Sabtu, 9 April 2011

Pelajar kes tumbuk cikgu direman 4 hari

2011/04/09

PELAJAR yang didakwa menumbuk guru hingga patah hidung dibawa keluar selepas polis mendapat perintah reman di Mahkamah Majistret Kangar, semalam.
PELAJAR yang didakwa menumbuk guru hingga patah hidung dibawa keluar selepas polis mendapat perintah reman di Mahkamah Majistret Kangar, semalam.
KANGAR: Mahkamah Majistret di sini semalam, mengeluarkan perintah reman empat hari terhadap pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah menengah dekat sini, yang didakwa terbabit dengan kejadian menumbuk seorang guru, Mariati Mat Ail, 37, sehingga patah tulang hidung, kelmarin.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Nursyarida Abd Rahman yang bermula semalam hingga Isnin ini terhadap pelajar berusia 14 tahun itu di dalam kamarnya.

Suspek yang memakai baju lokap tiba di Mahkamah Kangar dengan kenderaan polis kira-kira jam 9.30 pagi.
Dia yang ditahan polis semalam, memakai baju lokap ungu dan bergari kemudian dilihat meninggalkan perkarangan mahkamah kira-kira jam 11 pagi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, mangsa yang juga seorang guru disiplin cedera parah di bahagian hidung akibat ditumbuk seorang murid Tingkatan Dua di Chuping di sini, kelmarin.

Mangsa yang juga guru Sejarah di sekolah berkenaan dipercayai pa-
tah tulang hidung selepas ditumbuk di bahagian muka oleh seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang dikatakan tidak berpuas hati dengan tegurannya sebelum itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, beberapa guru yang melihat kejadian terbabit, bertindak membawa mangsa yang berlumuran darah ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, untuk menerima rawatan lanjut.

Difahamkan ketika kejadian, guru berkenaan sedang bertukar kelas untuk mengajar subjek Sejarah di kelas lain sebelum terserempak dengan suspek, seorang pelajar Tingkatan Dua yang sedang bergaduh di kaki lima bangunan sekolah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros, berkata polis sudah mengambil keterangan daripada saksi dan mangsa.

“Kita sudah ambil beberapa keterangan daripada mangsa dan saksi kejadian hari ini (semalam) dan akan menyiapkan kertas siasatan dalam masa terdekat.

“Jika siasatan selesai, polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya selewat-lewatnya Isnin ini," katanya ketika dihubungi, semalam.

Berita Harian Online: 9 April 2011

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

HUMBAN saja ke kandang buaya. Biar dia dibaham dek buaya. Hidup pun menyushakan negara je...

kamanuk berkata...

Budak begini kena buang sekolah kalau tempat saya sudah buang lo. Tak payah ikut peraturan jika kes sampai tumbuk guru.Bikin apa simpan harimau dalam rumah tempatnya di hutan

lepas ini ibubapa jangan kata anak saya sopan, anak saya baik, hormat orang tua,anak saya tiada kes ..minta maaf cikgu ..

Tiada maaf bagimu...kalau simpan budak sebiadap begini nescaya ianya akan beranak pinak. Jangan sampai ianya membentuk satu kumpulan besar yang akhirnya membebankan sekolah

murid berkata...

Budak begini kalau di Sabah sudah patah tangan

Mama Prihatin berkata...

murid ini x wajar dibuang sekolah, dia hanya perlu dikaunseling sahaja

guru sekarang suka bertindak melampau, saya kesal dengan sikap media yang membesar2kan cerita. kasihan anak muda harapan banga ini

Tanpa Nama berkata...

poorah...anak muda harapan bangsa.

klinik kesihatan berkata...

hah, diberi kaunseling, budak x serik, bukan x setuju diberi kaunseling, tkut klau dibiarkan dia akan kata "tengok, aku tumbuk cikgu pun x kena apa2, kaunseling ajer" maka seronok lah pelajar itu, tpi biar ke pusat pemulihan akhlak ok jgak... sebab kasihan lah budak tu tidak dipatahkan tangannya,,, tindakan guru report polis adalah betul, ikut saluran yang ada.kaunseling bagi yang baru nk nakal ok lah, tpi dh sampai tahap nie, x berapa ok kot...

Tanpa Nama berkata...

Ulasan untuk mama perihatin tu aku berkata"kau beri ulasan tu ada pakai otak tak?"Nak bagi kaunseling dulu konon.Budak haram jadah macam tu bila sampai dah tahap pukul cikgu still nak diberi kaunseling buat geli ulu hati dia jer .Cuba check rekod kaunseling budak tu kat sekolah dia dah berapa jilid buku dah ada nama dia agaknya.Kalau kau tak pernah ambik tahu hal ehwal seorang pendidik janganlah nak belagak kau tahu semua benda.Nak komen orang memangla sedap,cuba kau duduk di tempak guru yang malang tu.aku gerenti tak lama selepas tu kau akan masuk hospital sakit mentalpunya -Luahan dari pemuda harapan bangsa,agama dan negara.