Sabtu, 26 Februari 2011

Nasib jadi pemangku

2011/02/26

SAYA terpanggil menyatakan apa yang terbuku di hati kecil dan kemungkinan ada rakan pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG) senasib dengan saya.

Berdasarkan maklumat yang diterima pada peringkat awal, pensyarah yang melapor diri pada 2009 dan 2010 termasuk dalam kumpulan Fasa III untuk pemangkuan DG48, tetapi akhir-akhir ini pihak kami mendapat maklumat yang mengatakan kumpulan yang melapor diri pada 2009 dan 2010 tidak layak untuk dipertimbangkan untuk pemangkuan DG48.
Saya merayu kepada Kementerian Pelajaran dan Institut Pendidikan Guru Malaysia dapat membantu menyelesaikan masalah ini.

Saya amat berterima kasih sekiranya pihak yang berkenaan dapat memberi penjelasan dan maklumat yang lengkap kedudukan pemangkuan DG48 bagi kami yang melapor diri pada 2009 dan 2010.

PENSYARAH JUNIOR TETAPI SENIOR,
Sarawak

Berita Harian Online: 26 Februari 2011

73 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PRK ke 13 dah dekat. Mintalah pada PM/TPM.... insyaallah dpt.

Memang benar... sistem perkhidmatan pendidikan kita sama ada di sekolah/PPD/JPN/IPG banyak yg tak sesuai lagi dgn zaman skrg.
Perlu perubahan besar

cikgu Nizar berkata...

apa nak buat, golongan pendidik ni mcm2 masalah, dr atas sehingga bawah, selesai 1 timbul 2

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa kita sendiri kena berubah, dan kena fahamn situasikhas nya dalam soal kenaikan pangkat. kalau kekosongan ada 300, yang minta 900 ratus, macamana nak buat pengagihan... Tuan/puan yang dilantik dari tahun 2005 ke atas harap bersabar kerana bilangan kami yang berada di maktab seterusnya menjadi ipg yang sama bahkan lebih senior dalam gred DG 44 masih belum mengisi kota kekosongan tersebut. Oleh sebab sikap rakus pihakn yang tak sabar-sabar bagi mengisi kekosongan tersebut, khas nya yang tergamak ikut jalan pintas berjumpa menteri bagi menggagalkan pelaksaan kenaikan pangkat tersebut, jadilah bak kata perpatah marahkan nyamuk kelambu dibakar. - pensyarah senior 1993 IPGIK.

Tanpa Nama berkata...

Pensyarah veteran DG44 berkata .....

Kelulusan sudah dicapai namun ada juga yang cuba mengerohkan keadaan. Lulor hati apabila cita-cita untuk bergelar pensyarah DG48 musnah disebabkan tindakan terburu-buru segelintir individu yang saya kira tidak faham keseluruhan proses pemangkuan DG48 Fasa 3......

Pensyarah Vateran DG44 IPG

Tanpa Nama berkata...

Tidak Faham Proses Pemangkuan DG48 Fasa 3 ........

Saya kecewa dan cukup hairan mengapa terdapat segolongan individu yang mengambil tindakan tanpa mengira akibat sebaliknya. Adakah dengan penangguhan pemangkuan DG48 Fasa 3 ini memberikan kepuasan dan kegembiraan yang amat sangat kepada mereka ??

Saya kira banyak pihak berwajib telah berusaha agar pensyarah-pensyarah yang menepati kriteria mendapat pemangkuan DG48 pada Fasa 3 ini. Ucapan jutaan terima kasih diberikan atas usaha yang sangat jitu dan profesional kerana ini memberikan satu impak besar kepada diri dan keluarga.

Namun, atas tindakan yang menyebabkan penangguhan pemangkuan ini, ramai pensyarah yang jatuh dalam kumpulan pemangkuan DG48 Fasa 3 kecewa dan "DEMORALIZED"

Kami hanya mampu menyeru dan berdoa agar pemangkuan DG48 Fasa 3 ini dapat disegerakan demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak. Sesungguhnya, pensyarah vateran DG44 tidak pernah pun mengadu serta memohon untuk dipercepatkan pemangkuan DG48 sebelum ini.

Semoga kesejahteraan atas semua pihak yang berada dalam sistem IPG sentiasa dijaga dan dirahmati.

Menanti dan Menanti....

Tanpa Nama berkata...

Saya sangat berasa terkilan dan hampa dengan proses pemangkuan DG48 yg berlaku di IPGM sekarang ni. Saya dilantik ke DG44 pada 1.8.2008 berdasarkan surat JPA bertarikh 5.3.2009. Malangnya surat ini telah "dipendamkan" (9 bulan)di peringkat BPG/KPM untuk sekian lama sebab saya hanya menerima surat lantikkan ini dari IPG saya pada 27.5.2009. Sekiranya BPG/KPM menghantarkan surat itu lebih awal, saya tidak akan kerugian sampai sekarang sebab pada 25.8.2008, BPG telah melakukan pengisian jawatan secara besar-besaran.Semua pensyarah IPG mendapat pemangkuan automatik ke DG yang terdekat.Kemanakah perginya janji BPG bahawa seseorg guru yg menyertai IPG akan diberi kenaikan DG yg terdekat dengan DG yg sedia disandang oleh guru tersebut.Lebih sakit hati bila ada rakan yg baru dilantik ke DG44 pada Januari 2008, terus dilantik ke DG48 pada bulan Ogos 2008. Dlm masa tak sampai 8 bulan, perbezaan gaji yg mereka dapat lebih dari RM1000.00 sebulan, sampai pencen.Sebulan selepas saya mendapat surat lantikkan DG44, saya mendapat surat lantikkan yang ke 2 dari JPA bertarikh 9.7.2009, dimana tarikh lantikkan DG44 saya diawalkan dari 1.8.2008 ke 16.5.2008. Ianya tidak membawa sedikit pun kegembiraan kepada saya sb saya telah pun kehilangan hak dan peluang saya.Secara ikhlas saya dah tak ada minat nak bertugas sebagai pensyarah IPG. Malahan saya sudah lama memohon untuk kembali ke sekolah.Mungkin dengan berada di sekolah, saya tak juga dapat DG44, tapi suasana kerja, cara kerja serta beban kerja tidaklah seteruk yang saya jalani sebagai pensyarah di IPG. Bagi saya, guru di sekolah lebih pantas dan cemerlang laluan kerjaya mereka berbanding pensyarah di IPG. Malangnya sebarang usaha pensyarah untuk ke sekolah atau IPTA lain sentiasa disekat, dengan alasan kekurangan pensyarah.Pada pendapat saya, BPG yang menjadi tempat berteduh semua pensyarah IPG, tidak pernah membela nasib pensyarah. Malahan, saya berani berkata bahawa BPG/KPM sendiri MENIPU, MEMANIPULASI dan MENGHANCURKAN nasib pensyarah dibawah 'naungan' nya.

Tanpa Nama berkata...

Ada berita bahawa senarai fasa 3 sudah keluar.

Tanpa Nama berkata...

kantoi

Tanpa Nama berkata...

FASA 3 Hanya tinggal kenangan tak usahlah dimimpikan lagi

Tanpa Nama berkata...

Senasib lah kita, tapi saya sedang fight, biar pun berlalu, saya akan terus berusaha, disebabkan kecuaian orang lain,saya tidak disenaraikan dalam fasa III. Jumlah kerugian semasa ialah RM 15, 361.++, tidak termasuk terlambat naik tangga gaji yang akan menyebabkan berterusan kerugiannya. Saya masuk pun, tidak memangku jawatan dg44. Saya mencari-cari pensyarah IPG yang senasib dgn saya utk memperjuangkan perkara ini.

Tanpa Nama berkata...

Saya pun terima nasib yang sama, dah 12 tahun di IPG,Masih DG44 KUP(latikan 16 Mei 2oo8).
Kepada siapa nak mengadu. Tiada pembelaan.

Tanpa Nama berkata...

Senasib la kita... saya mula berkhidmat di IPG tahun 2002 dan mengisi DG44 pada 16 Mei 2008. Entah kriteria apa pihak berkenaan pakai sehinggakan member yang gred lewat setahun dr saya, tarikh 44 sama dan masuk IPG cuma pada 2009 dah dapat pemangkuan DG48

Tanpa Nama berkata...

ANGKARA KUKP

Tanpa Nama berkata...

KUKP YANG TERTENTU PUNYA PASAL LE

Tanpa Nama berkata...

Ya, malang sungguh nasib dapat KUKP yang lepas tangan, tak tau buat kerja,pengecut dan pentingkan diri.

Tanpa Nama berkata...

Saya juga senasib, sememangnya ada sesuatu yang tak kena dalam kriteria yang digunakan untuk memperaku pemangkuan gred DG48 Fasa 3 (dikenali sebagai Bakul 3). Sebenarnya untuk pemilihan pensyarah yang layak sepatutnya dibuat berdasarkan senioriti DG41. Hal ini demikian kerana pensyarah yang dilantik ke Dg41 pada tahun 1999 dan 2000 juga akan mendapat tarikh lantikan ke DG44 pada tarikh yang sama iaitu 16 Mei 2008 (Ex- PPLD + 3). Sepatutnya keutamaan diberikan kepada yang lantikan DG41 tahun 1998 dikuti dengan1999, 2000 dan seterusnya. Kalau nak tengok prestasi pun biarlah sama-sama tahun lantikan. Maka tak timbullah orang tahun 2000 (DG41) dapat, orang tahun 1998 dan 1999 terlepas.Mohon Tan Sri Menteri untuk lihat masalah ini dan saya yakin Tan Sri Menteri yang berjiwa rakyat serta bijaksana mampu menyelesaikan kemelut ini.Hanya Tan sri Menteri yang mampu menyelesaikan masalah pertambahan kuota ini. Semoga rakan-rakan yang tak diperaku akan mendapat berita gembira sedikit masa lagi. Insya-Allah akan terus setia. Saya sekali merayu agar Tan Sri Menteri Pelajaran prihatin dengan kemelut ini. "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"

Tanpa Nama berkata...

Saya pun berharap perkara yang sama. Moga Tan Sri Menteri Pelajaran prihatin dengan nasib kami.

Tanpa Nama berkata...

Mintak KUKP yang gi jumpa Pak Timb. Menteri tempoh untuk perjuangkan nasib tuan-tuan dan puan-puan. Pak Timb. tu rasanya tak baca kut blog ni. Kalau tak pun buat aduan ke NUTP kerana mereka juga adalah wakil kita. (bagi yang jadi ahli). Langsung tak munasabah, pensyarah senior yang telah menjadi pensyarah di IPGK sebelum tahun 2000 lagi boleh tercicir dari senarai. Langsung tak logik kalau diberi alasan kerana prestasi semata-mata. Carilah semula KUKP yang telah memporak perandakan urusan ini supaya mereka memperjuangkan nasib pensyarah-pensyarah senior yang lebih dahulu menabur bakti di IPGK. Keperitan jiwa raga, motivasi merosot pasti akan membawa kesengsaraan sampai ke pencen kalau tak pun sampai ke mati kalau dibiarkan tanpa pembelaan.

pensyarah dg44 teraniaya berkata...

Pensyarah kecewa berkata...

Saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh tanpa nama. Sepatutnya KPM mendahulukan pensyarah lantikan DG41 tahun 1998 terlebih dulu dalam urusan pemangkuan DG$8. Hal ini disebabkan pensyarah-pensyarah dilantik ke gred DG41 tahun 1999,2000 dan 2001 mendapat keuntungan besar dari dasar 3+1. Apabila mereka ini (kumpulan pensyarah DG41 tahun 1999, 2000 dan 2001) mendapattawaran pemangkuan ke gred dg48, mereka mendapat keuntungan dua kali. Ini tidak adil buat pensyarah lantikan dg41 tahun 1998. Saya memohon agar YAB Menteri Pelajaran dapat menilai kembali proses pemangkuan ini agar kami tidak dirugikan. Sekiranya mereka tidak mendapat keuntungan dari dasar 3+1, kami tidak perlu berebut kekosongan jawatan pensyarah dg48 dengan mereka. Fikir-fikirkan

Tanpa Nama berkata...

Macam mana KUKP nak perjuang nasib kita lagi, KUKP pun dah naik 48 sama. Tak tau la KUKP yang memporak perandakan fasa 3 ni dapat atau tidak. yang nyata mereka dah lepas tangan sebab mereka dah pun dapat. Yang tinggal kita, apatah lagi yang gred tahun 98, 99 masih lagi ramai yang tercicir.

Tanpa Nama berkata...

saya mengharapkan penambahan kuota harus diperjuangkan untuk menyelesaikan masalah ini. Usah kita bertelagah siapa layak dan siapa patut dapat. Semestinya kita yang telah dijanjikan yang temasuk dalam Fasa 3 semuanya layak. Mohon YAB menteri mengambil tindakan segera! Kami tidak pernah minta apa2... Cuma mohon agar hak kami tidak dinafi! Junior saya DG41 dalam Fasa 2 telah mendapat KUP DG 44... gaji dah sama dengan saya... Tidak kurang 1 sen pun.... Apa dah jadi?
KPPK tolonglah perjuangkan HAK kami!
Pensyarah IPG DG44 2008

Tanpa Nama berkata...

yang heran bin ajaib kuota yang disediakan jpa untuk dg48 di ipg tu untuk siapa? semakin diam semakin menyakitkan....

Tanpa Nama berkata...

Yang lebih kecewa adalah apabila terdapat pegawai BPG yang tak ada kena mengena dalam sistem IPGM mengambil kuota Pensyarah IPG. Mereka bertugas di pengurusan 2 tahun di BPG dan sekarang mengambil kuota IPG di selatan sebagai pensyarah. Dua org dikalangan mereka tidak ada Sarjana yang menjadikan syarat utama sebagai seorang pensyarah...... Di mana keadilan, pemangkuan sepatutnya utk pensyarah yg sedang berkhidmat di IPG..... Mcm mana BPG bole diselitkan dalam sistem ???

Tanpa Nama berkata...

sudahlah IPG. Saya DG41 sejak 1988, joined maktab perguruan sejak 1991, tetapi diberi tarikh perlantikan pemangkuan DG48 mulai 16 Nov 2011.

Tanpa Nama berkata...

Sabar Allah Maha Adil..

Tanpa Nama berkata...

Kalau hak kita, kita akan dapat. Kalau bukan hak kita buat apa kita dapat. Yakinlah suatu masa nanti Allah akan mengembalikan hak kepada yang empunya hak. Bagi mereka yang mendapat hak orang lain Allah akan membalas seadil adilnya. Jika tidak di dunia pastinya di akhirat.Sabar itu sifat orang yang beriman. Adalah ganjaran lain dengan cara lain Allah berikan.

Tanpa Nama berkata...

Masih ada ruang untuk buat rayuan, bertindak segera, cari pekeliling jpa, bagaimana untuk buat rayuan, pekeliling itu dikeluarkan pada 2010. Sepatutnya KUKP maklumkan perkara ini kepada pensyarah yang tidak tercicir. Google dengan katakunci "rayuan kenaikan pangkat".

Tanpa Nama berkata...

Masih ada ruang untuk buat rayuan, bertindak segera, cari pekeliling jpa, bagaimana untuk buat rayuan, pekeliling itu dikeluarkan pada 2010. Sepatutnya KUKP maklumkan perkara ini kepada pensyarah yang tercicir. Google dengan katakunci "rayuan kenaikan pangkat".

Tanpa Nama berkata...

Baguslah kalau boleh buat rayuan, tapi bagi saya rayuan tak membawa apa-apa makna.Hati saya terlalu kecewa, rasa bagai tenaga dan sumbangan saya selama ini tidak dihargai dan tak diperlukan oleh IPG.Berpuluh tahun di IPG tapi ni nasib kami akhirnya. Buat apa merayu pada hak yang tidak diperaku.

Tanpa Nama berkata...

Saya jadi pensyarah IPG sejak awal tahun 2008, tunggu 3 tahun untuk memangku dg48 pun tak dapat-dapat... rasa-rasanya masih ada peluang nak memangku tak? kalau nak tunggu timebase baik saya balik ke sekolah dan tunggu di sekolah sekurang-kurangnya tak payah bekerja sampai pukul 5 petang setiap hari... apa pandangan kawan-kawan???

Tanpa Nama berkata...

SBPA dah tak ada pangku memangku. Tunggu dan lihat sahajalah sama ada masih ada ruang dan peluang untuk kita. Rayuan dah buat. Saya percaya masih ada rezeki daripada Allah Taala untuk kita. Insya-Allah kita perlu buat "follow up" terhadap surat rayuan yang dah kita hantar baru-baru ini. Januari nanti kita kena tanya balik BPSM kalau tidak ada apa-apa respons.

Tanpa Nama berkata...

Saya bekas PPLD,sambung belajar dan grad 1998, masuk IPG pada 2000 fasa 1 dan fasa 2 dah terlepas. Tunggulah... untuk fasa 3....Pun kantoi kerana prestasi 92.5. Member grad 2001, masuk IPG 2008 boleh pulak dapat pemangkuan 48. Itukah yang dikatakan pemilihan yang adil?.Jangan mimpilah nak pemangkuan, dah tak ada dah. So tunggulah KUP pulak, kalau ada rezeki. Tu pun kalau masih ada hayat.

Tanpa Nama berkata...

LPKPP sepatutnya kena perakukan pemangkuan ikut senioriti dan prestasi tidak kurang 85%. Prestasi adalah sesuatu yang subjektif.

Tanpa Nama berkata...

LKPPP (Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran)bukan LPKPP.Maaf silap.

Tanpa Nama berkata...

Report kat SPRM, ada perkara yang tersembunyi kut.

Tanpa Nama berkata...

kata NUTP,
Kepada Semua Pensyarah Institut Pendidikan Guru

Kes Kenaikan Pangkat DG44 ke DG48 Hakiki

Pihak NUTP telah menerima aduan-aduan daripada Pensyarah IPG mengenai dinafikan hak ke pemangku DG48.

Maklumbalas dari Jabatan Perkhidmatan Awam / Kementerian Pelajaran Malaysia :
• 900 calon layak
• 400 calon diambil berdasarkan markah prestasi

Pihak NUTP sedang bertindak dalam perkara ini.

Tarikh Berita/News Date: 13/12/2011
Komen: Ya ke?

Tanpa Nama berkata...

Pemangkuan DG48 telah meninggalkan kesan terhadap motivasi pensyarah.Ada pensyarah dapat 2 kali faedah yang kerajaan beri. Satu dapat faedah Ex PPPLD 3+1 dan dapat lagi faedah DG48.Ini bagi kes lantikan 16mei2008.Ada pensyarah yang dilantik pada 1.1.08 1.4.08 dan ada yang lebih awal tidak dapat apa-apa faedah kerana mereka naik DG44 times based.Yang dah dapat faedah DG44 hasil Ex PPPLD sepatutnya di masuk dalam bakul yang lain sebelum dimasukkan dalam bakul 3 jika masih ada kosong.Apa yang berlaku adalah berpunca daripada tidak telitinya tarikh kenaikan pangkat seseorang pegawai.Kenapa jadi begitu? Sedangkan kenaikan pangkat selalunya dilihat pada tarikh lantikan dan kekananan.Faktor pretasi dilihat kemudian.Ini adalah jelas dalam surat arahan yang ditandatangi oleh Ybhg Dato'Misrah Ibrahim pada surat bertarikh Mac 2009 berkenaan urusan pemangkuan Fasa 2 dan 3.Saya yang dilantik pada 1.4.2008 tidak terima apa-apa faedah daripada apa yang kerajaan beri ini.

Nak harap pada rayuan sangat tipis kerana urusan ini ada kouta (bilangan tertentu)bila dah penuh tak dapat isi lagi.

Apa yang boleh kita buat ialah kita semua pensyarah di semua IPGK tulis surat rayuan kepada Ybhg Dato'Rektor IPGM ,mohon tambah kouta supaya kita semua boleh dapat urusan pemangkuan ini.
Yang lantik dulu akan pencen dulu,yang lantik kemudian akan pencen kemudian Jika urusan ini dibuat dengan ambil kira tarikh lantikan saya percaya tidak timbul soalan junior dapat senior tak dapat......hukum alam
Sangat malang urusan ini juga kena pindah tempat kerja ke sabah dan sarawak atau IPGK yang lain.Apa keperluan berbuat begitu.Pensyarah bukan pengurusan yang kena buat keputusan khususnya kewangan.Kita IPG tidak ikut cara pensyarah politeknik dan kolej komuniti naik tanpa kekosongan.Jauh dari sistem pensyarah universiti.Jika pensyarah universiti naik pangkat kena pindah kerajaan jenuh buat banyak universiti.
Kini masa telah tiba Persatuan Kakitangan Pensyarah Akademik IPG perlu segera ditubuhkan bagi membela nasib pensyarah.Jika penduduk ditaman pun ada persatuan termasuk "persatuan pinggan mangkuk'tiada sebab pensyarah tiada persatuan.Mari kita bersama-sama ....urusan pemangkuan ini jelas perlukan satu pembelaan.........hanya satu suara boleh membantu sesama kita.....

udin ktb berkata...

yang pelik dari urusan ini ialah

1.ramai yang cuti belajar tak ada markah prestasi tapi dapat 48....
2.markah prestasi DG41 dikira untuk dapat DG 48 dan bukan markah DG 44
3.boleh pula campur-campur markah DG 41 dengan DG 44
4.ada yang dah meninggal dunia dapat juga 48
5.Lantikan 1.4.08 tak dapat tapi lantikan 1999,2000,2001 dapat pula 2 kali

Teraniaya berkata...

MARI BERSAMA KAJI PEKELILING INI: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2010 - PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM: http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2010/07/pp072010.pdf

julio berkata...

"Insya-Allah kita perlu buat "follow up" terhadap surat rayuan yang dah kita hantar baru-baru ini. Januari nanti kita kena tanya balik BPSM kalau tidak ada apa-apa respons."

Surat rayuan ke BPG atau BSM?

Tanpa Nama berkata...

Kita melihat pada waran perjawatan yang tidak bertambah sejak 2009. Waran tersebut masih kekal sejak proses pemangkuan bermula sejak ipg masih mempunyai dg41. Hari ini kouta pensyarah dg 41 telah tiada, sepatutnya kouta tersebut dibawa ke kouta dg44 dan 48 supaya kota tersebut dapat ditambah dalam waran perjawatan. Ada kekosongan dg48 barulah proses pemangkuan akan berlaku semula untuk fasa 4, itu belum tentu yang baki 500 org (ikut NUTP) dapat mengisi jawatan dg48 tsb. (tambah pencen 60 sbpa - lagi lambat dg48 nak kosong)

pensyarah dg44 teraniaya berkata...

Saya dilantik ke gred DG41 pada 1.8.1989 dan mendapat 2 surat lantikan ke gred dg44, iaitu pada 16.5.2008 dan 1.8.2008. KUKP menasihati agar mengambil tarikh 16.5.2008 supaya bersaing dengan orang dalam pemangkuan fasa 3. Akhirnya yang dikendung tak dapat, yang dikejar berciciran. bila ambil tarikh 16 Mei bermakna kita dah menggunakan formula 3+1 dan tidak lagi boleh digunakan untuk time-based DG48(DG1-4). Kini saya berada dalam kerugian kerana pemangkuan fasa 3 tak dapat dan pengalaman PPLD tidak boleh digunakan untuk time-based 48. Untung 2 bulan setengah tapi rugi 3 tahun. Saya pun dah buat plan B, iaitu menghantar surat rayuan ke BPSM untuk menarik kembali tarikh lantikan DG44 dari tarikh 16.5.2008 ke 1.8.2008. Kalau dapat tarikh 1.8.2008 kembali, bermakna saya dapat gunakan untuk time-based DG48. Berkaitan dengan SBPA, saya pun dah pengesahan melalui emel dari pegawai JPA menyatakan bahawa dasar 3+1 masih digunapakai untuk SBPA. Ini bermakna pada 1.8.2013 saya dah boleh masuk DG1-4(DG48)sebab dah genap 5 tahun dalam DG44. SBPA mrnsyaratkan kita perlu berkhidmat dalam gred DG1-2(DG44) selama 8 tahun. Jadi 8 tolak 3 tinggal 5 tahun. Daripada kita tunggu pemangkuan yang tak betul tu, lebih baik kita tunggu masuk time-based. Harap-harap BPSM terima rayuan saya tu. Untuk makluman lanjut boleh hubungi saya melalui mzr0053@yahoo.com.my. Boleh saya forwardkan emel dari pegawai JPA tu. Saya sanggup untuk menjadi jurucakap tuan-tuan dalam hal ini.

pensyarah dg44 teraniaya berkata...

Saya dilantik ke gred DG41 pada 1.8.1989 dan mendapat 2 surat lantikan ke gred dg44, iaitu pada 16.5.2008 dan 1.8.2008. KUKP menasihati agar mengambil tarikh 16.5.2008 supaya bersaing dengan orang dalam pemangkuan fasa 3. Akhirnya yang dikendung tak dapat, yang dikejar berciciran. bila ambil tarikh 16 Mei bermakna kita dah menggunakan formula 3+1 dan tidak lagi boleh digunakan untuk time-based DG48(DG1-4). Kini saya berada dalam kerugian kerana pemangkuan fasa 3 tak dapat dan pengalaman PPLD tidak boleh digunakan untuk time-based 48. Untung 2 bulan setengah tapi rugi 3 tahun. Saya pun dah buat plan B, iaitu menghantar surat rayuan ke BPSM untuk menarik kembali tarikh lantikan DG44 dari tarikh 16.5.2008 ke 1.8.2008. Kalau dapat tarikh 1.8.2008 kembali, bermakna saya dapat gunakan untuk time-based DG48. Berkaitan dengan SBPA, saya pun dah pengesahan melalui emel dari pegawai JPA menyatakan bahawa dasar 3+1 masih digunapakai untuk SBPA. Ini bermakna pada 1.8.2013 saya dah boleh masuk DG1-4(DG48)sebab dah genap 5 tahun dalam DG44. SBPA mrnsyaratkan kita perlu berkhidmat dalam gred DG1-2(DG44) selama 8 tahun. Jadi 8 tolak 3 tinggal 5 tahun. Daripada kita tunggu pemangkuan yang tak betul tu, lebih baik kita tunggu masuk time-based. Harap-harap BPSM terima rayuan saya tu. Untuk makluman lanjut boleh hubungi saya melalui mzr0053@yahoo.com.my. Boleh saya forwardkan emel dari pegawai JPA tu. Saya sanggup untuk menjadi jurucakap tuan-tuan dalam hal ini.

pensyarah dg44 teraniaya berkata...

Saya dilantik ke gred DG41 pada 1.8.1989 dan mendapat 2 surat lantikan ke gred dg44, iaitu pada 16.5.2008 dan 1.8.2008. KUKP menasihati agar mengambil tarikh 16.5.2008 supaya bersaing dengan orang dalam pemangkuan fasa 3. Akhirnya yang dikendung tak dapat, yang dikejar berciciran. bila ambil tarikh 16 Mei bermakna kita dah menggunakan formula 3+1 dan tidak lagi boleh digunakan untuk time-based DG48(DG1-4). Kini saya berada dalam kerugian kerana pemangkuan fasa 3 tak dapat dan pengalaman PPLD tidak boleh digunakan untuk time-based 48. Untung 2 bulan setengah tapi rugi 3 tahun. Saya pun dah buat plan B, iaitu menghantar surat rayuan ke BPSM untuk menarik kembali tarikh lantikan DG44 dari tarikh 16.5.2008 ke 1.8.2008. Kalau dapat tarikh 1.8.2008 kembali, bermakna saya dapat gunakan untuk time-based DG48. Berkaitan dengan SBPA, saya pun dah pengesahan melalui emel dari pegawai JPA menyatakan bahawa dasar 3+1 masih digunapakai untuk SBPA. Ini bermakna pada 1.8.2013 saya dah boleh masuk DG1-4(DG48)sebab dah genap 5 tahun dalam DG44. SBPA mrnsyaratkan kita perlu berkhidmat dalam gred DG1-2(DG44) selama 8 tahun. Jadi 8 tolak 3 tinggal 5 tahun. Daripada kita tunggu pemangkuan yang tak betul tu, lebih baik kita tunggu masuk time-based. Harap-harap BPSM terima rayuan saya tu. Untuk makluman lanjut boleh hubungi saya melalui mzr0053@yahoo.com.my. Boleh saya forwardkan emel dari pegawai JPA tu. Saya sanggup untuk menjadi jurucakap tuan-tuan dalam hal ini.

Tanpa Nama berkata...

NUTP dah buat perjumpaan dengan wakil IPG bagi isu ni. Ada maklumat ke hasil dari perjumpaan tu? kalau ada boleh kita share bersama

Tanpa Nama berkata...

SBPA - MENAMBAHKAN SAKIT HATI DAN JIWA, MOTIVASI BERTAMBAH MERUDUM, DAH LAH DINAFIKAN PEMANGKUAN DG48 FASA 3, DARI SSM KE SPBA HANYA NAIK 61 SEN SAHAJA.

CUBA TUAN-TUAN LIHAT NI, SSM T5(3584.11) KE T6(3734.39), BEZANYA 150.28, BILA KE SPBA AKU SAIN ARI TU MACAM NI= T5(3584.11) KE T4(3735), BEZANYA 150.89, JADI KALAU DILIHAT PERBEZAANNYA (150.89 DITOLAK 150.28=0.61 SEN AJE) CUMA 61 SEN AJE. SUNGGUH MENYAKITKAN HATI. MACAM MANA LAH CARANYA PIHAK JPA BUAT PENGGIRAAN MATEMATIKNYA. NAK CARI KERJA LAIN DAH TUA, NAK TUNGGU SAMPAI 60 (BERTONGKAT LAH NAMPAK GAYANYA). SEMOGA DIBERI KEKUATAN OLEH ALLAH S.W.T UNTUK MENERUSKAN KERJAYA INI SELAGI ADA NYAWA. AMIN.

KECEWA TAK TERKIRA berkata...

BAKUL 3 - PEMANGKUAN DG48 TAK DAPAT, PENSYARAH CEMERLANG PUN TAK DAPAT, YANG TAK MENGAJAR DAPAT PULAK WALAUPUN BARU NGAJAR SATU SEMESTER PASAL KES NAK MINTAK CEMERLANG. SBPA PULAK DAPAT 61 SEN AJE KENAIKAN, SUNGGUH MENGHARUKAN, MEMEDIHKAN, MENYAKITKAN, MEMERITKAN HATI YANG MEMANG DAH KECEWA.

Tanpa Nama berkata...

Kepada yang berkenaan, cubalah bela nasib kami yang teraniaya ini.

Bukan kami menuntut hak orang lain, tetapi memohon hak kami diperakukan.

Semoga Allah S.W.T tabahkan hati kami, insan pendidik yang teraniaya ini.

Tanpa Nama berkata...

500 Pensyarah IPG Kecewa Proses Kenaikan Gred DG48

KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 pensyarah Institusi Perguruan Malaysia (IPGM) kesal berikutan kegagalan ditawarkan kenaikan gred DG48 berbanding 400 pensyarah lain yang sudah menerima tawaran berkenaan November lalu.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, pensyarah terbabit sepatutnya layak diberi kenaikan daripada gred DG44 kepada DG48 berdasarkan prestasi cemerlang masing-masing.

“Keadaan sedemikian tidak sepatutnya berlaku sekiranya pengurusan IPGM menguruskan perkara berkenaan secara adil dan telus. Apa yang berlaku, ramai pensyarah cemerlang tidak menerima tawaran sebaliknya beberapa pensyarah baru berkhidmat pula ditawarkan kenaikan gred.

“Lebih menghairankan, ada pensyarah mengambil cuti belajar, selepas habis cuti terus ditawarkan kenaikan gred manakala pensyarah berkhidmat lebih 20 tahun dan menunjukkan prestasi cemerlang tidak mendapat tawaran berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kumpulan pensyarah terbabit mengadakan pertemuan dengan NUTP mewakili semua pensyarah IPGM seluruh Semenanjung meluahkan perasaan tidak puas hati berikutan diberi layanan sedemikian pada 31 Disember lalu.

Beliau yang mewakili kumpulan pensyarah terbabit berkata, kenaikan gred berkenaan adalah berdasarkan markah prestasi dari 2007 hingga 2009 perkhidmatan mereka sebagai pensyarah di IPGM manakala pensyarah baru dinilaikan berdasarkan markah prestasi 2009 saja dan markah prestasi sekolah bagi dua tahun sebelum itu.

“Penilaian sedemikian sama sekali tidak adil kepada pensyarah yang lebih senior dan saya juga dimaklumkan maklumat yang dikemukakan IPGM kepada Jabatan Sumber Manusia seperti maklumat perkhidmatan serta gred pensyarah terbabit kebanyakannya adalah tidak tepat.

“Lebih tidak adil kerana ada pensyarah yang memegang sarjana dan berprestasi cemerlang dengan markah prestasi melebihi 90 peratus juga tidak menerima tawaran kenaikan gred,” katanya.

Katanya, kumpulan pensyarah terbabit sudah mengadakan pertemuan dengan Kementerian Sumber Manusia bulan lalu namun hingga kini, tiada maklum balas daripada pihak terbabit.

Lok berkata, perkara berkenaan seolah-olah menjejaskan maruah mereka berikutan rata-rata pensyarah yang dinaikkan gred pernah menjadi anak didik mereka sebelum ini. “Jadi, ia perkara memalukan bagi mereka kerana mereka masih lagi dengan gred DG44 manakala pensyarah baru sudah ditawarkan gred yang lebih tinggi,” katanya.

Justeru, beliau menggesa IPGM menyelesaikan masalah membabitkan 500 pensyarah IPGM berkenaan dengan segera dan mahu mereka diberi tawaran kenaikan gred seperti pensyarah yang lain.


Sumber: Metro 12/01/2012|

Tanpa Nama berkata...

Semuga dengan tertera pada dada akhbar adalah pihak bertanggung jawab akan ambil perhatian. Pak menteri pelajaran tolonglah beri respon perkara ni...

Tanpa Nama berkata...

Bersabarlah.....

Tanpa Nama berkata...

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merujuk kepada Laporan Akhbar Harian Metro dalam akhbar Harian Metro bertarikh 12 Januari 2012 – 500 kecewa.

Pelaksanaan urusan pemangkuan bagi mengisi kekosongan jawatan Gred DG44, Gred DG48 dan Gred DG52 tersebut telah dimaklumkan melalui surat Kementerian Pelajaran bil. KP(PP)SULIT 0063/101 (28) bertarikh 26 Mei 2008. Permohonan dibuka kepada semua PPPS yang memenuhi syarat-syarat umum yang ditetapkan seperti berikut :
i.Disahkan dalam perkhidmatan;

ii.Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

iii.Lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang ditetapkan dengan markah keseluruhan di Aras III atau Aras IV;

iv.Bebas daripada tindakan tatatertib;

v.Lulus pengisytiharan harta;

vi.Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institusi Pendidikan;

vii.Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia; dan

viii.Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Manakala syarat kelayakan khusus bagi permohonan jawatan Pensyarah Kanan PPPS Gred DG48/ Pensyarah Ko-Kurikulum Gred DG48 adalah seperti berikut :

i.Berada di Gred DG44;

ii.Pengalaman mengajar sebagai guru PPPS di Gred DG44 sekurang-kurangnya lima (5) tahun;

iii.Kelayakan tambahan dalam Ko-Kurikulum :

a) Mempunyai kelayakan dan pengalaman dalam bidang Ko-Kurikulum;

b) Menjadi Pensyarah penasihat Ko-Kurikulum sekurang-kurangnya lima tahun;

c) Mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam bidang Ko-Kurikulum; dan

d) Aktif dan banyak memberi sumbangan dalam bidang Ko-Kurikulum.

Bagi urusan pemangkuan Gred DG48 di bawah Fasa 3 (2011) ini, KPM telah mengemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perakuan bagi 950 orang Pensyarah IPGM Gred DG44 yang merupakan permohonan yang telah diperaku oleh Ketua Jabatan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) pemangkuan ke Gred DG48. Oleh yang demikian, permohonan pegawai yang tidak tersenarai ke LKPPP merupakan permohonan yang tidak memenuhi salah satu daripada syarat-syarat yang dinyatakan di para 4 di atas termasuklah tidak diperaku oleh Ketua Jabatan.

Dalam pelaksanaan Fasa 3 ini, LKPPP telah meluluskan 424 Pensyarah dalam urusan pemangkuan tersebut berdasarkan kekosongan 424 jawatan Pensyarah IPGM Gred DG48 yang ada pada ketika itu. Pertimbangan yang dibuat oleh LKPPP dalam urusan pemangkuan jawatan Pensyarah IPGM Gred DG48 tersebut adalah berdasarkan kepada kekananan (tahun kenaikan pangkat Gred DG44) dan merit (markah wajaran prestasi LNPT yang tertinggi). Kekananan berkhidmat di IPGM dan kekananan lantikan DG41/DG3 atau lantikan pertama ke dalam Perkhidmatan Awam tidak diambil kira di dalam urusan pemangkuan ini termasuklah memiliki Ijazah Kedoktoran (PhD).

Selain daripada itu, urusan pemangkuan Pensyarah IPGM Gred DG48juga tidak boleh mengambilkira tempoh perkhidmatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD). Untuk makluman, tempoh perkhidmatan sebagai PPPLD hanya boleh digunakan bagi tujuan kenaikan pangkat secara Time-Based Khas Untuk Penyandang ke Gred DG44 atau Gred DG48 sahaja.

Berhubung dengan aduan mengenai maklumat perakuan yang tidak tepat seperti markah LNPT dan tarikh kenaikan pangkat ke Gred DG44, pegawai adalah dinasihatkan untuk menyemak butiran yang berkenaan dengan Ketua Jabatan masing-masing. Hasil semakan pihak KPM, semua maklumat yang dikemukakan dalam perakuan pemangkuan ini adalah yang terkini dan telah disahkan oleh Ketua Jabatan.

Memandangkan kesemua jawatan Pensyarah Gred DG48 di IPGM telah diisi, maka sebarang permohonan rayuan oleh calon yang tidak berjaya untuk mengisi jawatan Pensyarah IPGM Gred DG48 berkenaan tidak dapat dipertimbangkan buat masa ini. Sekiranya terdapat kekosongan jawatan Gred DG48/ DG1-4 di IPGM pada bulan Januari 2012, maka urusan pemangkuan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut akan dilaksanakan mengikut peraturan yang berkuatkuasa di bawah Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Rujuk portal: http://www.moe.gov.my/?id=168&aid=2395

Tanpa Nama berkata...

Cakap tak serupa bikin...

Tanpa Nama berkata...

Rasanya majoriti pensyarah yang dapat pemangkuan hari tu.. tak ikut syarat yang dinyatakan. Contoh rata-rata lantikan DG44 pada 2008 tak sampai 5 tahun pun dalam DG44...

Tanpa Nama berkata...

Kalau melihat kepada lantikan 2008, ada juga pensyarah dilantik pada tahun tersebut mendapat pemangkuan. Cuma berkemungkinan adalah LNPT (ni kes ketua jabatan kedekut nak bagi markah) dengar-dengar yang diambil adalah 93% ke atas. Apa pun tunggu je lah.. lagi 4 tahun dah time based (ikut SBPA)

Tanpa Nama berkata...

Melihatkan komen KPM maka jelaslah tiada lagi keistimewaan untuk pensyarah di IPG. Hanya segolongan sahaja yang dapat, dan yang lainnya tersisih. Inikah keadilan... Yang berbaki tidak ubah seperti guru-guru disekolah, sama taraf, sama gaji tiada yang istimewa. Yang special adalah lebih beban tugas, balik pukul 5 petang dan lepas ni tiada lagi cuti semester, cuma cuti 35 hari bermakna tiada juga elaun pensyarah sambilan untuk KDC. Kerajaan perlu lihat semua ini. Sekiranya keistimewaan IPG adalah semua pensyarah dapat pemangkuan gred, mengapa tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Tanpa Nama berkata...

SOLAT HAJAT,ALLAH S.W.T YANG MEMEGANG HATI-HATI MANUSIA.

Tanpa Nama berkata...

Jawapan KPM memang tak masuk akal.Nampak sangat nak lepas diri.Aku tak faham bahasa KPM.KPM kata lantik ikut kekananan pada DG 44.Maknanya antara yang dilantik pada 1.1.08 @ 1.4.08 dengan yang dilantik pada 1.9.08 @1.10,08 @ 1.11.08 yang mana lagi kanan.Yang lantik selepas 16.5.08 semuanya kes 3+1.Semuanya dah dapat habuan 3+1.KPM tak tahu beza antara yang lantik dulu dengan yang lantik kemudian.Jawapan KPM boleh kita bawa ke Tribunal Perkhidmatan Awam.Mai kita cari lawyer pakat-pakat bawa ke Tribunal........... kita nak tahu beza siapa lantik dulu dengan yang lantik kemudian....

Tanpa Nama berkata...

TRIBUNAL PERKHIDMATAN AWAM DAH TAK WUJUD:
http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%2013/Akta%20604.pdf

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya semua yang ada di IPG pembohong.Kalau dilihat struktur gaji yang digunakan bagi pensyarah IPT ialah DS 45.Mengapakah DG 45 tidak digunakan bagi guru-guru sekolah yang memohon sebagai pensyarah di IPG.Bukankah DG 45 salah satu struktur gaji dalam perkhidmatan awam.Sebenarnya ada sesuatu yang berlaku diperingkat atasan mengenai penggubalan mata gaji bagi pensyarah di IPG.Nampak Fasa 1,Fasa 2 dan Fasa 3 serta isu Jerayawara IPG tidak memikirkan sesuatu yang bernas sebagai orang yang waras.Situasi sekarang nampak lebih terok dari guru-guru yang memohon sebagai pensyarah semasa sebelum dinaiktaraf.Sebenarnya ada golongan tertentu dalam deraf IPG dan BPG serta Kementerian tidak ikhlas dan amanah dalam melaksanakan kebajikan pensyarah IPG.Kita lihat sudah berlaku amalan 'double standard' dalam pemilihan pensyarah cemerlang,yang memangku dan yang layak tetapi tidak mendapat habuan.Saya yakin bahawa sistem kenaikan itu tidak betul.Seperti kata kawan-kawan belajar menara gading,otak kepala gajah.Apa yang berlaku gajah sama gajah berjuang orang-orang bawah teraniaya.Kita lihat pengumuman PM pada !2 Mac,2012 dan lepas itu akan ada golongan kanan dan berpangkat atas akan manipulasi kakitangan bawahan demi kepentingan perut mereka.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya semua yang ada di IPG pembohong.Kalau dilihat struktur gaji yang digunakan bagi pensyarah IPT ialah DS 45.Mengapakah DG 45 tidak digunakan bagi guru-guru sekolah yang memohon sebagai pensyarah di IPG.Bukankah DG 45 salah satu struktur gaji dalam perkhidmatan awam.Sebenarnya ada sesuatu yang berlaku diperingkat atasan mengenai penggubalan mata gaji bagi pensyarah di IPG.Nampak Fasa 1,Fasa 2 dan Fasa 3 serta isu Jerayawara IPG tidak memikirkan sesuatu yang bernas sebagai orang yang waras.Situasi sekarang nampak lebih terok dari guru-guru yang memohon sebagai pensyarah semasa sebelum dinaiktaraf.Sebenarnya ada golongan tertentu dalam deraf IPG dan BPG serta Kementerian tidak ikhlas dan amanah dalam melaksanakan kebajikan pensyarah IPG.Kita lihat sudah berlaku amalan 'double standard' dalam pemilihan pensyarah cemerlang,yang memangku dan yang layak tetapi tidak mendapat habuan.Saya yakin bahawa sistem kenaikan itu tidak betul.Seperti kata kawan-kawan belajar menara gading,otak kepala gajah.Apa yang berlaku gajah sama gajah berjuang orang-orang bawah teraniaya.Kita lihat pengumuman PM pada !2 Mac,2012 dan lepas itu akan ada golongan kanan dan berpangkat atas akan manipulasi kakitangan bawahan demi kepentingan perut mereka.

Tanpa Nama berkata...

http://www.moe.gov.my/ipgm/portal/

Tanpa Nama berkata...

Bolehkah urusan pemangkuan ini dicabar semula dengan apa cara sekalipun? Sebab ianya ada kelemahan berikut .....

1. Urusan pemangkuan diluluskan oleh LKPPP yang bersidang pada 16/Nov/2010 (saya ada menyimpan salinan surat berkenaan dengan senarai nama 376 pensyarah yang telah diluluskan pemangkuan oleh LKPPP). Di dalam surat tersebut (rujukannya saya terlupa) ada menyatakan keputusan ini boleh dicabar dalam tempoh 14 hari tetapi bantahan dari kumpulan pensyarah yang tidak berpuas hati dibuat pada bulan Februari selepas bertemu dengan Timbalan Menteri Pelajaran (Y.B. Datuk Dr. Mohd. Puad bin Zarkashi) dan mengarahkan BPSM menangguhkan urusan pemangkuan DG44 ke DG48.

2. BPSM telah memanggil IPGM dan BPG untuk bermesyuarat bagi mencari penyelesaian. Mesyuarat ini dihadiri oleh antara 6 hingga 7 orang pegawai diulang PEGAWAI (seorang Timb. SUB sebagai Pengerusi, seorang pegawai BPSM, dua orang wakil IPGM gred DG48 dan DG44, dua orang wakil BPG iaitu seorang KPP gred DG48 dan seorang PP gred DG44. Mesyuarat ini telah membantalkan keputusan LKPPP yang pastinya dianggotai oleh Kumpulan Pengurusan Tertinggi (sekurang-kurangnya JUSA C). Isunya bolehkah wakil BPSM, BPG dan IPG membatalkan keputusan mesyuarat LKPPP tanpa memberi penjelasan mengapa LKPPP meluluskan pemangkuan 376 pensyarah tersebut. Wakil-wakil mesyuarat seramai 6 atau 7 orang itu yang kewibawaannya boleh dipertikaikan - (saya ada salinan minit mesyuarat ini). Saya yakin dan percaya JPA melalui LKPPP tidak pernah membatalkan surat Kelulusan Pemangkuan pada 16/Nov/2010.

3. Kegagalan Pihak IPGM melaksanakan arahan urusan pemangkuan yang sepatutnya diselesaikan selewat-lewatnya 28 Disember 2010 kepada BPSM. Kegagalan BPSM mengeluarkan surat penempatan menyebabkan Isu Pemangkuan Fasa 3 berlarutan hingga kini. Dua (2) individu sepatutnya boleh dikenakan tindakkan kerana gagal mematuhi arahan pentadbiran, satunya pegawai yang menguruskan pemangkuan ini di Sektor Khidmat Pengurusan IPGM. Pegawai berkenaan telahpun berpindah bukan dipindahkan.

Saya tidak mempertikaikan siapa dapat pemagkuan atau tidak tetapi bagaimana setiap pegawai mengaplikasikan interiti yang diberikan dalam memperkukuhkan KPM.

pensyarah dg44 teraniaya berkata...

Kala benarlah hal ini telah berlaku seperti yang didakwa oleh Tanpa Nama, kita tidak harus berdiam diri kerana hal ini menyangkut masa depan kita dalam perkhidmatan awam. Kita harus mengambil tindakan yang sewajarnya agar mereka yang terlibat dalam kemelut ini dikenakan tindakan yang sewajarnya. Kita berkumpul untuk menunjukkan rasa tidak puas hati atas urusan pemangkuan ini.

Tanpa Nama berkata...

Timbalan Menteri Pelajaran itu ada kuasa ke mengarahkan BPSM menangguhkan urusan pemangkuan DG44 ke DG48. Atas kuasa apa? atau atas salah guna kuasa. Ada IPG Pengarahnya dah sebut nama-nama yang akan dapat pemangkuan tu. Tapi bila keluar senarai, kantoi, tak de, nama yang lain pulak yang keluar.

Kalau rasa ada maklumat yang tak betul, eloklah buat laporan ke SPRM. Kalau SPRM ada baca, buat le apa yang patut.

Ramai pensyarah yang tahu, dari IPG mana yang mula buat onar.

Memang tak munasabah langsung, bekas anak murid yang pernah diajar di zaman maktab lagi boleh langkau pensyarah yang ajar dia masa dia di maktab. Anak murid dapat DG48, pensyarah yang ajar dia boleh tercicir dan masih DG44. Penyudahnya pencen dengan DG44.

INGAT SAMPAI PENCEN KALAU TAK PUN SAMPAI MATI. TRAGIS

Tanpa Nama berkata...

Ya! Allah. Tunjukkanlah kebenarannya. Doa kami sentiasa bersama mereka yang membela nasib kami yang teraniaya ini.

Tanpa Nama berkata...

Kita akan lihat nanti bahawa pembohongan di IPG akan terus terusan mencetuskan dilema dalam peruntukan pembangunan,kuota perjawatan pensyarah yang memiliki Sarjana dan PhD.Apalah salahnya kami pensyarah IPG?Itu amat menghairankan.Kalangan pegawai kanan di IPG termasuk kalangan pensyarah kanan yang sudah gemilang sepatutnya berbuat sesuatu untuk memajukan IPG.Amat menghairan dimana kenaikan pangkat di IPG untuk pensyarah akademik tetapi yang diluluskan untuk kenaikan pangkat terdiri dari kalangan pensyarah yang tidak mengajar.Waktu pengajaran dan pembelajaran tidak ada didalam jadual waktu tetapi mendapat status sebagai pensyarah cemerlang.Dalam masa beberapa bulan mereka juga mendapat pindah gred yang lebih tinggi.Semakin tinggi gred semakin kurang mereka mengajar.Apa yang berlaku ialah kalangan pensyarah yang berada digred DG 44 akan mengajar,membuat penulisan,urus praktikum.merancang dan urus kokurikulum dan hadiri seminar untuk berusaha mendapat gred yang lebih tinggi.Kalangan pensyarah lama, yang dah 20 hingga 30 tahun berada di maktab (kini IPG) masih berada ditakuk lama.Tidak memperbaharui ilmu.Inilah yang dikatakan "BERGURU KEPALANG AJAR,BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI".Beginilah nasib guru veteran yang memohon menjadi pensyarah di IPG.Sebenarnya isu kenaikan pangkat dikalangan guru sekolah setelah bergelar pensyarah perlu ada sedikit penambahbaikan dari segi struktur gaji kerana yang dilatih kini bukan lagi murid guru tetapi kalangan guru berijazah.Ada kalangan orang-orang VIP hantar anak ke IPG kerana dapat elaun dan dapat jadi guru tetapi kebajikan guru diabaikan.Sebenarnya dari Fasa 1 hingga Fasa 3 kemelut kenaikan gaji pensyarah berkait rapat dengan visi dan misi IPG,struktur gaji,peranan pentadbir IPG,pegawai tinggi dalam Kementerian Pelajaran dan Pendidikan Tinggi,Bahagian Sumber Manusia,Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran semuanya berebut-rebut untuk mendapat kuasa dan mendampingi ahli-ahli politik untuk berkuasa tetapi yang terpinggir ialah anak bangsa sendiri.Sepatutnya visi dan misi IPG perlu jelas kerana ia mempunyai 27 kampus.Kita membandingkan sistem pendidikan kita dengan Shanghai,Hong Kong,Thailand dan Singapura tetapi kita lupa sebenarnya taraf pendidikan kita lebih rendah dari Indonesia bahkan lebih rendah dari Filipina dalam sesetengah bidang,lebih rendah dari Kemboja,Vietnam dan Laos.Kita hanya bangga kerana mempunyai nilai matawang lebih tinggi dari negara tersebut tetapi di Indonesia telah wujud Universitas Perguruan di seluruh pelusuk negaranya lebih awal dari kita.Sebab itu ia melahirkan lebih ramai doktor perubatan,ahli farmasi dan pembantu rumah serta ahli korporat lebih ramai dari kita.Sebenarnya ramai pegawai atasan tidak menghormati profesion perguruan.Biadap.

Tanpa Nama berkata...

Amat malang bagi IPG. Semakin tinggi gred gaji pensyarahnya, semakin tidak berintegriti. Sanggup menipu kerja buat untuk mendapat cemerlang. Apa yang akan berlaku kepada sistem pendidikan kita..

pensyarah dg44 teraniaya berkata...

Dengar cerita, pemangkuan dg48 yang terbaharu untuk pensyarah IPG markah untuk lnpt telah naik ke 94.7. Nampak gaya kempunan lagi. Apa nak jadi dengan IPGM kita ni

teraniaya lagi sekali berkata...

PROTES DENGAN UNDI ANDA

Tanpa Nama berkata...

Terkini markah LNPT untuk pemangkuan DG48 pensyarah IPG (iklan Mac 2012)ialah 94.79 ke atas. Aspek senioriti gred DG44 tidak diambil kira. Pensyarah yang dilantik DG44 sebelum 2008 tidak lawan prestasi, automatik dapat. Yang dilantik 2008 lawan prestasi. Apakah justifikasi pihak berkenaan tidak mahu mengambil kira aspek senioriti gred sedangkan ada yang dilantik DG44 pada 01.01.08, 16.05.08, 30.08.08 dan seterusnya.Kalau Fasa 1 dan 2 dulu kriteria yang digunakan ialah ikut senioriti DG41. Lantikan DG41 sehingga tahun 1996 dalam bakul Fasa 1, lantikan DG41 1997 dalam bakul Fasa 2. Apabila Fasa 3 tak ikut senioriti DG41 pula. Malangnya orang yang sudah dimasukkan dalam Fasa 3 dulu tapi tidak perakui tidak diambil kira dan diberi keutamaan dalam pemangkuan selepas itu (iklan Mc 2012.Utamakanlah yang dilantik awal dulu. Mohon respons.

Tanpa Nama berkata...

Saya dilantik DG 41 pada 1 Ogos 1997 dan DG44 pada 1 Ogos 2007, sampai hari ini saya masih pensyarah DG 44. Ada rakan pensyarah dari IPSAH beritahu semua pensyarah DG44 di lantikan sebelum 2008 di ipg tersebut dah dapat memangku DG 48, nampaknya nasib aku cukup-cukup malang !!!

Tanpa Nama berkata...

Di mana2 berlaku ketidakadilan. Matrikulasi melaka pun sama. Saya peroleh dg44 pd januari 2005. Sambung belajar pd jan 2008. Rakan2 ipg yg sama tahun kenaikan dg44 iaitu 2005, sama sambung belajar dpt kenaikan ke dg 48 selepas 3 thn iaitu 2008 dan backdated kerana beliau peroleh srt kenaikan dg thn 2011, kenaikan ke dg48. Matrikulasi melaka x buat utk saya kerna dikatakan yg belajar tidak layak dapat... Dan pegawai di bahagian matrikulasi blh menyatakan bahawa pensyarah ipg mungkin akan perlu membayar semula wang kenaikan gaji tersebut... Sungguh pelik mereka yg berada di bhg perjawatan ini... Tidak ada integriti kerana membuat pentafsiran sendiri.. rakan2 ipg dpt kenaikan tersebut, saya dan seorang lagi rakan matrikulasi melakan tidak dapat.. kami ketinggalan 4 thn. Dan rakan metrikylasi melaka menyatakan.. " memang rugi pergi sambung belajar" pengarah matrikulasi melaka ketika itu Encik ... Lupa dah.. orang sains jika x silap... Saya mendoakan sesuatu buat dia kerana tidak berlaku adil...