Khamis, 10 Februari 2011

Guru Tua sanggah Mokhtar Sabah

SAYA ingin memberi reaksi berdasarkan tulisan Mokhtar Sabah dalam Utusan Malaysia bertarikh 8 Februari 2011. Saya ingin memberi pendapat berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pendidikan. Saya rasa ramai guru yang terkejut dengan tulisannya. Di sini ingin saya menyangkal beberapa pandangannya.

Siapa guru yang diberi tanggungjawab mengajar enam waktu seminggu? Hanya Guru Besar yang diwajibkan mengajar enam waktu seminggu kerana beban tanggungjawab yang digalas. Guru mana yang purata mengajar 16 waktu seminggu? Rata-rata guru biasa di sekolah saya mengajar 32 waktu seminggu dengan beban tugas lain. Itu belum ganti guru bersalin yang tiada pengganti.

Contohnya Cikgu A.

- Masa mengajar 32 waktu x 30 minit seminggu.

- Guru Kelas

- Guru Data SDM

- Guru Disiplin

- Pengerusi Teknik Zon

- Guru Bertugas Mingguan

- Setiausaha Kelab Guru

- Penolong Ketua Rumah Sukan

(Banyak lagi tugas yang perlu diselesaikan seperti mengisi Data Sistem Maklumat Murid (SMM) yang berubah-ubah setiap tahun, majlis persaraan, Hari Kantin, Hari Sukan dan lain-lain.)

Kami tersinggung dengan kenyataan Cikgu Mokhtar yang menyatakan guru mengajar lapan jam seminggu bersamaan dengan satu hari bekerja penjawat awam yang lain.

Wahai, Mokhtar Sabah, keluarlah dari bawah tempurung. Tugas guru bukan hanya mengajar di dalam kelas, tetapi mendidik murid dari lepas subuh sampai sebelum maghrib. Malahan ada guru yang ikhlas menabur bakti hingga 10 malam. Di padang waktu petang, kalau bukan guru, siapa agaknya?

Mokhtar Sabah menyatakan seorang guru diberi satu tugas khas dan satu tugas kokurikulum. Lihatlah contoh Cikgu A di atas. Hanya guru bermasalah yang memegang jawatan minimum. Kalau cikgu tersebut seorang yang bagus, maka makin banyak beban kerja terletak di bahunya.

Kami tidak pernah mengeluh tentang tugas hakiki menanda buku kerja pelajar, kertas ujian dan menyediakan soalan. Kami tahu tanggungjawab kami. Cuma yang kami bincangkan kerja-kerja lain yang membebankan seperti mengisi data yang sepatutnya bukan kerja kami.

Agaknya Mokhtar Sabah tidak pernah bertugas seminggu selepas cuti dan seminggu sebelum naik sekolah semasa cuti sekolah hujung tahun. Cuti kami diambil, tapi kami akur dengan arahan tersebut.

Wahai Mokhtar Sabah, kalau murid sekolah cikgu tak ramai, bolehlah cakap besar. Cubalah mengajar di sekolah yang muridnya lebih 2,000 orang. Agaknya Cikgu Mokhtar datang sekolah bila jam berbunyi 7.20 pagi dan balik 12.50 tengah hari. Cikgu Mokhtar tak bertugas untuk mengawal disiplin murid awal pagi, waktu rehat dan waktu balik? Ingat ya, tugas guru bukan mengajar di kelas sahaja!

Hanya guru yang memahami masalah yang dihadapi oleh guru. Mokhtar Sabah, marilah datang ke Semenanjung, tukar angin untuk merasai apa yang kami rasa. Jangan dijolok sarang tebuan! Walaupun kami terbeban dengan tugas yang banyak, kami laksanakan dengan jayanya. Kami berjaya mengawal emosi dan tak perlu jumpa doktor sakit jiwa!

GURU TUA

Johor Bahru, Johor


Utusan Malaysia Online: 10 Februari 2011

6 ulasan:

Orang Sabah bah bi bu berkata...

orang Sabah memang poyo...Kesatuan guru Sabah..tiap kali meeting hanya tahu nak hentam Semenanjung....

kalau rasa Sabah tu bagus sangat..kenapa prestasi pelajaran paling teruk adalah negeri Sabah sejak 30 tahun lalu....

malah 10 sekolah tercorot seluruh Malaysia terletak dalam negeri Sabah !!!!....

memang diorang ni katak bawah tempurung...ada yg tak pernah keluar dari Sabah..tapi cakap mcm tahu belaka.....geram tul

Tanpa Nama berkata...

SABAR!SABAR!SABAR! Saya dgn ini mengesahkan bahawa guru hari terbeban dgn pelbagai tugas yang semuanya penting. Kalau 20 thn dulu, mengajar shj yg penting(TUGAS HAKIKI), zaman skrg ni semuanya penting.

Kesimpulannya, KPM perlu menambah norma perjawatan guru drp 1.5/1.7 kepada 2.0. KALAU TAK MAMPU SANGAT, Tambah PT utk uruskan aset, spbt, perpustakaan, stor dll.

Tak payah bazirkan wang utk diberi kpd GB, guru-guru Sekolah Berprestasi Tinggi. Berilah anugerah lain.

Tanpa Nama berkata...

Jangan cakap begitu kawan (Orang Sabah bah bi bu berkata...)Bukan semua orang Sabah poyo. Saya orang semenanjung, dah sepuluh tahun berkhidmat di Sabah. Guru-guru Sabah yang saya kenal tak poyo pun. Guru semenanjung ada la 2-3 kerat yang poyo sebab sibuk dok isi borang minta balik semenanjung walaupun belum layak balik. Dah tu dok layan perasaan teringat kat kampung. Memang saya tidak setuju dengan Mokhtar Sabah tu. Mungkin mengajar di SKM (sekolah kurang murid) kot. Ataupun beliaulah guru yang paling berkira/kedekut (tenaga, wang ringgit + tidak berhati perut(tidak peduli pasal pelajar miskin dsbnya)). Saya nak juga jumpa Mokhtar Sabah ni. Bukannya jauh sangat keningau dengan Beaufort ni. Saya nak bawa dia pergi ke sekolah yang duduk nun jauh dalam hutan sana sebelah Pitas, Kalabakan dan banyak lagi. Nak tunjuk kat dia apa erti beban kerja guru yang sebenarnya. Mungkin dia ni terus posting di Pekan Keningau kot! Kemudian di sekolah yang kebanyakan pelajarnya anak-anak orang berada (di Keningau memang ada sekolah yang begitu, HP pelajar Sekolah rendahnya mengalahkan hp guru)

Tanpa Nama berkata...

ini kes menghina sudah ni. apahal sebut2 negeri!!kalu guru tua dtg sabah, memang dah kena kerat ni...AWAS!..jgn sebut2 hal2 kenegerian...bahaya!!

byk keja ke, tak byk keja ke, byk jawatan ke, sama je. MAKAN GAJI JUGA!!

so, keep in touch!! buat keja tak pyh nak sebut2 negeri.

kamanuk berkata...

Siapa yang cakap orang "SABAH POYO". Ini kenyataan yang melampau tidak bertanggungjawab dan biadap.

Andai penulis yang bergelar "Orang Sabah bah bi bu " seorang cikgu tunjukkan apa kelebihan anda.

Saya orang Sabah bergaul dengan teman-teman Guru Semenanjung walau pun ada segelintir mereka yang boleh digelar sebagai guru yang hanya berada dikelas tapi saya tidak pernah merunggut kerana menyedari bahawa setiap manusia ada tahap kemampuan sendiri apa lagi memanggil orang Semenanjung Poyo. itu jauh sekali...

saya mohon kepada penulis bidap di atas supaya menarik balik kenyataan "ORANG SABAH POYO"

Saya boleh buat laporan polis dan mendapatkan khidmat di Cyer Security kalau saya mahu untuk mendapatkan maklumat penulis diatas

Tanpa Nama berkata...

Saya tertarik dengan ulasan "orang sabah bah bi bu". Cakap biar beralas sedikit. jangan ikut sedap tangan taip. sekolah tercorot.. katak bawah tempurung.. kalau mokhtar sabah bagi pandangannya, jangan lah pula awak nak libatkan negeri pulak. ini hanya individu. awak fokus lah pada individu tersebut. memang kepala hotak kau ni biul. bangang.." ni marah dah ni". Ko datang lah di Sabah. Klo ko cikgu, hebat sanagat ko cuba mengajar di pedalaman yang tiada kemudahan. baru ko kau yang ko tu yang di bawah tempurung. aku rasa dalam tagki..