Rabu, 20 April 2011

Kecewa dua kali mohon jadi pensyarah ditolak

2011/04/20

SAYA guru berkelulusan Sarjana dan sudah lebih enam tahun berkhidmat di Sarawak. Baru-baru ini saya membuat permohonan untuk menjadi pensyarah, tetapi dukacita kerana permohonan itu dua kali ditolak.

Permohonan pertama dihantar kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Samarahan, Kuching. Saya ditemu duga dua kali dan disenaraikan sebagai calon simpanan.

Selepas tamat tempoh menunggu dua bulan seperti dinyatakan dalam surat mereka, saya tidak dihubungi pihak pentadbiran UiTM. Kemudian saya mendapat tahu saya tidak mendapat jawatan sebagai pensyarah atas alasan ia diisi calon dari UiTM Shah Alam.
Persoalan yang timbul kenapa UiTM Shah Alam mengadakan temu duga di sana dan menghantar calonnya ke UiTM kampus Samarahan Kuching sedangkan saya adalah calon sedia ada dan lulus temu duga di sini?

Permohonan kedua ialah di Institut Perguruan kampus Batu Lintang, Kuching yang juga turut gagal atas alasan kekurangan guru.

Jadi, apakah sebenarnya tujuan Kementerian Pelajaran menggalakkan guru menaikkan tahap pendidikan mereka ke peringkat ijazah Sarjana Muda dan Sarjana serta Ijazah Kedoktoran (PhD) sedangkan peluang permohonan jawatan pensyarah tidak dilayan?

Lebih mengecewakan ialah apabila permohonan itu ditolak pada peringkat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) saja. Kenapa permohonan saya itu tidak dihantar dan dirujuk terus kepada Kementerian Pelajaran atau Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya?
Kenapa JPN negeri tidak menyokong dan meluluskan permohonan saya sedangkan permohonan guru berijazah Sarjana di Semenanjung diluluskan?

Sebagai pegawai kerajaan berkhidmat di Sarawak, saya berharap kedua-dua kementerian berkenaan akan mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya agar kami tidak tertindas.

MUHADHIR,
Kuching, Sarawak

Berita Harian Online: 20 April 2011

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sambung pengajian kerana nakkan jawatan tinggi... Kalau niat sambung pengajian kerana nak tambahkan ilmu, mungkin lebih berkat rezeki.
Teringat cerita jiran yang menjadi panel penemu duga, ada calon yang datang temu duga pensyarah, bila ditanya apa kelebihan jika dapat jadi pensyarah, calon menjawab "boleh dapat claim yang lebih banyak jika dibanding dengan jawatan sekarang"
Hmmmm...tu orang yang ada sarjana yang jawab macam tu.

Tanpa Nama berkata...

Bukan semua begitu...sebenarnya guru dah bosan dgn situasi di sekolah skrg. Terlalu banyak kerja yg bukan-bukan terpaksa guru lakukan sehingga P&P terabai.

Tanpa Nama berkata...

Saya pun mungkin senasib dengan pengadu. Dah dua kali apply pensyarah masih tak panggil temuduga pun. Jadi kekallah mengajar di sekolah. Mengajar di sekolah pun "not bad". Dengar-dengarnya mengajar di IPT pun tidak mudah. Tidak ada kerja yang mudah. Gaji "besar" yang kita terima bersesuaianlah dengan beban tugas yang kita dapat. Niat saya kalau jadi pensyarah bukanlah hendak mengejar "income" yang lebih lebat tetapi untuk aplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada untuk bakal-bakal guru. Tapi kalau tidak dipelawa saya tetap bersyukur..

Cikgu Haji Bahar

Muallim Adham berkata...

Bismillah. slm alaik.. mengajar dimana2 pon tak apa kerana kita tetap sebagai Muallim yang bukan sahaja mengajar, tetapi turut mendidik anak2. Yang penting proses transformasi ilmu itu sentiasa berjalan dengan ikhlas. Mungkin guru yang berpengalaman dalam p&p di sekolah layak dipertimbangkan utk jawatan pensyarah pendidikan yang mengajar bakal guru utk berdepan dengan krenah situasi sekolah (jika sebagai pensyarah pendidikan. Di mana2 pon bekerja, tetap ada cabaran tersendiri. Semoga semuanya bekerja dengan ikatan kasih sayang sesama manusia..

kamanuk64 berkata...

kawan kita ni hidung tak mancung pipi sorong-sorong
Hal tak jadi pensyarah pun mau kc sensaikah ...

pasang kabel besar bos