Jumaat, 10 Disember 2010

Memartabatkan profesion guru bukan dengan penyerapan GSTT

2010/12/10

SAYA ingin merujuk kepada aduan oleh ‘GSTT’ dan ‘cikgu lama’ dalam ruangan ini kelmarin.

Berdasarkan pandangan itu, saya mengakui berlaku sedikit kecelaruan dalam sistem perjawatan perguruan.
Bagaimanapun, kita tidak boleh nafikan pandangan dan peringatan sesetengah pihak yang sedia menyedari hakikat profesion perguruan di Malaysia.

Saya suka mengemukakan satu persoalan. Adakah profesion perguruan di Malaysia sudah dianggap satu kerjaya profesional? Mungkin ada kalangan kita termasuk saudara sendiri mengatakan 'ya' tetapi bagi saya 'tidak'.

Antara faktornya kerana kehadiran GSTT. Jika kita teliti profesion lain yang dianggap popular dan bertaraf profesional seperti perubatan, guaman dan akauntan, adakah akan wujud jawatan bertaraf 'sandaran tidak terlatih’?

Pernahkah kita mendengar 'akauntan sandaran tidak terlatih' atau 'doktor sandaran tidak terlatih'? Jawapannya ada pada saudara.

Menyedari realiti pada masa kini keperluan terhadap sistem pendidikan amat tinggi dan kritikal maka usaha dilakukan untuk menambahbaikan terhadap profesion dengan perguruan.
Selaras dengan itu jugalah Kementerian Pelajaran menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dan satu daripada terasnya ialah 'Memartabatkan Profesion Perguruan' dan mengikut teras ini jugalah satu daripada pengisiannya 'sifar GSTT'.

Saya mengakui GSTT banyak membantu dari segi perjalanan operasi sekolah, tetapi untuk diserap ke jawatan tetap bukan sesuatu yang wajar kerana masih ramai mereka yang berkelayakan yang boleh memenuhi jawatan berkenaan.

Mungkin dengan menyerap GSTT masih ramai bakal guru sukar mendapat tempat di mana-mana sekolah selepas tamat kursus kelak. Apapun, saya sendiri tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak.

Saya menyedari kecelaruan yang berlaku disebabkan tuntutan semasa dan kehendak sesetengah pihak yang kurang sedar akan tanggungjawab mereka memartabatkan profesion perguruan yang hakikatnya semakin hari semakin mencabar.

Janganlah sampai suatu ketika masyarakat mempersoalkan kelayakan seseorang guru untuk mengajar.

Harus diingat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Dalam Cuti (KDC) mahupun kursus lain yang ditawarkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukanlah untuk menindas mana-mana pihak.

Semua kursus itu adalah suatu usaha ke arah memartabatkan profesion perguruan.

Kalau saudara ingin memandu kereta haruslah dapatkan lesen memandu terlebih dulu, begitu juga pengamal perubatan, peguam dan tidak terkecuali sebagai seorang guru.

PENDIDIK,
Pulau Pinang

Berita Harian Online: 10 Disember 2010

6 ulasan:

kamanuk berkata...

Kementerian Pelajaran Malaysia ada cara untuk menyerap GSTT sebagai guru tetap. Saya percaya KPM cukup tahu daripada kita guru-guru tentang cara melantik GSTT ini sebagai guru terlatih. Salah satunya ialah GSTT tidak perlu melalui proses temuduga semasa mengikuti kursus-kursus profesional seperti KPLI,KDC dan sebagainya memandangkan mereka sudah lama mengajar di sekolah.Pengalaman mereka sebagai GSTT sudah cukup memberikan bukti dan komitmen mereka masuk ke alam profesion perguruan dengan mendapat sokongan daripada semua pihak khususnya GB dan Pengetua.

Soal bakal-bakal guru yang akan keluar nanti sebagai GST, kita tidak tak perlu risau sebab negara kita melahirkan beribu-ribu pelajar baru dan setiap tahun ada pertambahan bangunan sekolah di seluruh negara.Apa lagi setiap tahun juga ramai guru yang akan bersara,berhenti kerja dan sebagainya. Jadi apa yang kita risau???

Perkara yang patut kita risau ialah adakah semua bakal guru yang dilahirkan itu mampu menghadapi cabaran dunia pendidikan dimasa hadapan memandangkan persekitaran dunia pendidikan sentiasa berubahah dari tahun ke tahun.

Bagi saya patutlah GSTT itu diserap ke dalam jawatan guru tetap janganlah buat perbandingan dengan jurusan perubatan,akauntan,guaman,kejuruteraan dan sebagainya.

gurubengang berkata...

GSTT sebagai guru tetap tiada masalahnya, tetapi bayangkan jika guru GSTT yang kononnya berpengalaman GAGAL semasa temuduga, apakah ini juga hendak dipertahankan dengan meluluskan mereka sahaja tanpa tapisan?

Di mana2 sekolah ada guru yang sudah puluhan tahun mengajar tetapi masih tak mampu mengawal kelas, membuat laporan dan sebagainya. Inikan pula yang berpengalaman hanya beberapa tahun hendak diserap begitu sahaja tanpa apa2 tapisan, saya amat tidak bersetuju.

Jika En.Kamanuk mempersoalkan kebolehan guru2 yang sudah mendapat lesen di maktab, saya lebih hairan lagi apakah guru 'berlesen' lagi perlu dirisaukan dari guru yang 'tidak berlesen'?

Ya, GSTT perlu diserap, dengan cara menapis melalui ujian dan temuduga. Jika masih tak lepas berkali2 dan En.Kamanuk tetap mengatakan mereka (yg tidak lepas itu) berkualiti, bayangkan kualiti pendidikan secara keseluruhannya.

kamanuk berkata...

Fikir dalam-dalam sebelum melepaskan geram. Lu fikir KPM ni rumah mayatkah..saja nak sumbatkan semua guru..jadi guru tetap ??????

LU FIKIRLAH SENDIRI

Tanpa Nama berkata...

Harap kementerian pantau guru guru tetap..Nilai2 murni dan keikhlasan mendidik sudah semakin kurang..

Tanpa Nama berkata...

Saya diantara graduan yg bernasib malang. Berkelulusan bidang perguruan utm. Study selama 5 tahun. grad bulan 9 2010. Apa yg ingin sy nyatakan disini adalah rasa kecewa, kerana tidak terus di hantar posting, sebaliknya perlu online KPM untuk ditemuduga.Pertama kali daftar online UNTUK DITEMUDUGA tidak berjaya. Kata pihak KPM mungkin terdapat kesilapan semasa online. Kali KEDUA online barulah bulan JAN2011 dipanggil UNTUK DITEMUDUGA. Tunggu result PUNYALAH LAMA sampai 6 MEI2011. Amat MENGECEWAKAN apbl GAGAL, TIDAK BERJAYA untuk menjadi guru tetap.. Persoalannya di sini, mengapa perlu kami yang sememangnya bidang perguruan perlu DI INTERVIEW LG? untuk apa kami perlu DITAPIS LG? telah bertahun lamanya kami belajar,dan berjiwa pendidik.. mengapa perlu ada GSTT,KPLI,DPLI? sedangkan kami yang sememangnya graduan pendidikan di ABAIKAN? berapa lama lg kami harus menunggu?? sehingga kini hampir 8 BULAN kami MENGANGGUR? kecewa yang amat.. Nak tunggu kpm buka register egst entah bila lagi.. berapa tahun lg kami terpaksa menunggu dgn penuh KEKECEWAAN.. Bantulah kami yg bergraduan pendidik ni..

Tanpa Nama berkata...

Rezeki orang xperlu la kita persoalkan..mungkin itu rezeki org dpt GSTT..Allah dah tentukn...Apa yg penting keikhlasan & kesanggupan mendidik anak bangsa selaras dgn peredaran masa sekarang..dan tidak lupa berjanji akan berusaha mencari ilmu pengetahuan yg secukupnya utk perkembangan karier sebgai guru...Jgn menjadi guru yg saban tahun asyik sama sahaja..pakai komputer pun masih lg x seberapa reti..zaman IT skrg..memerlukan guru yg baik dalam IT..Peace No War..:)