Sabtu, 25 Disember 2010

Muhyiddin nafi dakwaan tidak hargai jasa guru

Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my
2010/12/25

  MUHYIDDIN   melancarkan Teach For Malaysia sambil diperhatikan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz (kiri) dan Pengasas Teach For Malaysia, Keeran Sivarajah  di Suruhanjaya Sekuriti, di Kuala Lumpur, semalam.
MUHYIDDIN melancarkan Teach For Malaysia sambil diperhatikan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz (kiri) dan Pengasas Teach For Malaysia, Keeran Sivarajah di Suruhanjaya Sekuriti, di Kuala Lumpur, semalam.

Imbuhan RM500 hanya untuk guru sukar dilaksana

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menuduh Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran tidak menghargai peranan guru apabila mempertikaikan tawaran pembangkang mahu memperkenal-kan imbuhan khas pendidik RM500 seorang setiap bulan.

Sambil menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai taktik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk meraih sokongan rakyat bagi mendokong hasratnya menawan Putrajaya, Timbalan Perdana Menteri berkata, hanya Menteri Pelajaran yang tidak berhati perut tidak menghargai jasa guru.
“Saya gembira mendengar tawaran ini, tetapi kita perlu melihat secara keseluruhan untuk menterjemahkan apa yang ditawarkan ini dengan hakikat. Kita kena ingat apabila menawarkan RM500, kita kena ambil kira jumlah keseluruhan kakitangan awam lain iaitu 1.2 juta orang. Kita perlu beri tawaran sama kepada mereka juga.

“Saya ingin cabar Anwar melaksanakan kenaikan gaji bagi kakitangan awam di negeri pakatan pembangkang dulu jika beliau benar-benar prihatin dengan nasib penjawat awam,” katanya sambil menambah Anwar yang ‘pakar dan bijaksana’ harus tahu bagaimana sukar melaksanakan tawaran itu kerana pernah berada dalam kerajaan dan menjadi Menteri Pendidikan.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis ‘Teach for Malaysia’, di sini semalam, Muhyiddin berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) mengamalkan langkah meneliti setiap perkara yang berkaitan secara holistik sebelum membuat tawaran kepada rakyat.

“Kerajaan bukan tak boleh buat begitu (beri imbuhan kepada guru)... tetapi kita mengambil kira implikasi dan kesannya kepada pihak lain. Jika saya naikkan gaji guru saja, penjawat awam lain akan persoalkan. Saya membuat penilaian kepada semua perkara dan me-ngambil kira konteks keseluruhan kakitangan awam,” katanya.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, program ‘Teach for Malaysia’ berasaskan konsep mengajar sambil berbakti dipelopori rangkaian global ‘Teach for All’ yang memberi peluang kepada graduan cemerlang berkhidmat kepada negara melalui profesyen perguruan.

Katanya, penempatan peserta program itu di sekolah berkeperluan tinggi akan bermula pada Januari 2012 dan akan dilatih selama lapan minggu di Institut Aminuddin Baki sebelum diserapkan mengajar di sekolah terpilih dengan Malaysia negara pertama di Asia Tenggara dan ketiga di Asia selepas India dan China melaksanakan inisiatif itu.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin meminta Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia Bhd merumuskan formula yang boleh memberi faedah kepada kedua-dua pihak jika mahu memulakan kerjasama strategik bagi memastikan kedua-dua syarikat dapat terus bersaing pada peringkat global.

“MAS dan AirAsia perlu memulakan kerjasama strategik walaupun mereka bersaing khususnya dalam soal tambang murah dan sederhana. Bagaimanapun, perkara itu terserah kepada pihak pengurusan kedua-dua syarikat penerbangan berkenaan kerana kami (kerajaan) faham ini satu bentuk perniagaan dan elemen persaingan sihat,” katanya.

Mengenai isu pembangunan nuklear, beliau menjelaskan perkara itu masih belum diputuskan kerana kerajaan perlu mengambil pandangan pelbagai pihak.

Berita Harian Online: 25 Disember 2010

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

“Saya ingin cabar Anwar melaksanakan kenaikan gaji bagi kakitangan awam di negeri pakatan pembangkang dulu jika beliau benar-benar prihatin dengan nasib penjawat awam,” katanya (kenyataan TPM/MP)
Seandainya DSAI berjaya laksana di negeri Pakatan macam mana?
Memanglah boleh bankrapsi negara tapi kalu untuk rakyat jalata(kakitangan awam)taklde salahnya,yang dihabiskan untuk projek entah apa2 tu adalak duit...ajaib betullah.
Cubalah fikirkan juga nasib kakitangan awam spt guru ni,tiada guru tiada PM,doktor,peguam,YB2 dll.Harap kerajaan timbang2kanlah,fikir2kanlah cabaran Pakatan tu..tak risau ke.......

Tanpa Nama berkata...

"Kita kena ingat apabila menawarkan RM500, kita kena ambil kira jumlah keseluruhan kakitangan awam lain iaitu 1.2 juta orang. Kita perlu beri tawaran sama kepada mereka juga."
PERSOALANNYA waktu naikkan gaji polis dulu x pula fikirkan keseluruhan kakitangan awam yang lain? Apakah polis bukan kakitangan awam? Kerajaan BN perlu FIKIR benda ni dengan akal budi dan iman.J/kuasa yang mengkaji beban guru dah set up mcm2 cadangan...BUT..tinggal cadangan ajelah.
Jangan dipersoalkan KEIKHLASAN guru hari ini.Mmg ada yang bermasalah tetapi peratusnya amat kecil daripada 400 000 guru yang ada...Hanya yg menjadi guru sahaja yang faham betapa beratnya tanggungjawab guru sekarang berbanding guru dahulu..
Yang beri pendapat di media massa arus perdana tu semuanya dah ditapis bahkan mungkin dirancang..Yang suara hati sebenar GURU, perlu kerajaan BN dan PR fikirkan.

Tanpa Nama berkata...

BOLEH SEBENARNYA... DGN SYARAT RASUAH TAK ADA. KALAU PROJEK BERNILAI 100 ribu, pastikan kualitinya sama dgn 100 ribu. Jgn pulak hanya 60 ribu utk projek, 40 ribu lagi untuk ********* itulah masalahnya besar dlm negara kita. Banyak pembaziran

Yg paling senang, kerajaan BN pun umumkan sama spt yg DSAI umumkan. saya rasa kjaan skrg boleh buat kalau hendak.

kamanuk berkata...

Buat apa cabar-mencabar perbuatan itu hanya mendatangkan dosa besar kerana ianya boleh menimbulkan rasa benci dan mengundang orang lain membenci pula. Tak perlu..

Yang penting kerja telus,adil dan tidak pilih bangsa serta agama semasa proses kenaikkan pangkat seseorang.

Sekarang ini ramai guru-guru ExPPLD/DG44 tiada jawatan hakiki walau pun sudah berkhidmat lebih 20 tahun tapi ada guru yang baru 10 tahun berkhidmat dan baru sahaja dapat DG44(KUP) tapi sudah diberikan jawatan hakiki

Adilkah itu ...orang senior ini mana mau taruh muka ..

KPLI2005 berkata...

Setuju dgn kamanuk pasal kenaikan pangkat tu..tapi jgn salahkan guru kpli yg naik ke DG44 tu yer..Yg salah ialah sistem & pentadbirannya.Mmg hak kenaikan pangkat dalam kalangan guru amat terhad,sukar dan memakan masa yg panjang.Alasan menteri adalah bilangan guru yang terlalu ramai..400000 orang.(Adilkah alasan tersebut??)
Cuma dalam bab cabar mencabar tu, bukan DSAI yg memulakan.PR hanya mengumumkan resolusi Buku Jingga yang dipersetujui bersama tetapi Muhyidin yang mula mencabar..

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dgn Kamanuk,saya salah seorang yg terlibat exppld/44,tak guna punya sistem tak adil.dah lama kita orang makan hati..kecewa...apa nak buat,kena pujuk hati sendiri.
Kita ni Kamanuk,takdak muka...kalau adapun org tak pandang pun.Takpe ada masa dan ketika jawablah kamu semua.

Tanpa Nama berkata...

BN memang prihatin pada PA, x seperti Anwar. Buktinya ialah BN sentiasa membayar gaji pekerja. Kamu golongan guru sepatutnnya membimbing lain PA seperti kami PA sokongan ni, kearah memertabatkan Umno.. Ini tidak, kami saja yang berjuang untuk parti, jadi kami lebih layak dinaikka ke gred 41 berbanding guru2.

En. Rasul Mat Hassan, R4

Tanpa Nama berkata...

Nak komen lebih pun pun, abg ni R4. Ulasannya tentang gaji pun nampak sangat akan............
Kalau layang org gila... kita pun jadi gila.

Tanpa Nama berkata...

Hehehe..
Xpelah..En. Rasul dan konco-konconya pun berhak untuk menyuarakan pendapat. Kita guru-guru ni kalau boleh x nak mempolitikkan bidang pendidikan ni. Biar siapa pun yang memerintah, tolong jangan politikkan bidang perguruan dan pendidikan yang mulia ini (walaupun mmg dah dipolitikkan oleh parti yg memerintah sekarang..tukar menteri,tukarlah dasar.tukar menteri,tukarlah dasar). Yang kita nakkan adalah keadilan dan sistem yang lebih baik untuk semua warga pendidik, demi kecemerlangan agama, bangsa dan negara.
Waktu mesyuarat guru tadi, ada dibangkitkan mengenai cadangan guru pembantu dalam kelas yg telah dicadangkan oleh J/Kuasa Mengkaji Beban Guru baru-baru ni.Kalau berjaya dilaksanakan, rasanya guru akan dapat lebih fokus untuk P&P di kelas. Guru Pembantu akan melaksanakan urusan perkeranian (kutip yuran, ambil kedatangan, data smm, data koko, isi markah, lembaran kerja, kebersihan & keceriaan kelas dll), membantu murid lembam, bantu ready kan LCD (kalau yg masih berfungsilahhh) dan banyak lagi beban yang boleh dikongsi bersama. Dalam hati, bagus sangat cadangan tu kalau dapat dilaksanakan. Cerah masa depan anak-anak bangsa kita... Tapi, siapalah menteri yang nak bersetuju dgn cadangan macam ni kan sbb Menteri Pelajaran sendiri awal-awal dah declare x boleh dilaksanakan....Alasannya macam biasa lahhh..

Tanpa Nama berkata...

Masanya telah tiba untuk kita semua berubah.....jom