Sabtu, 12 Februari 2011

SIASAT DAKWAAN MOKHTAR SABAH!

SAYA terpanggil untuk memberi reaksi tulisan Mokhtar Sabah dalam Forum Utusan Malaysia, 8 Februari 2011 dan menyokong tulisan Guru Tua dalam ruangan yang sama, bertarikh 10 Februari 2011.

Saya tertanya-tanya adakah betul Mokhtar Sabah ini seorang guru? Sekiranya apa yang dinyatakannya itu betul, saya cadangkan supaya Ketua Nazir Sekolah Sabah melakukan pemeriksaan terhadap dakwaan ini untuk ‘membersihkan’ keadaan yang didakwa itu termasuk cikgu Mokhtar Sabah.

Sebagai bekas Nazir Sekolah Sabah, apa yang didakwa oleh Mokhtar Sabah tidak benar. Tiada guru mengajar enam waktu seminggu! Pengalaman sebagai nazir melakukan pemeriksaan di sekolah menengah dan rendah di seluruh Sabah, tiada kes seperti ini. Saya amat meragui kenyataan Mokhtar Sabah. Saudara, jangan cuba menjatuhkan maruah guru-guru di Sabah.

OTHMAN AHMAD

(Bekas Nazir Sabah


Utusan Malaysia Online: 12 Februari 2011

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sokong 100%

Tanpa Nama berkata...

saya sokong..

(guru sabah)

Tanpa Nama berkata...

saya sokong. Tindakan perlu dilaksanakan berdasarkan Laporan Audit Negara yang lepas tu, seperti Roti Sandwich hanya disapu mentega sahaja.

Tanpa Nama berkata...

adabah guru mengajar -6waktu seminggu...Siapa..? Pengetua..bah...Tapi tidak salah sebab ini masuk dalam peruntukan bah...

kamanuk berkata...

jangalah terikut-ikut dengan Cikgu mokhtar Sabah"". Dia ni tidak cikgu baru yang tak reti lagi..

Dia hanya nak buat provok..agar ramai guru yang terpanggil buat kenyataan..

Sebenarnya dia ni bukan tidak tahu bebanan guru sebenar tapi beliau sangat kecewa kerana selama ini sudah bertahun-tahun kenyataan di berikan tapi tiada tindakan...kalau ada tindakan pun tersangat lama..