Rabu, 15 Jun 2011

Selamat bersara Cikgu Teh Zaiton

Oleh Saadiah Ismail
upen@bharian.com.my
2011/06/15

pix_gal0
SELEPAS 32 tahun menabur bakti di empat buah sekolah, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R10, Teh Zaiton Abdul Halim, 53, meninggalkan kerjaya yang dicintai itu dengan seribu kenangan manis.

Pada majlis persaraannya, lebih 1,000 murid termasuk 80 guru dan kakitangan sekolah itu meraikan perpisahan dengan pelbagai persembahan sebagai penghargaan. Hadir sama ialah Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Memulakan tugas pada 1979 di Sekolah Menengah (SM) St Marie selama 10 tahun, beliau kemudian berpindah ke SM St John sehingga 1992. Selepas itu diberi kepercayaan menjawat jawatan Guru Besar dengan mentadbir Sekolah Kebangsaan Perempuan Jalan Batu 1 hampir 10 tahun sehingga 2002.

Teh Zaiton ketika ditemui berkata, dia bertuah kerana ketika diberi jawatan berkenaan, beliau adalah kumpulan pertama lulusan Diploma Sains Pendidikan.

Berita Harian Online: 15 Jun 2011

1 ulasan:

sir_putra berkata...

Warga pendidik di Kuala Lumpur kehilangan seorang Guru Besar yang berketrampilan. Apapun itulah suratannya, selamat bersara - once a teacher, always a teacher