Facebook.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, ACP Mazlan Lazim berkata,kejadian itu berlaku selepas guru wanita dari Taman Uda Murni, dekat sini, berkenalan dengan seorang lelaki yang dipercayai berasal dari Iraq.

Selepas berkenalan beberapa minggu, pada 30 November lalu, suspek menghantar khidmat pesanan ringkas melalui laman sosial itu kepada mangsa mengenai hasratnya untuk mempelajari agama Islam.

Bagaimanapun, suspek menghubungi mangsa semalam bahawa dia menghadapi masalah dengan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana membawa sejumlah besar wang pound sterling yang tidak diisytihar, katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Selepas menerima panggilan dari suspek itu, mangsa sekali lagi menerima panggilan dari seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Imigresen dan bertanya sama ada mangsa mengenali suspek.

Wanita itu memperkenalkan diri sebagai Fatimah dan dia dikatakan telah menawarkan diri untuk membantu membebaskan suspek dengan syarat mangsa membuat bayaran sebanyak RM15,000," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Selepas membuat transaksi, mangsa kemudian telah menghubungi pihak Imigresen KLIA untuk memaklumkan perkara itu (kemasukan wang) tetapi mangsa dimaklumkan bahawa wanita yang mendakwa sebagai Fatimah itu bukan kakitangan jabatan itu di KLIA," katanya.

Mazlan berkata selepas menyedari beliau tertipu, mangsa cuba menghubungi suspek tetapi tidak berjaya sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu.


BERNAMA: 2 Disember 2010

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itulah CIKGU. Kesian cikgu ni yer ... Kata perumpamaan: Macam anjing dgn bayang2.

Tanpa Nama berkata...

Kesian kat cikgu rm 15,000.00 berlalu begitu sahaja.Saya nyaris nyaris nak kena tipu melalui laman sosial tagged dan olx.Memandangkan kemudahan internet ada di mana mana saya cuba mencari kenalan wanita melalui ruangan tersebut saya bernasib baik tidak kena tipu memandangkan saya jenis orang analis sebelum apa apa keputusan saya buat selalu melihat negatif apatah lagi jika butir yang diajukan keliru dan mencurigakan.Saya cuma ingin berkongsi pengalaman dengan mana mana yang pernah tertipu cara dan tektik yang digunakan.Pada saya cara digunakan sungguh efesen dengan pencamaran dari jabatan tertentu serta melibatkan syarikat pengangkutan bagi menyakinkan seseorang. Di sini cuba lihat sendiri yang betul dan yang mana palsu.Dia orang sanggup menggunakan logo syarikat terbesar bagi menyakinkan seseorang cuma beza enjin pencarian tidak berfungsi.Cuba kaji dua laman web ini mana yang tulin dan mana yang palsu pada logo yang sama:http://www.atlascour.com/home http://www.atlasair.com
Pada semua yang mencari cari kawan/ kenalan dalam internet terutama dalam laman sosial ber hati hati lebih lagi orang tersebut lahir di malaysia dan dibesarkan di luar negara dan akan datang ke Malaysia.Pesanan saya jangan sesekali dedah data peribadi/data perbankan/jangan bagi gambar anda dan tektik terbaru dengan membuat anda jatuh cinta seterusnya meminta gambar aib anda degan gambar tersebut anda dikendaki membayar sejumlah wang jika tidak akan disebarkan dalam internet.Hati hati pada yang baru cuba mencari kenalan dalam ruangan internet.