Khamis, 21 Jun 2012

Jawatankuasa khas tangani isu guru SJKC, SJKT

KUALA LUMPUR 21 Jun - Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan bagi menangani isu kekurangan guru terlatih di sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata jawatankuasa khas bagi menangani isu kekurangan guru di kedua-dua sekolah itu dipengerusikan secara berasingan oleh dua Timbalan Menteri Pelajaran.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata jawatankuasa itu turut dianggotai wakil persatuan dan pertubuhan bagi masyarakat Cina dan Tamil serta kesatuan guru bagi membincangkan secara terperinci isu berkenaan serta mengenal pasti pendekatan terbaik mengatasi masalah itu.
Bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran, beberapa langkah turut diambil, antaranya memastikan guru mempunyai kelayakan dwibahasa termasuk bahasa Cina atau Tamil untuk mengajar mata pelajaran bahasa Melayu dan Inggeris Tahap 1.
"Selain memastikan guru kelas pemulihan mempunyai kelayakan dwibahasa, kementerian menempatkan 98 graduan pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mempunyai kepujian bahasa Cina ke SJKC dan 18 graduan yang mempunyai kepujian dalam bahasa Tamil ke SJKT pada 23 Mei lalu," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan M. Manogaran (DAP-Telok Intan) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. - BERNAMA

Utusan Malaysia Online: 21 Jun 2012

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya sangat confuse bila dengar ade berita tentang kekurangan guru di sjkc...betul ke ni?? jika diikutkan nisbah guru:murid adalah 1:14 tetapi ade sekolah termasuk sekolah kebangsaan contohnya sekolah kurang murid (SKM), muridnya 90 0rg, gurunya pula ada 11 org..maknanya nisbah adalah 1:9...dah terlebih guru la jawabnya kat sekolah tu...berbalik dengan tajuk berkaitan sjkc/sjkt...dalam pemerhatian saya...ada sekolah sjkc di johor...muridnya 64 0rg,gurunya pulak 12 org tolak guru besar dengan guru pemulihan yang luar norma...nisbah adalah 1:5...dan saya lagi terkejut ada cikgu dari sjkc di johor beritahu yang enrolmen keseluruhan murid di sekolahnya cuma 14 orang tetapi gurunya pula 8 orang...wahh..memang diketahui yang sjkc memang ada hire guru gstt...tetapi itu termasuk ke dalam statistik terkurang dengan terlebih guru ni??

guru yahya berkata...

sebenarnya nak tarik sokongan cina supaya undi BN. hmmm.. sumbatkan ramai2 graduan non-malays dalam perkhidmatan, dan perkasakan sekolah cina sebagaimana DAP dan MCA dok perjuangkan. bukannya politik ni tau.. cuma luahan terkilan

Tanpa Nama berkata...

Jangan teragak menuduh kepada Tanpa Nama (1), semua nisbah guru di SKM tak kira SK atau SJK adalah serupa, cuba cikgu tinjau murid SJKC di bandar, sampai 50 orang murid sekelas, kerana kekurangan guru di SJKC.........