Isnin, 21 Februari 2011

Contohi kejayaan SK Ulu Lubai


Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan watikah pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort Dua kepada Guru Besar SK Ulu Lubai, Jaul Bunyau (kanan) di Limbang, Sarawak, baru-baru ini.


Ketika pengumuman 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kohort pertama dahulu, ada sesetengah pihak yang skeptikal bahawa hanya sekolah yang mempunyai infrastruktur canggih, terletak di bandar dan mempunyai reputasi besar sahaja layak untuk status tersebut.

Persepsi negatif itu kini terbukti tidak tepat apabila Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai yang terletak di pedalaman Limbang, Sarawak diiktiraf sebagai salah satu daripada 23 SBT kohort kedua yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Februari lalu.

Pemilihan SK Ulu Lubai membuktikan bahawa kemudahan infrastruktur dan lokasi memang memberi satu kelebihan tetapi bukan jaminan untuk mencapai kecemerlangan apatah lagi menerima status SBT.

Faktor utama ialah kecekapan pihak pentadbiran sesebuah sekolah dalam mengurus sumber manusia dan aset lain yang ada dengan berkesan. Bukan menjadikan sebarang kekurangan sebagai alasan untuk menutup kelemahan diri dalam melonjakkan prestasi sekolah.

Buktinya, tidak semua sekolah berasrama penuh (SBP) berstatus SBT. Banyak lagi SBP yang belum layak dinobat SBT walaupun infrastrukturnya serba lengkap dan pelajarnya adalah yang terbaik. Kepada pentadbir SBP yang belum tersenarai dalam 43 SBT sedia ada, peluang masih terbuka luas. Buat kajian dan belajar dengan yang terbilang.

Jadikan pencapaian SK Ulu Lubai sebagai pembakar semangat dan penanda aras. Contohi amalan terbaik sekolah tersebut untuk dilaksanakan di sekolah masing-masing.

Tambahan pula, amalan terbaik SK Ulu Lubai diiktiraf dunia melalui dua anugerah peringkat antarabangsa iaitu johan Commonwealth Education Good Practice Award 2009 dan finalis anugerah yang sama daripada Sekretariat Komanwel serta Kerajaan Malaysia.

Hasil amalan terbaik ini, pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) SK Ulu Lubai amat cemerlang iaitu lulus 100 peratus sejak 2006 hingga kini, menjadikannya sekolah terbaik di Sarawak. Pada tahun lalu, sekolah ini menduduki tempat pertama dalam penarafan sekolah kebangsaan, melonjak dari tempat ke-54 pada tahun 2009.

Hakikatnya, jika kepimpinan sekolah cemerlang dan guru-gurunya komited maka kejayaan pasti berada dalam genggaman seperti yang dibuktikan oleh SK Ulu Lubai. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Oleh itu, pentadbir sekolah kategori luar bandar dan pedalaman, mulakan gerak kerja untuk bersaing dan mencipta sejarah gemilang. Sesungguhnya keupayaan menjadi pemenang dalam keadaaan yang terbatas dengan banyak kekangan adalah lebih manis berbanding kejayaan yang dicapai oleh sekolah yang lengkap serba-serbi.

Apa pun bersaing biarlah secara sihat. Kekosongan untuk SBT juga masih banyak. Ada 57 slot untuk diisi bagi mencapai sasaran 100 SBT pada 2012 selaras dengan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran.

Utusan Malaysia Online: 21 Februari 2011

19 ulasan:

Guru Biasa berkata...

Lokasi tgh hutan... apa nak buat. Hari-hari pergi sekolah je lah. tak payah terlibat dgn pelbagai prograk/aktiviti spt murid di kawasan bandar.

Saya juga harap semua sekolah ikut saja aktiviti/program sekolah ini. Pedulikan aktiviti lain.

Guru Limbang berkata...

Salam,
Salah anggapan saudara, mereka pun mengikuti aktiviti luar di kawasan bandar.
Kalau saudara tidak percaya, tunggu 5 Mac 2011, pukul 9.00 malam, tonton rancangan Majalah 3. TV3 ada buat dokumentari khas megenai SK Ulu Lubai.
Saya tak masukla, tapi kawan saya ada masuk ditemuramah.
Wassalam.

dusunsabah berkata...

Tahniah SK Ulu Lubai. Saya sangat teruja dengan pencapaian sekolah ini dalam pelbagai program akdemik dan kokurikulum. Tetapi satu perkara yang sangat menarik hati saya ialah semua warga sekolah disini bertutur dalam bahasa inggeris.

Saya tidak hairan kalau sekolah ini terbaik. Bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan antarabangsa.

Siapa suruh tidak bercakap dalam bahasa inggeris..

Tanpa Nama berkata...

Berdasarkan pengalaman saya,,, yg disiarkan kat TV tu, sebahagian besarnya lakonan dan skrip telah disusun.
Apa pun Tahniahlah sekolah tu....

Tanpa Nama berkata...

Cikgu MOKHTAR yg kata TUGAS GURU TAK TERBEBAN tu kat sekolah ni ka?

Guru Limbang berkata...

Kalau bab bersampan ke sekolah dalam tempoh 3,4 jam lepas tu kena meraduk sungai yang airnya surut dan mengelak kayu balak yang hanyut dalam tempoh 2 jam meraduk itu adakah ia lakonan semata-mata.

dusunsabah berkata...

biasalah orang memperli dan irihati. tak senang kalau melihat sekolah di kawasan ulu maju. Mereka tau kalau di bandar itu semuanya ada, semuanya boleh dapat, sekolah-sekolahnya konkrit, ibubapanya berada.Tapi, satu hal yang mereka tidak ada ialah SIKAP KEKITAAN.Saya bangga kalau saya berada di kawasan ulu tapi tahap keilmuannya tinggi.

Sedang pelancong luar datang ke Malaysia dan memuji-muji keindahan tanah pusaka kita sebaliknya orang -orang tertentu Malaysia memperli dan menghina keadaan sendiri.

inilah manusia yang digelar sekolah tinggi tapi ilmu cetek. Mungkin masa di universiti asyik menceduk karya orang sahaja atau tesis pun gaji orang buat.
Ha..ha..ha....klau macam tu sama juga dengan lulusan SPM. Yang lebih parah lagi bangga dengan keadaan dibandar tapi tak reti cakap bahasa inggeris.... ceh ..monyet bandar le..

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dgn pendapat saudara. Memang pemikiran saudara pemikiran org pendalaman. CIkgu mokhtar ada kat sana ka?

Tanpa Nama berkata...

biarlah apa orang nak kata...tp SK Ulu Lubai buktikan yg mereka serius utk hasilkan produk berkualiti utk negara pada masa hadapan..jgn hanya pandai mengkritik tp pada hakikatnya kosong..x kira sekolah bandar atau luar bandar, yg penting adalah produk yg dihasilkan...buktinya, SK ulu lubai melonjak ke tangga 1 sekolah di malaysia bagi tahun lepas daripada tangga 54 pada tahun sebelumnya...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah sk ulu lubai. Pedulikan orang yg berfikiran negatif dan iri hati. guru yg tidak bernilai murni. Syabasy. kepetahan murid2 dan air muka mereka dari majalh 3 yg baru saya tonton bukan lakonan yg direka tetapi hakikatnya mereka penuh keyakinan. Tahniah sekali lagi.

luarbandar semenanjung berkata...

guru yang iri hati. Takkanlah deretan piala yang tersusun hasil anugerah kpm dan antarabangsa serta persekitaran yg sungguh teruja melihatnya itu lakonan. pokok dan taman tu bukan org tv3 buat macam main silap mata. Tapi usaha cikgunya memang. Dia tk atur skrip. keputusan koakedemiknya dan sukannya bukan semua johan. itu real apa.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada SK Ulu Lubai...

Sesungguhnya sekolah anda amat bertuah,antara yang terpilih di kalangan ratusan sekolah pedalaman seluruh sarawak ini...dimana,agaknya banyak lagi sekolah pedalaman lain yang lebih mencabar lagi...
Cuba kita lihat sekolah pedalaman yang ada bilangan muridnya ramai,lebih dari 150 org,dan ada kemudahan asrama..saya rasa banyak lagi sekolah pedalaman yang layak mendapat anugerah ini,kenapa terhad kepada satu sekolah pedalaman sahaja,

apa2 pun...tahniah kepada warga SK Ulu Lubai..kepada guru yang baru berkhidmat di sana...disarankan anda berkhidmatlah paling lama 3 tahun untuk menunjukkan anda benar-benar dedikasi dalam mendidik anak bangsa kami...sekian..terima kasih.

HJH ROSE berkata...

Tahniah buat Guru Besar,staf guru dan bukan guru SKUL juga komuniti..anda semua memang hebat dan layak menerima anugerah.Bilangan murid yang kecil adalah antara penyumbang kejayaan ini.Faktor guru besarnyalah tunjang kejayaan ini..Syabas!

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya di mana-mana sekolah pun sama juga samaada sekolah kecil atau besar. Yang penting keikhlasan, pengorbanan dan kesabaran perlu ada bagi setiap guru. Tanpa pengorbanan samaada dr segi tenaga, masa dan wang ringgit, SK Ulu Lubai tidak akan berjaya seperti sekarang.

Mursidi Ahmad Nizam berkata...

Salam pendidik dan buat semua warga sk ulu ubai,
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada sekolah sk ulu ubai di atas kejayaan yang sangat gemilang dan membanggakan tersebut. Ketekunan dan hubungan kerjasama serta persefahaman yang sangat erat di antara warga sekolah dan ibubapa merupakan kunci kejayaan kepada sesebuah sekolah. Sebagai seorang bakal guru , saya amat berharap untuk menabur bakti di sk ulu ubai jika diberikam peluang, tetapi iltizam dan semangat yang mendalam dalam bidang perguruan tidak sama sekali mematahkan semangat saya serta semua bakal pendidik untuk menabur bakti daan khidmat jasa di sekolah luar bandar terutama buat sekolah pedalaman Sarwaak Bumi Kenyalang yang sangat saya cintai ini. Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua guru, ibubapa serta anak murid SK Ulu Ubai. Teruskan kecemerlangan tersebut sampai bila-bila.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum dan salam perpaduan..

Kami warga pendidik SK Ulu Lubai ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas komen-komen yang telah diberikan. Pihak kami menerima apa sahaja kritikan yang boleh membantu meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah kami.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah SKUL...walaupun lokasi nun jauh di pedalaman tetapi pencapaian cemerlang mengatasi sekolah bandar yg serba lengkap dgn pelbagai kemudahan...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah SKUL!

Pedulikan mereka2 yang x habis2 iri hati tu.. Pelik betul dorang ni.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah