Oleh Haspaizi Mohd Zain
haspaizi@bharian.com.my
2011/04/28
NUTP minta guru diberi elaun perbatuanKUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berpendapat tuntutan tambang teksi satu tempat duduk bagi guru keluar berkursus sudah tidak relevan dan perlu digantikan dengan elaun perbatuan seperti dinikmati kakitangan awam lain.
Berikutan itu, Kementerian Pelajaran dituntut supaya menilai semula sistem berkenaan yang diguna pakai sejak sekian lama supaya ia diperbaharui selaras dengan kehendak kerajaan supaya tidak membebankan kira-kira 430,000 guru di negara ini.
“Kita tahu jumlah guru di negara ini ramai, tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak membenarkan guru membuat tuntutan perbatuan sedangkan kakitangan awam lain dibenarkan berbuat demikian.
“Jumlah guru yang keluar kursus juga tidak ramai dalam satu masa.
“Kementerian hanya membenarkan guru membuat tuntutan dengan nilai satu tempat duduk, sedangkan mereka perlu membayar tambang untuk sebuah teksi.
“Bagaimanapun, guru biasanya menggunakan kenderaan mereka sendiri dan kos petrol juga semakin meningkat.
“Jadi, adalah wajar tuntutan perbatuan dipertimbangkan kepada guru,” katanya di sini, semalam.
Hashim berkata, sistem tambang teksi satu tempat duduk sudah dilaksanakan sejak lebih 50 tahun lalu dan ia perlu kepada pembaharuan selaras dengan transformasi negara.
Katanya, kakitangan awam di negara ini boleh membuat tuntutan perbatuan sebanyak 70 sen bagi setiap kilometer tetapi ia tidak membabitkan guru.
“Sepatutnya guru juga mendapat tuntutan perbatuan seperti dinikmati kakitangan awam lain dan buat masa ini, hanya pengetua dan guru besar saja dibenar membuat tuntutan perbatuan jika keluar kursus,” katanya.
Sementara itu, mengulas kajian beban tugas guru yang dilaksanakan jawatankuasa khas bagi menangani masalah itu, Hashim berkata, ia belum selesai dan bebanan tugas guru kini semakin bertambah.
Katanya, NUTP menerima banyak aduan berhubung peningkatan beban tugas guru terutama dengan pelbagai program baru diperkenalkan kementerian selain turut menerima lebih 50 aduan berhubung guru bekerja pada setiap Sabtu.
Berita Harian Online: 28 April 2011
4 ulasan:
1 lagi, kalau perbatuan pula, tuntut ikut yg terdekat, walaupun datang dr tempat yg jauh.
Sepatutnya, ikut tempat sebenar. Kalau dtg dr rumah, claim dr rumah. kalau dr sek/pej, ikut sek/pej.
Apa punya peraturan yg dia org buat ni. Mcm bodoh la...
pak cik,,, saya nak sewa teksi satu tempat duduk utk pergi kursus boleh ka?
Mana ada org sewa satu tempat duduk cikgu? kalau nak, kena bayar full lah cikgu.
Tapi, saya boleh claim 1 tempat duduk shj.
Gila apa?
em. nak claim, yang penting jujur.
semuanya kne soal nnt kat akhirat. claim untuk hak kita shj da mencukupi kan.~
-xxx-
Claim yg merepek...lg satu....kpm kena tuntut hak guru menuntut overtime bg prog yg diadakn pd hujung minggu....nape kementerian lain blh tuntut overtime...cikgu lak x blh...
Catat Ulasan