Jumaat, 24 Disember 2010

Guru mahu penjelasan elaun pegawas peperiksaan, EPW

2010/12/24

SAYA guru dari Semenanjung yang ditempatkan di pedalaman Sabah. Pada 2009 saya dilantik sebagai pengawas untuk Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Jumlah hari pengawasan selama enam hari. Jumlah ulang alik jauhnya jarak tempat pusat peperiksaan itu dari sekolah 78 kilometer. Bayaran iktisas sebagai pengawas peperiksaan PMR ialah RM75 dan pembayaran elaun perjalanan ialah 50 sen, 60 sen dan 70 sekilometer. Jumlah keseluruhan tuntutan sebagai pengawas peperiksaan ialah kira-kira RM480. Selepas setahun menunggu, tuntutan pembayaran itu baru dibayar. Apa yang amat mengejutkan ialah pembayaran dibuat hanya RM83 saja. Ini bermakna pembayaran untuk perjalanan hanya RM8. Di mana keadilan? Justeru, saya bertanya pada pakcik saya yang juga pengawas peperiksaan PMR 2009 di Johor. Beliau hanya menjadi pengawas peperiksaan di pusat peperiksaan yang hanya 12 kilomeer perjalanan dan jumlah tuntutan RM260 dan beliau menerima bayaran tuntutan itu selepas sebulan peperiksaan PMR tamat dan mendapat jumlah seperti yang dituntut. Yang amat menghairankan kenapa di Sabah jumlah pembayaran didiskriminasikan dari segi jumlah dan tempoh pembayaran. Tindakan Lembaga Peperiksaan Malaysia ini seolah-olah mahu memperlekehkan pengorbanan guru dan ada unsur penganiayaan.

Keduanya, pada 2008, saya bertugas sebagai pengawas peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di SMK Taman Maluri selama satu hari. Dalam borang tuntutan pembayaran berjumlah RM45. Apa yang amat mendukacitakan ialah sehingga ke hari ini tuntutan pembayaran itu masih tidak dapat dan apa yang menyedihkan SPA atau pembayar hanya mendiamkan diri walaupun sudah beberapa kali saya mengutarakan hal ini kepada mereka.

Ketiga, pada 2008 saya dihantar bertugas di Sabah. Selepas dua tahun bertugas, barulah kali pertama saya memohon tiket percuma untuk pulang ke Semenanjung. Apa yang menyedihkan pihak yang menguruskan tiket percuma itu mengatakan peruntukan tiket tambang percuma sudah dibekukan. Di manakah hak kami kerana seingat saya pada hari pertama melapor diri di Kota Kinabalu, kami diberi taklimat dan antaranya mengenai keistimewaan guru Semenanjung yang bertugas di Sabah diberikan tiket tambang percuma pulang ke Semenanjung sekali setahun.
Keempat, soal Elaun Perumahan Wilayah (EPW). Pada peringkat awal pembayaran EPW di sini berjalan lancar dan pada tahun kedua pelbagai masalah timbul.
Antaranya, guru Semenanjung yang duduk di kuarters guru akan ditarik balik elaun EPW. Persoalannya mengapa hanya di sekolah tempat saya mengajar saja melaksanakannya, sedangkan saya lihat banyak sekolah lain di Sabah yang mana guru Semenanjung yang tinggal di kuarters masih menikmati EPW.

GURU DILEMA,
Kota Kinabalu

Berita Harian Online: 24 Disember 2010

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cikgu boleh tanya pada Kamariah Youb. Saya rasa dia tahu semua hal ini. Lihat tulisannya di atas tu ...

seroja berkata...

semakin lama semakin berserabut KPM selepas kemasukan PTD.. nanti kita tanya sama Kamariah Youb kot2 dia kenal org dalam dan byk kabel

kamanuk berkata...

Ulasan saya pihak yang mengurus semua itu tidak cekap dan mengambil jalan mudah..tidak prihatin masalah orang lain yang penting kerja siap soal adil atau tidak adil tu perkara kedua yang penting siap dan bos tidak melenting...

Kalau saya perhatikan para pegawai atau penyelia di unit peperiksaan di Kota Kinabalu tu mereka cakap lebih-lebih macam pintar konon itu dan ini tahu tapi bila masuk ke bab teknikal sebenarnya mereka pun tidak tahun juga..

Jadi, tidak hairanlah kalau pembayaran elaun mengawas peperiksaan tu lambat. Mereka di sana buat kerja tidak sistematik. Lihat sahajalah cara menyusun fail berserabut, bertompok sana-sini. Buat kerja sikit bagi arahan terlalu banyak kepada kerani kemudiaan keluar merokok berjam-jam dan bersembang dengan para rakan-rakan perokok tegar di luar pejabat.

Itulah yang saya lihat..

Tanpa Nama berkata...

Cikgu boleh jumpa Kamariah Youb sebab dia org kuat KPM/Menteri manalah tau dia dapat settel problem cikgu.
Hal yang cikgu perkatakan tu bukan hari ni saja berlaku tapi dah berkurun di Sabah ni.
sebabtulah saya kalu mengawas PMR dan SPM tolak awal2 lagi(tak mintak pun)tapi STPM ok...sebab MPM profesional tak spt JPNS/LPM