Sabtu, 25 Jun 2011

Tahan gaji sertai perhimpunan

Oleh Mohamed Farid Noh

2011/06/25

Guru terbabit perarakan haram boleh dikenakan hukuman gantung kerja

BATU PAHAT: Kementerian Pelajaran memberi amaran akan mengambil tindakan tegas termasuk menggantung tugas serta menahan gaji guru yang menyertai perhimpunan haram di ibu negara, Kuching serta Kota Kinabalu pada 9 Julai ini.

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata mereka yang menyertai perhimpunan haram itu juga berdepan implikasi lebih berat yang tertakluk pada tindakan polis.
“Saya harap tidak ada guru yang akan menyertainya. Kita yakin guru negara ini sudah cukup matang dan tidak akan terbabit dalam perhimpunan sebegini apatah lagi mereka tahu implikasinya. Bagaimanapun sekiranya ada juga masih berdegil, kita terpaksa ambil tindakan tegas termasuk menggantung tugas, menahan gaji atau sebagainya.

“Tindakan bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Tatatertib Kementerian Pelajaran yang akan meneliti setiap kes terlebih dulu... mereka juga berdepan tindakan polis,” katanya selepas majlis penyampaian cek bantuan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil Parlimen Batu Pahat, di sini, semalam.

Kumpulan pengacau berkenaan sebelum ini dilaporkan berkeras mahu meneruskan perhimpunan haram terbabit di ibu negara, Kuching dan Kota Kinabalu walaupun dinasihat membatalkan hasrat berkenaan oleh pelbagai pihak termasuk pasukan keselamatan.

Sementara itu, Mohd Puad turut mencadangkan perhimpunan haram itu dipindahkan ke Jambatan Pulau Pinang berikutan ia disokong penuh kerajaan negeri berkenaan.

“Saya cabar Datuk Ambiga Sreenevasan memindahkan perhimpunan haram ini ke Jambatan Pulau Pinang dan minta kerajaan negeri itu memberikan kebenaran. Biar kita tengok rakyat negeri itu susah atau tidak, ganggu pelabur asing atau tidak. Ini bermotif politik, sebab itulah ia mahu diadakan di ibu kota untuk eksploitasi semangat rakyat.

“Mengapa tidak diadakan di negeri dikuasai pembangkang... mereka tahu ia akan menyusahkan rakyat di situ dan (menyusahkan) mereka sendiri. Ia bukti perhimpunan itu hanya bermotif politik serta tidak ikhlas,” katanya.

Berita Harian Online: 25 Jun 2011

6 ulasan:

Guru Borneo berkata...

hoooo...emosi DR..ni.jangan emosi..YB.macam mana kalau guru-guru ikut serta berhimpun bersama Pemuda UMNO atau PERKASA???Boleh ngah????Itu pun perhimpunan haram juga tu sebab tiada permit dari polis...

Macam mana.....macam mana...????

Kalau masa mengajar tidak patutlah kakitangan awam terlibat ...

pcbahar berkata...

Ish komer ni.. Bior la hukum cikgu-cikgu yang degil tu.. Kan ke penangan cikgu-cikgu ni yang buat sampai jatuh empat negeri dulu.. Elok pun semua cikgu tu dihukum.. Cucuk jer hidung cikgu-cikgu tu macam kerobo.. Mudah-mudahan selamat semua negeri, ye dak?

pcbahar berkata...

Ish komer ni.. Bior la hukum cikgu-cikgu yang degil tu.. Kan ke penangan cikgu-cikgu ni yang buat sampai jatuh empat negeri dulu.. Elok pun semua cikgu tu dihukum.. Cucuk jer hidung cikgu-cikgu tu macam kerobo.. Mudah-mudahan selamat semua negeri, ye dak?

guru yahya berkata...

ooo.. ikut perhimpunan haram dengan perkasa dan umno boleh pulak?

guru adalah golongan cerdik pandai. kalo ikut perhimpunan, adalah sebabnya tu. kalo x ikut, pasti juga ada alasannya. x perlulah pak menteri nak tunjuk kuasa pada guru2 ni.

Guru Borneo berkata...

Boleh tahan ..gaji? Biar betul ..Dr..ada tak peraturan dalam Perintah Am membolehkan YB menahan atau mengarahkan seseorang itu di tahan gaji tanpa penyiasatan secara terperinci? Macam mana dengan orang ramai yang lau-lalang di situ dan secara kebetulan ditangkap polis, guru pula tu ...hanya lalu di situ kerana tiada jalan lain ..So..bagaimana nak sabit juga ke...????

Tanpa Nama berkata...

Cikgu-cikgu semua tak payah sertai perhimpunan tu.Sbbnya...apa pun cikgu mesti dihukum jika tertangkap. Sumai cikgu normala yg temankan isteri pun kena.
Zahirkan dlm PRU ke 13 nanti. Undi anda rahsia.
KITA SEMUA TAHU RAMAI GURU YG BIJAKSANA