Oleh Zuliaty Zulkiffli
bhnews@bharian.com.my
2011/04/29
Wanita bergelar isteri dicekup bersama kekasihJITRA: Sepasang kekasih masing-masing guru di sekolah rendah berhampiran dicekup anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) atas kesalahan berkhalwat di sebuah rumah sewa di Kampung Telok Malek di sini, malam kelmarin.
Difahamkan pasangan itu sudah menjalin hubungan terlarang sejak tiga tahun lalu walaupun wanita berkenaan masih bergelar isteri orang dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 13 tahun.
Difahamkan, pasangan terbabit pernah mengajar di sekolah sama di Jitra, tetapi masing-masing ditukarkan ke sekolah lain selepas suami wanita itu mendapat tahu mengenai hubungan mereka.
Jurucakap PADKP berkata, pasangan itu dicekup di rumah yang dipercayai disewa lelaki berkenaan dan mereka dikatakan tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu.
“Mengikut maklumat, wanita itu dikatakan merajuk selepas berselisih faham dengan suaminya sebelum meninggalkan rumah dan menyewa rumah di Taman Siswa di sini sejak tiga tahun lalu sebelum mula tinggal bersama kekasihnya beberapa bulan lalu.
“Sepanjang tiga tahun berasingan anak mereka dijaga oleh suami, manakala wanita itu tinggal berseorangan. Sejak beberapa bulan lalu, wanita terbabit mula tinggal serumah bersama kekasihnya hingga menimbulkan syak di kalangan masyarakat setempat,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, guru lelaki itu juga sudah berkahwin dua kali sebelum ini dan mempunyai tiga anak sebelum berpisah.
“Ketika pemeriksaan dibuat, pintu depan rumah berkunci dari dalam dan apabila diketuk berkali-kali seorang lelaki membuka pintu dan memberitahu dia menyewa seorang diri.
“Pemeriksaan lanjut kami menemui guru wanita itu berseluar pendek menyorok di belakang cermin yang dijadikan pintu ke bilik rahsia mereka,” katanya.
Berita Harian Online: 29 April 2011
5 ulasan:
guru yang bukan guru, harap murid-murid tidak menjadikan guru begini sebagai contoh..tercemarnya kemuliaan status guru kerana ikutkan nafsu..
ADUH......malu. Itulah taraf cikgu kan. Semua org tahu, guru memang buat kerja baik dan mulia. Sbb tu kalau cikgu buat salah, kecoh media.
Tapi, kalau pegawai kerajaan lain buat kesalahan yg sama, org tak kisah pun.
Itulah bezanya cikgu dgn penajwat awam yg lain.
kemuliaan seorang guru dipandang tinggi hingga ke mati, tapi bila berlaku perkara sebegini terhadap guru maka dia tidak layak untuk dipanggil sebagai guru (jika kes khalwat ini benar berlaku)
Hairan mengapa sang suami tidak menceraikan isterinya walaupun tidak tinggal serumah sejak 3 tahun yang lalu?
Sedih...kemuliaan martabat profesion keguruan dicemari oleh guru sendiri..
Catat Ulasan