Sabtu, 31 Disember 2011

Kaji semula tempoh cuti persekolahan

2011/12/31

CUTI sekolah memang menyeronokkan tetapi kepada golongan yang kurang mampu agak membebankan. Saya rasa cuti akhir tahun sejak beberapa tahun ini agak terlalu lama berbanding sebelumnya. Cuti untuk 2012 akan bermula 10 November 2012 dan berakhir 31 Disember 2012. Ini bermakna cuti lebih dari 1 1/2 bulan.

Saya lebih suka kalau anak saya pergi ke sekolah setiap hari bukan saja belajar tetapi dapatlah mereka bertemu dengan rakan serta guru.
Selain cuti akhir tahun terdapat juga cuti penggal iaitu setiap tiga bulan. Juga akan ada cuti selama 1 hingga2 minggu termasuk cuti peristiwa atau perayaan.
Cuti perayaan biasanya pihak sekolah akan dipanjangkan dan akan diganti pada Sabtu dan biasanya sekolah ganti pada Sabtu hanya diisi dengan aktiviti padang atau persembahan di dewan saja.

Bagi ibu bapa yang mampu cuti yang panjang ini akan diisi dengan makan angin, tetapi bagi yang tidak mampu anak-anak terpaksa duduk di rumah dan menonton televisyen atau bermain video. Lagipun zaman sekarang ini sudah jarang sangat orang menghantar anak balik ke kampung sebab anak-anak akan bosan duduk di kampung kerana tiada kemudahan seperti di bandar. Oleh kerana ibu bapa terpaksa bekerja anak-anak pula ditinggalkan bersendirian di rumah. Apa yang saya nampak, kebanyakan cuti sekolah ini adalah medan untuk anak-anak melepak, merayau dan berpeleseran di kawasan kedai, taman dan kafe internet (bagi yang tiada kemudahan internet di rumah). Ini akan menggalakkan gejala sosial dalam kalangan kanak-kanak kerana ibu bapa tidak akan dapat memantau anak mereka setiap masa kerana bekerja.

Saya berharap sangat sekiranya pihak kementerian pelajaran dapat meneliti serta membuat kajian mengenai tempoh cuti persekolahan yang terlalu banyak setiap tahun dan sangat lama itu.

UTAMAKAN PELAJARAN, Kuala Lumpur.

Berita Harian Online: 31 Disember 2011

10 ulasan:

Guru Borneo berkata...

cuti lama susah, cuti pendek pun susah..aiyoyo..sebenarnya penulis ini malas hendak jaga anaknya masa cuti sekolah.

Tanpa Nama berkata...

anak kecil kena cari pengasuh, bila anak dah besar pun nak suruh orang mengasuh lagi... jangan buat anak lah kalau anak-anak bercuti pun menjadi masalah.

Bapa prihatin berkata...

Apa masalah cuti panjang hujung tahun. Memang layak sebab pelajar SPM dan STPM baru selesai peperiksaan. Apa pula membebankan??? Sepetutnya bagi ibubapa yang kurang mampu inilah masanya mereka jimat wang kerana tidak bayar kereta sewa, belanja anak ke sekolah malah masa cuti inilah anak-anak bersama keluarga. Sebenarnya masa cuti panjang ini boleh dimenafaatkan oleh anak-anak membantu ibubapa mereka. Masa cuti inilah juga ibubapa dapatt bantu anak-anak bagaimana mengurus rumah, bertanggungjawab terhadap keluarga dan sebagainya.

Ibubapa yang tidak bertanggungjawab dan tidak mahu anak-anak mengerti,belajar, melatih anak-anak kerja rumah sahaja yang mengatakan masa cuti membebankan. Otak bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya, dia nak pergi kerja. habis, tak da org nak jaga anak dia. Nak suruh cikgu la jaga anak-anak dia. banyak punya cantik.
Ajarlah anak-anak anda membantu ibu bapa seamsa cuti ni....

aku pemerhati berkata...

Guru mesti bangkit...UPSI 'starting point'

http://batuditepijalan.blogspot.com/

syor ibubapa bodo berkata...

kalau penulis tak ingin jaga anak dan bebankan guru untuk jaga anak kamu. saya syorkan tak payah main, selesai masalah.

Tanpa Nama berkata...

Perangai ibubapa sekarang ni memang nak lepaskan beban mereka kepada guru sahaja...kalau cuti tu cutilah...Cikgu pun nak bercuti juga...Bosan juga menghadapi muka murid2 setiap hari..kalau yang bagus tu tak pe juga tapi ada yang tak makan saman ...Tambahan pula ada segelintir mak bapak dia orang jenis yang tak menghormati guru...sombong...

ibubapa prihatin berkata...

Inilah contoh ibubapa yang tidak mengerti tanggungjawab mendidik anak yang sebenarnya. Dia ingat pembelajaran hanya berlaku di sekolah sahaja. Dia tidak tahu bahawa anak-anak selain drp belajar mata pelajaran di sekolah, mereka juga kena diajar tentang kehidupan keluarga. Apalah guna asyik-asyik belajar teori sahaja sedangkan praktikalnya tiada.

Sepatutnya masa cuti inilah patut ibubapa gunakan mendidika nak-anak mereka bagaimana menjalani kehidupan keluarga. mengasah tanggungjawab anak-anak sebagai pemimpin dalam keluarga.

Ini asyik-asyik sekolah sahaja.
Saya rasa ibubapa jenis ini adalah ibubapa yang kurang bertanggungjawab, suka melepasakan tanggungjawab kepada orang lain...


Ibubapa bodoh!!!!
Pandai bikin anak tidak pandai mendidik

Itu siok sahajakah ..mau jaga????

Tanpa Nama berkata...

jenis malas jaga anak. sebulan lebih jg anak tak sampai 10 pun bising. cikgu jaga sekelas hari2 tolak weekend nak bercuti skit pun bising. dasar mak bapak pemalas dan busuk hati.

TIARA TOURS berkata...

Salam
Melawat ke Medan dan Tasik Toba , sila booking di official agency. Booking in illegal there is a punishment USD 100 in Airport.
Boleh dicuba layanan dari TIARA TOURS, harga sangat murah dan services best. Kami sangat berpengalaman mengurus lawatan lawatan ke Medan, Jakarta, Bandung, Bali dan tempat – tempat menarik lain di Indonesia. Sila contact celular / wa + 62 853 5898 2828 atau hantar email ke : tiaratoursindonesia@gmail.com
Sila click http//www.tiaraasia.com

TIARA TOURS
Jalan Panglima Denai No. 76
Medan. North Sumatera.Indonesia
Tel : + 62 61 - 7 333 845
Fax : + 6261 - 7 333 845
Call Center : +62 81 383 53 50 91
Mobile / WA : +62 853 5898 2828
EMAIL : rajaparhobas@yahoo.com
EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
EMAIL : infotiaratours@gmail.com
EMAIL : tiaratours888@gmail.com
SKYPE : VICTOR12126
Facebook : TIARATOURS
Website : www.tiaraasia.com