SERAMAI 100 orang ahli Unit Beruniform Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Penghulu Saat, Parit Sulong, Johor menyertai perkhemahan bersepadu
kokurikulum untuk memupuk semangat kerjasama dan disiplin diri para
peserta.
Pengetuanya, Mohsin Ibrahim berkata, perkhemahan yang disertai tujuh
unit beruniform sekolah itu turut berjaya mencungkil bakat kepimpinan di
samping menggalakkan peserta menyerlahkan potensi diri masing-masing.
"Objektif perkhemahan ini adalah untuk membentuk pelajar yang aktif, sihat dan mempunyai nilai berani serta berdisiplin.
"Malah ia juga diharap mampu melahirkan pelajar cemerlang dalam
kurikulum, kokurikulum dan memiliki sahsiah terpuji", ujarnya melalui
e-mel kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Perkhemahan turut disertai 10 guru dan lima ahli Pengakap Kelana Parit Sulong.
Ia diadakan di Teluk Gorek Chalet and Campsite, Mersing, Johor baru-baru ini.
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang perkhemahan seperti kembara
hutan sambil membersihkan kawasan laluan, kawad kaki, sukaneka, malam
kebudayaan, solat berjemaah dan kuliah subuh.
Salah seorang peserta, Mohamad Hakim Zamri memberitahu, perkhemahan
tersebut amat menyeronokkan dan dapat memupuk nilai-nilai positif
seperti yang dimatlamatkan.
Manakala Nur Syafiqah Asaha, 17, pula berpendapat, aktiviti yang
dilaksanakan bukan sahaja mampu membentuk sifat kepimpinan, kerjasama
dan disiplin malah turut menyemai sikap mencintai alam sekitar.
Utusan Malaysia Online: 11 Jun 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Tahnaiah kepada semua warga SMK Penghulu saat
Jaslan Muhadi
Penyelia Koko PPD Batu Pahat
Catat Ulasan