Sabtu, 10 Disember 2011

Khidmat Ghafar disambung

PUTRAJAYA 9 Dis. - Perkhidmatan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud akan disambung untuk tempoh setahun berkuatkuasa semalam sehingga 7 Disember 2012.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan hari ini berkata perkhidmatan Abdul Ghafar disambung disebabkan keperluan perkhidmatan.

Beliau sepatutnya bersara wajib pada 7 Disember lepas. - BERNAMA


Utusan Malaysia Online: 10 Disember 2011

2 ulasan:

Guru terbiar berkata...

Sambung lagi 5 tahun supaya kloni-kloni dalam KPM tidak sempat naik KPPM.

Yati Wahab berkata...

YBhg. Dato' Sri Abd Ghafar bin Mahmud antara KPPM yang mempunyai stail kepemimpinan yang action oriented dan mengutamakan speed serta sense of urgency...

Guru terbiar harus bersyukur kerana sudah masuk dalam profesion keguruan yang sangat diidamkan oleh pelajar ijazah perguruan yang tidak dapat ditempatkan. Dengan skim baharu sekarang, prestasi amat diutamakan. Guru harus kembali kepada tugas mereka yang sebenarnya memastikan untuk mengutamakan menambah baik peningkatan penguasaan pembelajaran murid, di samping diajar nilai jati diri dan sahsiah yang baik.

Jangan pernah serik menjadi guru....