Jumaat, 30 Disember 2011

Belum dapat surat DG41

2011/12/30

SAYA seorang guru yang menyambung pelajaran anjuran Open University Malaysia-Kementerian Pelajaran di bawah program Sarjana Muda Pengajaran (Sekolah Rendah) dalam Pengkhususan Pendidikan Khas.

Saya belajar sejak Mei 2006 dan menghadiri konvokesyen OUM kali kelapan pada Jun 2010. Kemudian ditemuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan (SPP) pada Januari 2011. Saya gembira kerana berjaya diperakukan lantikan tetap.

Sejak itu saya menunggu surat lantikan DG41 tetapi malangnya tiada. Saya berharap keluhan saya dipertimbangkan sewajarnya.

GURU TERPINGGIR,
Kuala Lumpur.


Berita Harian Online: 30 Disember 2011

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Untuk pengetahuan cikgu, semua jawatan baharu telah dibekukan oleh JPA sehingga 31.12.2011. Kena tunggu 2012.

Sebabnya tak tahu.....Mungkin:
1) Ada kaitan dgn SBPA
2) Kerajaan tak da duit yg cukup.

Cikgu Mimi berkata...

masalah yg sama spt yg saya lalui :(

Guru DG 1-1 berkata...

termasuklah saya juga..