Selasa, 5 April 2011

Guru lambat terima tuntutan perjalanan

2011/04/05

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendedahkan ada Jabatan Pelajaran Negeri belum membayar tuntutan perjalanan pegawai pendidik walaupun selepas lebih setahun tuntutan dibuat.

Ia membabitkan tuntutan perjalanan ke program dan kursus anjuran Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) sejak Februari serta Mac tah un lalu.

Berikutan itu, NUTP meminta jabatan dan pejabat yang berkenaan supaya menyegerakan bayaran balik tuntutan kerana ia dikenal pasti menjadi tekanan kepada guru.
Presidennya, Hashim Adnan, berkata kelewatan itu berpunca daripada peruntukan disediakan tidak mencukupi.

“Keadaan ini menyebabkan ramai guru terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk menghadiri program dan kursus yang diadakan jabatan, selain menanggung bayaran lain seperti rumah dan kereta.

“Di Johor, hanya 50 peratus tuntutan perjalanan diberi surat makluman pada minggu lalu bahawa mereka akan dibayar selepas perbincangan diadakan dengan Kementerian Pelajaran.

“Kita sudah mengadakan perjumpaan dengan pegawai Kementerian Pelajaran yang memberi jaminan akan menyiasat dan menyegerakan pembayaran terbabit,” katanya kepada Berita Harian, di sini, semalam.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata masalah kelewatan pembayaran tuntutan perjalanan membabitkan hampir semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

“Saya dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelajaran, Datuk Wan Khazanah Ismail pembayaran lewat disebabkan peruntukkan tidak mencukupi.

“Kita berharap kementerian akan menambah peruntukan kepada Jabatan Pelajaran Negeri untuk menyegerakan pembayaran berdasarkan tuntutan semasa,” katanya.

“Peruntukan tambahan juga diperlukan untuk elaun keraian guru besar dan pengetua, selain guru ganti bagi mereka yang bersalin,” katanya.

Berita Harian Online: 5 April 2011

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TAK KAN TAHU....mula 2010 peruntukan dipotong dan dihadkan.

KALAU TAK DA DUIT, JGN BUAT APA-APA PROGRAM@ MESYUARAT@KURSUS. BIAR CIKGU DUDUK KAT SEKOALH MENGAJAR SHJ.

JABATAN LAIN OK JE. KPM je yg bermasalah. Mana pegi duit-duit yg sebelum ini tiada masalah.

kamanuk berkata...

Bukan lagi lambat terima tuntutan perjalanan. Sememangnya peruntukan tidak cukup dari Kementerian. Kalau ada pun dihabiskan oleh Pengetua sahaja.

Tanpa Nama berkata...

SEBAHAGIAN PERUNTUKAN KPM DAH DIAMBIL OLEH PERMATA SEJAK 2010.(RUJUK BAJET 2010 & 2011).

PERMATA DEMI UTK PENDIDIKAN AWAL KANAK2. SANGAT PENTING. JGN PERTIKAI.

Tanpa Nama berkata...

banyak2 PPD n JPN..PPD Baram yg paling teruk..sejak berkhidmat 2009..EBK/waran tiket flight haram nak bayar/bagi..Pekeliling Perkhidmatan haram nak ikut..hampeh tul!!

Tanpa Nama berkata...

program kementerian pelajaran bukan main banyak diadakan...memeng kami guru sokong 100%...namun kenapa seolah-olah kami ditipu...dahlah tuntutan perjalanan lambat masuk, tetapi dipotong sehingga 5/6 dari jumlah tuntutan...janganlah sampai begitu sekali...harap pihak kementerian ambil serius perkara ini... saya mengajar di kawasan pedalaman sarawak, terpaksa menggunakan pengangkutan air sewa dan kereta sewa 4x4, perjalanan selama 6jam, kos bot rm150 + kereta sewa 4x4 rm 400 ulang alik, tu belum sewa hotel lagi...tahun lepas saya menghadiri kursus selama 5 hari di bintulu, hanya di bayar tuntutan rm160 sahaja..cuba bayangkan...tolong ambil serius perkara ini...jangan menipu guru kita yang betul-betul berkhidmat untuk negara...gajah didepan mata tak nampak, tikus di seberang lautan nampak