Isnin, 13 Disember 2010

Dua guru 1 kelas

Oleh S Anand Kumar dan Haspaizi Mohd Zain
bhnews@bharian.com.my
2010/12/13

Syor dikemukakan jawatankuasa khas tangani peningkatan beban tugas pendidik

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran merancang menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah serta melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak bagi mengurangkan beban tugas guru.
Cadangan itu adalah antara 28 perakuan yang dikemukakan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Dalam laporannya, jawatankuasa itu mengenal pasti 14 faktor yang menyumbang kepada peningkatan beban tugas guru, termasuk penyertaan dalam terlalu banyak kegiatan kokurikulum dan sukan hingga menjejaskan prestasi pengajaran murid serta amalan profesional keguruan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata satu pelan operasi latihan juga sedang dibangunkan untuk dilaksanakan tahun depan bagi mengurangkan kekerapan guru meninggalkan kelas untuk berkursus.

Malah, katanya, antara perakuan yang sudah diambil tindakan ialah memohon agensi Pusat menempatkan 100 jawatan pembantu tadbir N17 melalui urusan pindah butiran perjawatan di 50 sekolah gred A yang mempunyai enrolmen melebihi 1,500 murid untuk mengurangkan tugas perkeranian yang terpaksa dilakukan guru.

Beliau berkata, semua perakuan itu dikemukakan selepas isu beban tugas guru dibangkitkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.
Katanya, jawatankuasa itu dalam laporannya turut mendedahkan ada guru memegang dan melaksanakan sehingga 30 tugasan di sekolah serta peringkat daerah dan negeri.

Sehubungan itu, katanya, satu jawatankuasa pelaksanaan ditubuhkan dan akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk menyemak status pelaksanaan semua perakuan yang kemukakan jawatankuasa berkenaan.

Mengenai aduan aktiviti sekolah pada Sabtu, Mohd Puad berkata, pekeliling sudah dikeluarkan dengan membenarkan hanya dua Sabtu dalam sebulan dibenarkan aktiviti sekolah dan kegagalan mematuhinya perlu dilaporkan kepada kementerian.

Sementara itu, Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata jawatankuasa berkenaan turut memaklumkan kepada pihaknya berhubung kajian yang dilakukan di beberapa sekolah di Johor dan Melaka, termasuk cadangan mengurangkan peperiksaan dan ujian yang diganti dengan penilaian.

“NUTP difahamkan mulai Januari depan, penilaian itu akan diamalkan setiap bulan yang menjurus kepada ujian pendek dengan soalan disediakan guru.

“Ini bermakna beban guru semakin bertambah lagi dan tiada pengurangan, kita berharap kerajaan akan mengkaji semula perkara ini,” katanya.


INFO: Antara beban tugas guru
  • Kekerapan guru keluar berkursus
  • Kokurikulum/sukan
  • Tugas hujung minggu
  • Tugas rencam
  • Tugas tidak jelas
  • Penempatan guru
  • Rantaian arahan (chain of command)
  • Ujian/peperiksaan
  • Silap padanan (mismatch)
  • Saiz kelas
  • Sebaran kurikulum.

    INFO: Antara perakuan tangani isu beban tugas guru
  • Menambah staf sokongan untuk tugas perkeranian
  • Pengwujudan jawatan pembantu bengkel di semua sekolah menengah
  • Menambah jawatan Pembantu Perpustakaan N17
  • Gabungan jawatankuasa pada peringkat sekolah tidak melebihi 10 jawatankuasa
  • Pelan Operasi Latihan Tahunan
  • Aktiviti Sabtu berjadual tidak melebihi 2 kali sebulan
  • Jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak
  • Mewujudkan jawatan Jurulatih Utama Kurikulum
  • Pengenalan kurikulum secara atas talian
  • Penganjuran kursus yang berasaskan sekolah diperluas
  • Guru pembantu bagi kelas melebihi 35 murid untuk sekolah rendah dan 40 pelajar di sekolah menengah
  • Kajian semula bilangan enrolmen pelajar di sesebuah kelas supaya lebih kondusif
  • Pembinaan lebih banyak sekolah di kawasan padat untuk tujuan sekolah satu sesi
  • Pengurangan ‘mismatch’ melalui pelabelan guru serta iktiraf guru melalui latihan.
  • Lebih ramai guru lelaki di kawasan pedalaman dan bandar raya
  • Tempoh perkhidmatan di pedalaman ditetapkan lima tahun
  • Pasangan suami isteri bertugas di pedalaman ditempatkan di sekolah sama atau berhampiran
  • Kemudahan dan persekitaran kerja kondusif
  • Perlindungan insurans takaful semasa menjalankan tugas rasmi di luar sekolah
  • Penyediaan khidmat guaman kepada guru bagi kes berkaitan tugas rasmi

  • Berita Harian Online: 13 Disember 2010

    12 ulasan:

    Tanpa Nama berkata...

    ALAHAI....1 perkara yg paling penting tak pernah pun difikirkan oleh KPM......

    > norma perjawatan guru perlu ditambah daripada 1.5 kepada 2. Dgn itu, bilangan guru akan bertambah. tugas boleh dibahagikan seorang sedikit.

    > lagi satu, wujudkan beberapa jawatan guru diluar norma spt guru data, guru sukan, guru spbt dan guru disiplin.

    > lagi satu> wujudkan jwtn PK tambahan utk mengurangkan GPK HEM

    TOLONGLAH FIKIR JAUH SIKIT...

    kamanuk berkata...

    Bukan senang mengajar 2 guru 1 kelas silap-silap P & P tidak berjalan lebih-lebih lagi andainya pasangan guru berkenaan tidak serasi atau tidak sebuluh.

    Paling mudah ialah kalau masa berkembar kena bagi dua jadi kalau di sekolah menegah 80 atau 120 minit maka seorang guru hanya mengajar 1/2 daripada masa sebenar.

    Tak payahlah satu masa 2 orang guru buat apa?? kacau je..

    kamanuk berkata...

    tentang mewujudkan perjawatan tambahan itu memang patutlah

    Jadi cadangan saya ialah
    wujudkan beberapa jawatan hakiki gred DG44 tambahan di sekolah seperti berikut
    1. Penyelaras Sukan dan Perminan
    2. Penyelaas Aktiviti Akademik
    dan Rekreasi
    3. Penyelaras Badan Beruniform
    4. Penyelaras Pusat Sumber
    5. Penyelaras Data Sekolah
    6. Penyelaras Jaminan Kualiti
    Sekolah
    7. Ketua-Ketua Panitia kanan MP
    8. Penyelaras Disiplin
    8. Penyelaras Bimbingan,Motivasi &
    Kaunseling

    Kalau semua di atas boleh dilaksanakan maka masalah perjawatan di sekolah bolehlah diatas.

    Tanpa Nama berkata...

    YANG PALING LAWAK:
    "Gabungan jawatankuasa pada peringkat sekolah tidak melebihi 10 jawatankuasa"

    Apa punya idea. Camna nak kurangkan j/kuasa sedangkan programnya terlalu banyak. YANG SEPATUTNYA.... kurangkan program, barulah J/kuasa automatik berkurang. K/Kuasa panitian shj pun dah lebih sepuluh..
    "SIAPALAH PUNYA IDEA KURANG CERDIK NI"

    Tanpa Nama berkata...

    LAGI SATU
    "Pasangan suami isteri bertugas di pedalaman ditempatkan di sekolah sama atau berhampiran".

    Baru-bari ni sibuk buat redemploymen. tak boleh ada laki bini, adik-beradik satu sekolah.

    SATU LAGI
    "Kemudahan dan persekitaran kerja kondusif"

    Tolong naik taraf semua bilik guru supaya sesuai dgn tugas guru.

    Tanpa Nama berkata...

    1. Cadangan 2 guru 1 kelas patut diganti dengan norma perjawatan dari 1.5 kepada 2. Apabila ada jawatan guru tingkatan 6, banyak bebanan diberi kepada guru tingkatan 1 hingga 5.
    2. Wujudkan jawatan pembantu seperti di makmal sains untuk bengkel dan pusat sumber
    3. Jawatan khas : Jurulatih sukan / permainan / kokurikulum, pegawai khas data murid (jaga SMM,kutip yuran, kad 001, kad kesihatan,dan lain-lain yang membebankan guru tingkatan)
    4. Kurangkan program-program yang tidak munasabah di sekolah.

    Tanpa Nama berkata...

    Kenapa tak minta pendapat semua guru dlm nak mengatasi masalah ini. Bukannya susah.... buat aplikasi online...guru hanya perlu isi/pilih maklumat berkaitan beban tugas guru. Lepas tu.. KPM buatlah satu rumusan. Jgn hanya minta pendpt Pegawai JPN,PPD,Pengetua, GB shj. Mereka tak tahu masalah sebenar yg dihadapi oleh guru2 dsekolah.
    Apa pun, yg idea yg paling berkesan ialah tambahkan borma perjawatan guru drp 1.5 kpd 2. Banyak beban tugas guru akan dpt dikurangkan. Jgn terlau berkira ttg kewangan. Kalau PM kata jalan, sure boleh punyalah....

    kamanuk berkata...

    Hoi Presiden NUTP pa yang engkauorang bincang banyak mencarut tak sesuai.

    1. saya cabar presiden mengajar satu masa 2 orang guru mahukah?

    2. Pembantu dalam kelas pa kerja dia, macamna PG ini bekerja sedangkan perancangan guru yang buat. nak suruh dia mengajar???

    3. Kurangkan jawatankuasa pentadbiran guru kepada 10 sahaja..
    Lu fikirlah dahulu sesuaikah...Setakat nak kurangkan jawatankuasa tidak mengurangkan beban guru malah lebih membebankan kerana saya percaya banyak pecahan jawatankuasa akan digabungkan..pendapat siapa ni ..bodoh

    4. Nak memberikan suasana yang kondusif..boleh dalam bentuk apa???
    1. Buang pengetua/GB yang jahat
    mulut?
    2. Buang pengetua/GB yang suka menekan gurunya?
    3. Bina rumah guru??? Bila sudah lama kami dengar tiada tindakan
    4. Sediakan bilik guru yang selesa?..Bila sudah lama kami dengar tiada tindakan
    5. Buang guru yang amalkan perkauman dan sentimen keagamaan??? Bagus..mesti adil
    6. Proses kenaikan pangkat yang adil ??? Bagus sekarang ni ada guru yang baru 10 tahun mengajar sudah jadi PK di sekolah manakala guru yang sudah hampir 20 tahun guru biasa sahaja.


    OK..kita nantikan apa kejadiannya
    Dulu tahun 1990an guru-guru dijanjikan rumah pasang siap ..mana tara habuk pun, bangunan sekolah lama diperbaiki..sampai sekarang pun bangunan 1960an masih tersergam..buruk..

    Tanpa Nama berkata...

    IDEA-IDEA YANG KURANG PRAKTIKAL MALAHAN NAMPAK MACAM LAWAK JE...

    guru yahya berkata...

    kamanuk, aku amat sokong ayat2 kamu... apa kata panjangkan ke akhbar pula, jika hantar direct pada menteri 90% kemungkinan akan dibakul sampahkan..

    Tanpa Nama berkata...

    Ya....saya selalu menulis komen dan beri cadangan dlm akhbar. Bila senang, saya akan tulis.

    Tanpa Nama berkata...

    Melihat kenyataan Tim.Men.Pelajaran dlm akhbar Bharian hari ni, nyatalah cadangan 2 guru 1 kelas hanyalah cadangan shj.......hu hu ...hu