Jumaat, 27 April 2012

Perbezaan elaun wilayah guru akan disemak

KOTA KINABALU 27 April - Kerajaan memberi jaminan untuk menyemak semula perbezaan bayaran elaun wilayah guru Semenanjung yang mengajar di Sabah berbanding guru Sabah yang mengajar di Semenanjung.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui ia merupakan isu lama yang sering dibangkitkan di kalangan guru-guru terutama daripada Sabah yang dihantar bertugas di Semenanjung.
"Ada pendapat mengatakan elaun wilayah ini tidak seharusnya berbeza. Mungkin ada asasnya mengapa terdapat perbezaan.
"Saya akan semak dan buat kajian dan akan buat penjelasan sedikit masa lagi," katanya pada Majlis Ramah Mesra Menteri Pelajaran Bersama Warga Pesara Guru Sabah di sini hari ini. - UTUSAN

Utusan Malaysia Online: 27 April 2012

3 ulasan:

guru siswazah lama berkata...

elaun perumahan wilayah sepatutnya sama. ini tidak berlaku buktinya apabila guru-guru dari SM dihantar ke Sabah dan Sarawak bagi guru-guru DG41, mereka mendapat RM830.00, sedangkan bagi guru-guru Sabah & Sarawak yang dihantar ke SM EPW mereka kurang daripada RM830.00.

Inilah contoh ketidakadilan wakhal tahap kesussahan sama sahaja

Tanpa Nama berkata...

Wajar disemak dan diselaraskn oleh kmnerian...jangan ada berat sebelah atau istilah anak emas dlam mmbuat kptsan...

Tanpa Nama berkata...

saya mengajar di kawasan hulu di SM. kadar EPW bagi kawasan ini hanya RM250. walaupun kawasan hulu tetapi sewa rumah di kawasan ini melebihi RM250 sebulan. paling murah rumah sewa yang pernah saya diami RM350. ditambah dengan harga barang yg mahal jika dibandingkan dengan kawasan bandar. Adil ke tidak?