KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk surat di ruangan ini bertarikh 23 November 2011 bertajuk ‘Sistem pemarkahan UPSR mesti mesra pelajar’ dan 24 November 2011 dengan tajuk ‘Sokong kaji semula sistem pemarkahan’.
KPM menghargai pandangan Pensyarah Kanan, Alor Setar, Amin Ali dan Ibu Kecewa, Malaysia, yang disiarkan berkenaan pemarkahan kertas bahasa Melayu Penulisan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Lembaga Peperiksaan ingin menjelaskan tatacara pemeriksaan skrip calon dimaklumkan dengan jelas kepada semua pemeriksa dan maklumat berkaitan dimasukkan dalam buku Peraturan Pemarkahan.
Berdasarkan garis panduan itu, jelas penilaian terhadap hasil kerja calon adalah adil dan terbuka berpandukan objektif mata pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah dan selari dengan kandungan kurikulum.
Justeru, Lembaga Peperiksaan ingin menegaskan semua skrip jawapan calon UPSR sudah dinilai secara adil.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Berita Harian Online: 7 Disember 2011
3 ulasan:
KPD LPM....
1) Skema pemarkahna hendaklah kosisten setiap tahun. jgn berubah-ubah.
2) Semua guru yg menjagar hendaklah didedahkan dgn skema ini.
Ada info memberitahu sistem keyin seperti saps...kadangkala setelah markah di 'keyin' dan di cetak, ianya tidak sama seperti dalam eviden...
Buktinya...murid yang tidak pernah pun lulus penulisan boleh mendapat A semasa UPSR...ini agak diragui...
Mohon LPM siasat khabar angin jawapan kertas objektif BI UPSR telah diedarkan melalui SMS sehari sebelum kepada pelajar2 di Terengganu.
LPM boleh menyemak log penggunaan SMS melalui Celcom, Digi, Maxis dsb.
Jika benar, NO wonder Terengganu sentiasa cemerlang...
Catat Ulasan