Rabu, 6 April 2011

Guru naik pangkat ikut kekosongan jawatan

2011/04/06

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk kepada surat 'Abang Chor, Ipoh, Perak', dalam ruangan ini bertarikh 29 Mac lalu bertajuk 'guru lama dakwa susah naik pangkat'.

Jawatan Penolong Kanan adalah jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 (hakiki) dan bukannya jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41.

Untuk pengetahuan, buat masa ini, masih belum wujud jawatan Penolong Kanan, PPPS Gred DG41 dalam skim perkhidmatan di kementerian.
Pengisian bagi jawatan Penolong Kanan, PPPLD Gred DGA32 (hakiki) adalah berdasarkan kepada calon urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat PPPLD yang diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP).

Pengisian jawatan itu perlu merujuk kepada waran perjawatan yang diluluskan oleh Kerajaan melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) iaitu jawatan yang khusus untuk PPPLD.

Pengadu ketika ini adalah PPPS dan tidak lagi sebagai PPPLD. Oleh itu, sebagai PPPS, pengadu boleh menikmati urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat melalui Laluan Hakiki, Laluan Cemerlang dan Laluan Time-Based.

Oleh itu, beliau berpeluang untuk mendapat kenaikan pangkat sekiranya memenuhi syarat yang telah ditetapkan di dalam skim perkhidmatan PPPS, bagaimanapun kenaikan pangkat itu tertakluk kepada wujudnya kekosongan jawatan kenaikan pangkat PPPS.
Pihak Kementerian tidak dapat mempertimbangkan PPPS Gred DG41 untuk memegang jawatan Penolong Kanan, PPPLD Gred DGA32 disebabkan pengadu sudah dilantik sebagai PPPS DG41 yang secara automatik meletakkan pengadu berada dalam skim perkhidmatan yang berbeza.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran

Berita Harian Online: 6 April 2011

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JAWAPAN yg dah selalu dgr. Menyampah. Tak pro aktif...bANYAK TIDUR..

kamanuk berkata...

Kenaikan pangkat guru di Sabah tidak mengikut kekanan dan bebanan tugas guru

Tanpa Nama berkata...

Habis tu mereka ikut "kekirian" ke? Senioriti tak perkara kedua. Yg UTAMA tahu buat kerja sbg pentadbir.

Lagi satu PPPLD dah tak releven lagi utk menjadi pentadbir dlm tempoh 5 akan dtg nak seterusnya.