Selasa, 8 Februari 2011

Guru tidak terbeban kerja

SAYA ingin memberi reaksi kepada pandangan saudara Norhisyam Mohamad dari Kuala Kedah di ruangan ini pada 3 Februari 2011 mengenai Jawatankuasa Khas mengkaji beban tugas guru.

Masyarakat Malaysia sering kali diperdengarkan dengan keluh-kesah warga guru yang mengatakan mereka banyak kerja, kerja sampai ke rumah, waktu cuti pun dipanggil bekerja dan seribu macam lagi. Namun tidak ada statistik sebenar yang menunjukkan bahawa warga guru ini adalah benar-benar dalam keadaan tertekan.

Saya telah berkhidmat sebagai guru mulai Disember 1992 sehingga kini. Saya berasa malu dan bersalah jika mengaku terbeban dengan kerja mendidik. Rasionalnya:

* Hampir setiap guru hanya akan diberikan tanggungjawab mengajar minimum dengan enam waktu seminggu dan maksimum 25 waktu seminggu. Secara purata ramai daripada di kalangan guru hanya diberi waktu mengajar 16 waktu seminggu. Satu waktu bersamaan 30 minit atau paling lama 40 minit. Secara purata kebanyakan sekolah rendah atau pun menengah menggunakan satu waktu bersamaan dengan 30 minit sahaja. Purata waktu mengajar guru ialah 16 waktu X 30 min= 480 minit atau lapan jam seminggu iaitu bersamaan satu hari bekerja penjawat awam yang lain.

* Tugas-tugas khas selain daripada kurikulum akan diberikan dengan agihan saksama. Berdasarkan pengalaman saya sebagai pengurusan sekolah, seorang guru akan diberikan satu tugas khas dan satu tugas kokurikulum. Misalnya, jika seorang guru diberikan tanggungjawab guru kelas atau tingkatan, ketua rumah sukan, ketua persatuan atau kelab dan jawatan berupa tanggungjawab ketua, maka guru tersebut tidak akan diberi tanggungjawab lain kecuali sekolah kekurangan guru.

* Tugas menanda buku kerja pelajar, menanda kertas ujian atau peperiksaan dan menyediakan kertas soalan adalah tugas hakiki guru.

* Guru-guru wajar mengetahui dengan jelas tugas hakiki mereka. Jika tidak mengetahui, sila rujuk kepada SPP [Panduan tugas hakiki Pegawai Perkhidmatan Pendidikan].Tolong rujuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Visi, Misi dan Objektif Kementerian Pelajaran. Lihat juga Tonggak 12 dan semua jenis Perintah Am, Pekeliling Perkhidmatan dan panduan-panduan perkhidmatan guru yang lain.

Guru sebenarnya tidak terbeban dengan tugas hakiki yang ada kecuali mereka sendiri yang membebankan diri mereka. Alasan saya:

* Ramai guru yang terlibat dengan pelbagai aktiviti ekonomi seperti jualan langsung, insurans, jualan runcit (kain tudung, baju, kain pasang, tuisyen, kedai burger dan seribu macam lagi). Cuba rujuk laman sesawang seperti Facebook, kita akan jumpa kebanyakan penjawat awam termasuk guru menguar-uarkan produk jualan mereka dalam Facebook.

* Masa mengajar bukanlah berterusan. Pihak pengurusan sekolah tidak akan berlaku kejam. Setiap guru ada masa senggang. Misalnya, jika guru A telah mengajar tiga waktu sebelah pagi, maka pada waktu empat dan lima, lazimnya beliau akan rehat. Ada juga yang tidak mengajar seharian.

* Guru teknik, guru vokasional dan guru Kemahiran Hidup mempunyai masa mengajar yang lebih senggang. Ada di kalangan mereka yang mengajar tiga hari sahaja dan dua hari akan bercuti daripada mengajar. Purata mereka mengajar tidak lebih daripada 14 waktu seminggu kecuali guru yang mengajar Kemahiran Hidup. Ada yang sempat mengambil projek membuat pagar, membaiki kenderaan luar, mengecat kereta luar, membuat pendawaian rumah dan bermacam kerja lagi dalam waktu kerja.

* Ustaz-ustaz juga tidak ketinggalan menyampaikan ceramah berbayar di merata tempat tetapi tugas hakiki mendidik pelajar terabai. Kalau tidak masakan ada pelajar yang masih tidak mengenal huruf jawi dan tidak boleh membaca al-Quran.

* Guru-guru juga sibuk dengan kejohanan sukan diri sendiri, bukan untuk pelajar. Ada yang terlibat dengan kejohanan sehingga semingu lamanya, sedangkan ia hanya peringkat dalaman sahaja. Jika peringkat kebangsaan hanya setakat itu sahaja kerana tidak ada kejohanan sukan dunia untuk warga pendidik. Masalahnya anak murid yang terabai maka berlakulah guru tidak habis silibus.

Saya meminta mana-mana pihak, terutama golongan guru, agar memberi dan menunjukkan bukti imperikal bahawa mereka (lebih kurang 126,171 guru lelaki dan 279,545 guru perempuan) adalah dalam keadaan tertekan. Tunjukkan juga berapa ramai guru yang dirujuk kepada Lembaga Perubatan kerana masalah mental disebabkan ‘Beban Tugas’.

Saya menyeru semua warga pendidik iaitu guru, Pensyarah Guru, Pensyarah IPTA & IPTS agar menilai diri dan memahami fungsi kita sebagai pendidik. Jika kita tidak boleh, maka ada pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk kita melepaskan jawatan kita dan carilah kerja yang sesuai dengan kita.

Mokhtar Sabah

Keningau, Sabah

Utusan Malaysia Online: 8 Februari 2011

21 ulasan:

guru yahya berkata...

wahai mokhtar, aku malu dgn kenyataan bodoh hang. purata guru mengajar 16 waktu seminggu? guru data ye la kot, apa ngok sgt statement hang ni..

"jika seorang guru diberikan tanggungjawab guru kelas atau tingkatan, ketua rumah sukan, ketua persatuan atau kelab dan jawatan berupa tanggungjawab ketua, maka guru tersebut tidak akan diberi tanggungjawab lain kecuali sekolah kekurangan guru". SATU LAGI KENYATAAN YANG LUCU, BETUL KE MOKHTAR NI GURU?

"Saya meminta mana-mana pihak, terutama golongan guru, agar memberi dan menunjukkan bukti imperikal bahawa mereka (lebih kurang 126,171 guru lelaki dan 279,545 guru perempuan) adalah dalam keadaan tertekan." SAH MOKHTAR NI KERANI ATAU KAKITANGAN YANG JELES PADA GURU!!

Tanpa Nama berkata...

Khas buat Mokhtar Sabah..sapa kata kerja mengajar terbeban?...yg hang dok kata kerja khas n kokurikulum diagih sama rata mmg penipu..sy jd SU Peperiksaan..Ketua Panitia lagikkk..Coach sukan lgg..smpai negeri...purata sy mengajar 30 waktu..guru thn 6 lagikk..pasni kelas tambahan lagikkk...petang2...murid bagai nk rak ramainya..ngan KPI yg cukup tinggi nk target...pastu ngan tugas2 KWAMP..Tugas2 SPBT...ngan software canggih dan memeningkan kepala...belum campur fail dan dokumen..smpai umah bw balik keja tau...anak bini pun xder masa nk luang...tunggu cuti jer la br leh...kalo adil pembahagian tugas...kenapa saya dah pegang lebih 10 tahun...kenapa x beri pd guru2 baru jer????..tolong jawab...melainkan saudara tu sekolah pedalaman..murid ckit...atau guru data...xyah nk bohong la bab2 jd pendidik ni pd saya..mai la sy jemput bertugas d sekolah saya...dengan senang hatinya...separuh dr tugas2 sy, saya berikan pada saudara...apapun sy tetap buat yg terbaik...dlm pendidikan ni..buat bagus kena puji..buat x bagus kena keji...jd tolonglah jgn buat kenyataan yg merapu dan merepek...sekian..wassalam..

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa dia ni "MANGKOK HAYUN" dan bukan cikgu....dia tak faham tugas guru.
Kami semua mengajar leih 30 waktu...

Tanpa Nama berkata...

cikgu oh cikgu..

ringkas nk bagi tau
skolah murid dlm 1616 org..
guru dalam 97org..
ada dua sesi..
waktu mengajar - 28 waktu. ada yg smpi 32 waktu..
saya sebagai guru kelas, guru data smm, ajk web multimedia sekolah, jurulatih bola sepak, penolong s/u PIBG, guru penasihat persatuan..

so nak tau beban ke x.. datang kat bandar.. boleh la rasa..

Tanpa Nama berkata...

Ya betul.... memang tugas guru terbeban. Tak kira sekolah bandar@tidak, Gred A, B atau SKM. Semuanya sama shj. Mokhtar ni sekolah apa. habaq mai.

Tanpa Nama berkata...

Sabah memang rileks..sebab org Sabah PEMALAS

Tanpa Nama berkata...

cikgu mokhtar...

jangan samakan sabah dan semenanjung..dulu sayapun pernah berkhidmat kat sana.. la ni saya dah pindah semenanjung.. suasana dia lain... saya mengajaq seminggu 30 waktu x 30 minit.. kena jadi guru kelas yang berlambak kerja dan lain2 lagi.. hu hu.. letihnya takdak rehat.. masa senggang tu kena siapklan buku rekod, semak buku murid2 dll...

Guru Baru berkata...

utk para guru sekalian, saya pun tak setuju dengan statment tuan mokhtar tu, tapi dalam kita memberi respon kepada kenyataan beliau, janganlah sampai kita terkeluar dari adab tata susila kita. kenyataan "orang sabah PEMALAS" sangat keterlaluan, walaupun tuan mokhtar tu mengaku dari keningau sabah, tp janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

untuk tuan mokhtar, saya kagum dengan data statistik yang tuan berikan dalam mempersoalkan bebanan tugas guru, nampak tuan telah mengkaji dengan mendalam sebelum mengeluarkan kenyataan. Terus terang, saya adalah salah seorang guru baru.pengalaman tak banyak manapun, baru jer masuk tahun ke-5 mengajar, tapi bila membaca kenyataan dan data2 yg tuan berikan saya rasa lucu dan sangat menggelikan hati. mungkin tuan bercakap berdasarkan teori semata, tp hakikat sebenarnya, tuan kena buka mata. saya yang baru mengajar nipun tahu fakta sebenar. Mungkin tuan tidak pernah merasai bebanan mengajar sehingga 40 waktu! jadi, jangan ambil statistik diri sendiri dan membuat rumusan semua guru juga begitu....cakap siang pandang2, ckp malam....sendiri mau ingat!

guru baru berkata...

kenapa dia post disini... kenapa tak di postkan di suratkhabar? saya yang baru pun kena ajar 32 waktu... masa rehat pun tak der... usah layan orang sabah nie... sabahan memang selalu bah....

Tanpa Nama berkata...

krani skola aku slalu main game fifa.. tension.. segala surat lbt je smpi skolah.. mangkuk hayun dia nie... same macam tukang kebun mokhtar nie.. menyusahkan org...

Tanpa Nama berkata...

krani skola aku slalu main game fifa.. tension.. segala surat lbt je smpi skolah.. mangkuk hayun dia nie... same macam tukang kebun mokhtar nie.. menyusahkan org...

Sabahan berkata...

halo geng, aku memang bengang skg ni, mula2 aku bengang ngan c mokhtar ni, mmg lawak giler kenyataan yg dia buat, guru ker aper dia ni, ckp main sedap mulut jer..tu satu hal aku dah bengang. kedua yang buat aku bengang, bila baca respon (aku pasti yang bg respon tu pun dikalangan guru2 gak) bila sampai masuk isu kenegerian, aku taulah c mokhtar tu mengaku dari sabah, tp korang jgnlah sampai cakap semua sabah macam tu, sabah pemalaslah, sabah tak buat kerjalah, tolonglah geng, ckp guna otak sikit, korang kata c mokhtar tu komen tak pakai otak, habis tu yg korang nak palitkan semua org sabah sama sekali apa kes, kalo nak marah, marah kat c mokhtar tu, bkn ngan semua orang sabah...so pleas careful ngan statment yang korang nak tulis k....jgan nak terjun ngan labu sama2 ngan c mokhtar tu....peace no war....lu pikirlah sendiri.....

Orang Sabah bah bi bu berkata...

orang Sabah memang poyo...Kesatuan guru Sabah..tiap kali meeting hanya tahu nak hentam Semenanjung....

kalau rasa Sabah tu bagus sangat..kenapa prestasi pelajaran paling teruk adalah negeri Sabah sejak 30 tahun lalu....

malah 10 sekolah tercorot seluruh Malaysia terletak dalam negeri Sabah !!!!....

memang diorang ni katak bawah tempurung...ada yg tak pernah keluar dari Sabah..tapi cakap mcm tahu belaka.....geram tul

'them' berkata...

kepd 'orang sabah bah bi bu' ko memang bahlullah...penyumbang kepada kemerosotan akademik negeri sabah ialah sebab kebanyakkan org2 yg mengajar sana tu adalah dari golongan 'them' then tu aka tuk org2 semenanjung...aku dpt lihat mcm mn cara mereka kerja, acuh tak acuh sebab dlm hr mereka tak ikhlas nak didik anak bangsa, tapi tak semualah mcm tu, cuma majoriti adalah guru2 semenanjung yang pemalas, datang sekolah asyik jadi tokey,jual tudunglah, jual budulah, jual kosmetik ala, mcm2, sampai tugas mengajarpun tak diendahkan, so u jgn ingat orang sabah tu semua guru2 sabah yg mengajar bro, kat kampung aku, 70% daripada guru2nya adalah 'them', then semua pk2 dia amek orang2 dia jer.....tak sedar diri!

sabah bah bi bu berkata...

Ye ke...kalau ikut statistik..guru semenanjung yg berkhidmat di sabah hanya dlm 40% sahaja...malah jabatan pelajaran sabah dikuasai oleh sabahan..mereka ni la yg buat dasar yg bodoh yg jahanamkan sabah....

Lagi satu..mmg ramai guru semenanjung berkhidmat di pedalaman..sbb kenapa?.. sebab takde guru sabah yg sanggup ke pedalaman!

Sekolah di daerah semporna paling teruk prestasi sebab guru tempatan sabahan malas masuk kelas..ini diakui oleh nazir sabah...

Sabah jahanam kerana sabahan sendiri tapi yg disalahkan org semenanjung...tak payah jadi org malaysia la kalu mcm tu....

gurubengang berkata...

rakan aku di ulu kinabatangan pun cakap cmtu, org2 sabah sdiri x mau msk pedalaman sebab x mau sanggup dok 'dalam' dan mgajar murid etnik lain

Tanpa Nama berkata...

kepada encik yang terlalu menghina negeri sabah.. sebenarnya sy kasihan dengan kamu.. hanya tau mengutuk orang lain.. bukan semua orang sabah katak bawah tempurung.. terlihat sangat sikap racist kamu itu bro.. langsung tidak bersifat pro.. bukan sy mau sombong, tp ramai anak jati sabah yang berjaya dalam kehidupan.. menteri sains dan teknologi adalah orang sabah..menteri luar negara juga merupakan orang sabah.. ya pedalaman kami teruk.. so? kenapa mau hina? sy ada seorang rakan sekerja dari kedah yang sudah 5 tahun mengajar di borneo.. sy sanjung dia sebab dia langsung tidak bersifat racist.. menghormati budaya orang dan agama lain.. 3 tahun d kapit.. malahan belajar cakap iban.. tahun lepas isteri dia sarat mengandung pun dia bahagikan masa untuk mengajar tahun 6.. syukur 92.3% lulus UPSR d sekolah kami.. apa yang sy ingin utarakn adalah, terdapat dua jenis orang 'them' di borneo. 1 ialah 'them'yg hormat dan tidak mengira bangsa untuk mendidik dan 'them' yang ke2 yg tidak menghormati dan mengutuk borneo.. kamu ni yg mana satu? does one voice represent the whole country? y bomb the whole sabah? what great glory have u gave to malaysia? i pity u, very narrow minded person..

dari jb ke sabah smpi sekarang berkata...

ala, tak payahlah nak gaduh2 geng, kita ni kan duduk satu malaysia, jgnlan nak buruk2 mn2 negeri, pergilah melancong, dan lihat keindahan semua negeri yg ada di malaysia ni....malaysiakan truly asia, tak gitu "sabah bah bi bu"...sy ni dah lama duduk sabah, so far sy lihat kerjasama antara org sabah dan org smnjung tiada masalah, tapi tak tahulah plak kat sekolah lainkan...satu lagi, jgnlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..tp yg penting, tugas kita untuk apa sebenarnya? tak guna kita nak bertekak nak salahkn siap2kan....kalau anak murid kita baca komen2 kita dalam ni, malu plak rasanya....apa durang ckp nti, kita nikan guru....bidang profesional....so, demaikanlah apa yg bersarang di buku, kurangkanlah apa yg terlebih, marilah kita bersama2 menjadi guru yg cemerlang gemilang dan terbilang....assalamualaikum...

SJKCSJ: where learning begins berkata...

sepanjang-panjang komen yang diberikan oleh anda semua..bergaduh-gaduh melampiaskan kemarahan masing-masing...bukan lebih baik kalau dihantar surat reaksi kepada Berita Harian sendiri..lagipun tidak perlu marah dengan orang yang kadang-kadang lupa dengan kesusahan orang lain..membazir tenaga dan hilang pekerti kita sebagai manusia.
sekadar peringatan utk diri sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Ramai orang berkata guru byk kerja dan stres.BENAR kerana orng ini memang bersungguh2 buat kerja. Ramai orang melenting, merungut kerana minidakkan kenyataan. BENAR kerana kerja2 mereka seolah2 tdak dhargai.Ramai orang dberikan tugas berlambak2 seolah2 tidak adil. BENAR kerana mereka ini Guru Super dsekolah.Ramai orang bekrja dgan jujur dan ikhlas. BENAR akhirnya mereka mndapat ganjaran yg stimpal.Ramai orang sanggup berkorban masa, tenaga malah wang ringgit.BENAR sudah ramai yang mndapat keuntungannya. Nantilah giliran anda. KITA sedar atau tidak.KITA fikir atau tidak.KITA kira atau tidak. KITA adalah pembina BANGSA. KITA antara pengumpul saham pahala terbanyak. PILIHAN d tangan anda. Nak kerja senang..ikut pekeliling perkhidmatan.asal buat sudah. Yang sunat2 kene bijak mlepas diri.

Orang Rajin berkata...

Inilah tugas aku tahun ni

Senarai tugas 2013

1. Mengajar landskap tingkatan 4l 12 waktu
2. Mengajar landskap tingkatan 5l 12 waktu
3. guru tingkatan 5l
4. Panitia landskap
5. Guru robotik
6. Guru teknologi maklumat
7. guru kebersihan dan keceriaan
8. guru kadet bomba (ketua)
9. Guru kelab keceriaan landskap
10. guru kelab catur
11. guru siaraya
12. guru puisi dan lagu
13. guru kebudayaan dan seni sekolah
14. guru rumah tunku
15. Guru bengkel landskap( meranggkap tukang kebun )

Sapa rajin dapat tugas lebih gaji sama....