SETIAP tahun sempena Hari Guru, guru akan menyambutnya untuk semua peringkat bermula dari sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Hari Guru sama-sama diraikan oleh semua peringkat guru dan pelajar tentunya akan memberikan hadiah kepada guru yang memberi jasa kepada mereka.
Tidak ketinggalan juga ibu bapa yang sama-sama meraikan Hari Guru. Namun malangnya, setiap tahun guru akan diberi surat memaklumkan mengenai majlis sambutan hari guru yang biasanya akan disambut dengan penuh meriah.
Bagi saya yang mengajar, Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Cameron Highlands meminta guru membayar sebanyak RM20 setiap orang bagi tujuan menyambut Hari Guru di hotel mewah. Adalah lebih baik sambutan secara ala kadar dan tidak semestinya membuat sambutan hari guru di sebuah hotel mewah.
Saya amat berharap Jabatan Pelajaran Pahang dan kementerian memantau PPD Cameron Highlands mengutip duit dan bukannya sumbangan (mewajibkan guru membayar) sudah lama berlaku dan perkara ini tidak harus dibiarkan.
GURU WAWASAN
Cameron Highlands, Pahang
Berita Harian Online: 22 Mei 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan