Ahad, 17 April 2011

Cikgu Maarof ditukar

Oleh HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my

BATU PAHAT 16 April - Maarof Abd. Mutalib (gambar), suami kepada calon Pas dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, 30 Januari lalu diarahkan bertukar ke sekolah lain selepas didapati menyalahgunakan cuti sakit untuk berkempen bagi pihak isterinya.

Maarof yang dilihat membantu isterinya, Normala Sudirman berkempen pada pilihan raya kecil itu dengan mengambil cuti sakit selama 21 hari, diarahkan bertukar berkuat kuasa 1 April lalu ke sebuah sekolah menengah di daerah lain di negeri ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Maarof turut melakukan satu lagi kesalahan serius iaitu mengingkari peraturan yang tidak membenarkan seorang guru terlibat dalam kempen pilihan raya.

"Sebagai seorang guru beliau tidak sepatutnya terlibat dalam kempen pilihan raya. Jadi dua kesalahan besar.

"Apa yang saya difahamkan, kita sudah ambil tindakan dengan menukarkan beliau ke tempat lain, keterangan lanjut kena tanya Pengarah Pelajaran Negeri," katanya selepas Majlis Juara Rakyat di Taman Sri Penggaram, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri, Markom Giran ketika dihubungi mengesahkan arahan pertukaran Maarof itu.

Pada pilihan raya kecil itu, Normala tewas kepada calon Barisan Nasional, Mohd. Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi.

Utusan Malaysia Online: 17 April 2011

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

NASIB Cikgulah....kalau cikgu sebelah sana, ceramah pun tak pa, kempen pun tak pa.

Bersabar je lah....mungkin ada hikmahnya.

Tanpa Nama berkata...

Guru mendapat MC dpd Peg Perubatan Hospital Kerajaan selama 21 hari. Diagnosis Penyakit? Adakah ianya Kemurungan?
Guru berkenaan sepatutnya berehat kerana MC diberi bagi tujuan untuk merehatkan pergerakan dan merehatkan sementara perkhidmatan kepada Pelanggan (tempat kita bertugas).
Adakah guru ini telah menipu Pegawai Perubatan di Hospital Kerajaan?
Atau adakah guru ini mendapat 'perhatian khas' sehingga diberi MC 21 hari (emolumen free untuk 21 hari tanpa bekerja sebagai Penjawat Awam).

Saya yakin guru ini tidak menipu pegawai perubatan berkenaan.

Mengapa beliau ponteng dpd 'berehat' dirumah dan mengikuti isterinya berkempen?
saya agak beliau cuma sbg 'bodyguard' atau 'muhrim' kepada isterinya yg bergerak ke sana kemari.

Walau apapun isu pertukaran adalah isu biasa bagi Penjawat Awam dan tak perlu disensasikan.

- bapa prihatin, jelawat, bachok

Cikgu Hamidah Zakaria berkata...

kami seluruh guru amat menyokong penuh tindakan dikenakan terhadap mereka yang menentang BN. Ini kerana mereka tergamak melupakan jasa Umno memerdekakan negara.

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Hamidah perlu lebih banyak belajar sejarah.

Tanpa Nama berkata...

Kpd PAKATAN RAKYAT sekiranya memerintah... JGN ambil tindakan menghukum guru yg tidak menyokong PR dgn syarat mereka tidak mengabaikan P&P di kelas.

Tanpa Nama berkata...

cikgu sekolah saya suka tangguh/tinggal kerja. X periksa buku, tak periksa kertas ujian murid (kasi markah je), buku rekod murid asyik 'hilang' & cikgu tahun berikut yang kena buat buku rekod baru...jadual kedatangan suka tinggal2 dua tiga hari pastu tipu2 isikan - budak yang selalu ponteng pun ditanda hadir, tinggal kelas sekejap jalan ke kantin minum2... Last2 bila kena sound, tak datang sekolah, dan suami datang bawak MC 21 hari dari unit psikiatrik kononnya kemurungan. Dengar cerita, kalau dengar nama sekolah pun dah tak boleh - nanti stress. Bukan stop takat tu ja, lepas habis MC tu, suami datang hantar MC sambungan lagi.... Kitaorang semua asyik relief kelas dia dari bulan Jun sampai lah habis tahun...

Tanpa Nama berkata...

CIKGU TU TAK KENA APA-APA TINDAKAN KA?

KESIAN KAT CIKGU MAAROF, MENEMANI ISTERI PUN KENA.

KPD CIKGU MAAROF, KALAU TAK NAK KENA TINDAKAN, KENALAH TUKAR CHANEL..MASUK SBELAH SINI. KAT SINI BUAT APA PUN TAK PA...

Kamariah Youb berkata...

sokong penuh dan wajar