Sabtu, 4 September 2010

Drama Qalesya memalukan

2010/09/04

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk aduan Guru Lama, Setapak, Kuala Lumpur, dalam ruangan ini bertarikh 17 Ogos lalu bertajuk drama Qalesya musim baru rendahkan martabat guru.

Siasatan mendapati aduan drama Qalesya merendah martabat guru, memperlekeh peraturan sekolah dan aksi murid gengster berasas.

Pihak Sektor Pengoperasian Dasar dan Keurusetiaan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran juga sudah meminta penjelasan terperinci daripada penerbit drama terbabit.

Kementerian Pelajaran juga sedang meneliti cadangan sektor berkenaan untuk menyenaraihitamkan syarikat penerbit drama.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran

Berita Harian Online: 4 September 2010

Tiada ulasan: