Jumaat, 3 Ogos 2012

Sekolah cuti awal Aidilfitri

Kementerian Pelajaran menetapkan Jumaat 17 Ogos depan sebagai cuti berganti sempena Aidilfitri untuk sekolah di negeri yang cuti hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad. Pihak sekolah dicadangkan menggantikan cuti berkenaan pada Sabtu 22 September.

Kementerian tidak bercadang membenarkan cuti berganti pada 15 dan 16 Ogos seperti didesak beberapa pihak.
Surat siaran mengenainya yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Sufa‘at Tumin, sudah dihantar kepada semua Jabatan Pelajaran negeri kelmarin untuk tindakan lanjut.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, pula berkata cuti pada Jumaat itu untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai pulang ke kampung menyambut Aidilfitri yang dijangka pada Ahad 19 Ogos.

Bercakap kepada BH semalam, beliau bagaimanapun berkata, kementerian tidak bercadang membenarkan cuti berganti pada 15 dan 16 Ogos seperti didesak beberapa pihak.

Beliau diminta mengulas cadangan orang ramai supaya sekolah diberikan cuti awal bagi memudahkan murid pulang kampung untuk berhari raya bersama keluarga. Mereka mengemukakan cadangan itu menerusi panggilan telefon dan laman Facebook BH.
NUTP anggap keputusan tepat

Dalam surat siaran Bilangan 25/2012 itu, kementerian tidak menyelaras cuti berganti Aidilfitri kerana perayaan diraikan dalam cuti pertengahan penggal kedua. Ini bermakna cuti ganti hanya untuk sekolah di negeri Kumpulan B, iaitu hujung minggu Sabtu dan Ahad.

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Hashim Adnan berkata kementerian membuat keputusan tepat memberi cuti ganti pada 17 Ogos.

Katanya, ini memudahkan orang ramai merancang program balik kampung tanpa perlu meredah kesesakan lalu lintas yang teruk berbanding menjelang perayaan.

Beliau berkata, ada keluarga sanggup memulakan perjalanan pada jam 11 malam walaupun ia tidak sesuai kerana penat dan mengantuk yang mendedahkan mereka kepada kemalangan jalan raya.

Berita Harian: 3 Ogos 2012:

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KPM sdh membenarkan sekolah ambil cuti tambahan berganti pada 17 ogos tp ada juga sekolah yang menolak dan meneruskan persekolahan seperti biasa kononnya peperiksaan sdh dekat ..

Nampaknya pengetua lebih besar daripada Ketua Pengarah Pelajaran ..

Kesannya kepada guru-guru yang mau buat persediaan yang masih di Sabah ..

ksianlah ..guru2 ini

Pengetua ini tidak tahulah apa punya kepala

Yusratech berkata...

Dapatkan buku Pengurusan Fail KSSR/PBS yang dihasilkan oleh Cikgu Mohd.Mazlan bin Harun Jurulatih Kebangsaan Lembaga Peperiksaan Malaysia..Buku ini amat penting untuk semua para guru bagi memastikan kelancaran dalam menguruskan fail2 KSSR termasuk fail2 yg amat perlu dan sering diminta oleh pemantau.Sila Join kami Facebook/Kssr JU Dunia Muzik Tahun 3 2012 untuk maklumat lanjut.

http://www.facebook.com/groups/260958007350421/

guru lama berkata...

cikgu Yusatech, kita cerita pasal cuti berganti rayalah bukan pasal fail KSSR/PBS..lah

Tanpa Nama berkata...

Salah"Line" nampaknya dia