Khamis, 9 Disember 2010

Sokong guru sandaran komited diserap ke jawatan tetap

2010/12/09

MERUJUK kepada aduan ‘Cikgu Baru, Putrajaya’ yang disiarkan dalam ruangan ini pada 4 Disember lalu, saya sebagai cikgu lama yang berkhidmat lebih 11 tahun dalam bidang pendidikan tidak bersetuju dengan pendapat yang diutarakan beliau.

Pada pendapat saya, semua Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) juga selalu membelek surat khabar untuk menunggu iklan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) atau Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI).
Jika ‘cikgu baru’ mengikuti kursus setahun, GSTT pula perlu menjalani Kursus Dalam Cuti (KDC) setahun setengah. Adakah ini tidak adil lagi bagi ‘cikgu baru’?

Saya tidak menyokong kepada mana-mana pihak tetapi pengalaman bekerja bersama GSTT dan guru baru membuatkan saya berminat untuk berkongsi pendapat.

Pada saya, ramai GSTT yang komitmen melaksanakan tugas diamanahkan walaupun sudah berkeluarga seperti menjadi guru kelas, melatih pasukan sekolah, mengajar kelas belakang bersungguh-sungguh sehingga anak muridnya berjaya dalam PMR dan SPM.

Mereka menerima semua tugasan tanpa membantah hingga jam 10 jam berada di sekolah setiap hari. Keadaan ini bukan saja berlaku di sekolah saya tetapi kebanyakan sekolah di daerah lain. Begitu juga dengan guru baru yang ditempatkan, kebanyakannya pernah menjadi GSTT menunjukkan komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik yang sangat mencabar pada masa kini.

Untuk makluman ‘cikgu baru’, pada tahun ini ramai penjawat awam kontrak jabatan lain sudah diserap ke jawatan tetap kerana menunjukkan prestasi cemerlang dalam tugas dan begitulah yang akan dilaksanakan dalam Kementerian Pelajaran.
Saya mewakili guru lama sangat menyokong GSTT dikekalkan dan diserap. Anggaplah ini rezeki mereka selepas bertahun-tahun mendidik dan membantu tenaga pengajar dalam Kementerian Pelajaran.

CIKGU LAMA,
Johor Bahru

Berita Harian Online: 9 Disember 2010

3 ulasan:

kamanuk berkata...

Saya sudah bertugas lebih 20 tahun sebagai guru dan bergaul dengan ramai GSTT.Saya dapat melihat komitmen GSTT sangat tinggi. Banyangkan kesanggupan GSTT berulang alik dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu setiap hari sejauh 130 km sehala hanya kerana menghadiri Program Perkhemahan sekolah.


Jadi, saya amat-amat sanjung tinggi guru-guru GSTT berbanding beberapa guru GST yang belum dapat perlantikan sudah mulai tunjuk taring melebihi guru-guru senior.Bukan semua, tetapi ada GST yang diberi tugas buat-buat tdak tahu dan sudah pandai menolak tugas yang diberikan ...Bahkan lebih daripada itu ramai GST sekarang yang tidak tahu ETIKA PERGURUAN tu apa?????
1. TGJWB KPD MURID
2. TGWB KPD IBUBAPA
3. TGJWB KPD MSYKT DN NEGARA
4. TGJWB KPD RAKAN SEJAWAT

itu pun mereka tidak tahu......guru apa..???????

Tanpa Nama berkata...

Sy amat bersyukur sekiranya gstt diserapkan kejawatn tetap.. sy sedar kami gstt hanya memenuhi ruang kekosongan guru yang ada namun sepanjang menjdadi gstt kami telah menunkukkan komitmen y tinggi spt cikgu tetap y len.. persoalannya sekarang salah kah kami diberikan ruang@saluran untuk diserap ke jawatan yg tetap.. pd hemah sy tak kiralah awk gstt, gst, guru lepasan mktab@institut pendidikan, kgsk, dpli,kpli sama2 la kt mendidik ank bangsa supaya mereka cmerlang d dunia n di akhirat..jgn asyik mempertikaikan ape yg sedia ada, kpd cikgu tetap teruskan usaha anda mendidik tnpa jemu n kpada gstt doa2 la supaya kt mendapat tempat di kalangan mereka yg tetap..

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kepada kementerian pelajaran kerana prihatin dengan kami golongan gstt. kementerian akan menyerap gstt secara berperingkat. buatlah apa cara sekalipun asalkan kami gstt dijamin untuk diserap tetap. tetapi saya berharap serap gstt bukan hanya untuk golongan lepasan ijazah sahaja. kerana ramai juga gstt dari golongan lepasan diploma berkhidmat sebagai gstt. dan mereka juga sama2 menunjukkan komitmen yang positif kepada pihak sekolah. saya berharap kementerian utamakan gstt yang mana pengalamannya sudah melebihi 3 thn dan ke atas. sudah dimaklumkan pada masa kini kursus perguruan khas untuk lepasan diploma sudah tidak wujud lagi. yang ada cuma untuk lepasan ijazah sahaja. saya juga turut menyokong usaha kementerian menghargai usaha gstt untuk mendapat tempat ke jawatan tetap. walaupun kami tidak punyai sijil atau latihan berkaitan perguruan dan pendidikan tetapi kami punyai pengalaman dan belajar dari pengalaman . kami mendapat tunjuk ajar dari guru-guru tetap disekolah. mereka sentiasa memberi kami kerjasama dan membantu kami agar p&p dapat kami laksanakan sempurna seperti kami sudah terlatih.