KOPERASI Yayasan Guru Malaysia Berhad (KYGMB) komited membantu
ahli-ahli koperasi yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan
perkhidmatan pelajaran di seluruh negara melalui pembiayaan pinjaman
kredit.
Pengerusinya, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, kewujudan KYGMB
dilihat sebagai satu usaha murni untuk menyatukan kekuatan ummah dari
segi usaha meningkatkan kepentingan ekonomi anggota koperasi.
Katanya, peluang pembiayaan kredit ini terbuka kepada anggota koperasi iaitu kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran.
''Sehingga kini, sebanyak 10 permohonan pinjaman kredit koperasi
diterima dan dijangka akan meningkat berikutan usaha berterusan
mempromosi kepentingan koperasi.
"Kita berharap lebih ramai kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran
mendaftar sebagai anggota koperasi bagi menikmati kemudahan-kemudahan
pembiayaan yang diwujudkan," katanya ketika ditemui pada majlis
Pembiayaan Pinjaman Koperasi Kepada Anggota-Anggota Koperasi YGMB di
pejabatnya di Taman Melawati, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut beliau, koperasi KYGMB turut digalakkan untuk terlibat secara
langsung dengan fungsi koperasi itu sendiri seperti menyediakan pakej
pinjaman kredit khas untuk kakitangan Kementerian Pelajaran.
Katanya, ia meliputi pinjaman hartanah, khas, biasa, pelajaran, pelancongan, umrah dan kecemasan.
Selain itu, katanya, koperasi sedang giat mempromosi produk terbaru
iaitu pinjaman peribadi khas bagi kakitangan bersara dan pakej
pembaharuan insurans motor takaful.
"Bagi semua tujuan itu, KYGMB mengenakan kadar caj yang lebih rendah
antara dua hingga lima peratus daripada pinjaman pembiayaan kredit.
Alimuddin menegaskan, ini secara tidak langsung memberi manfaat
kepada seluruh ahli koperasi iaitu kakitangan Kementerian Pelajaran dan
guru-guru yang memerlukan pembiayaan kredit kewangan dengan lebih
sistematik.
Utusan Malaysia Online: 6 Jun 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
dulu isteri saya sambung sekolah dan minta bantuan daripada YGMB sampai sekrang RM1000.00 yang dijanjikan tidak sampai-sampai walhal isteri saya sdh jadi ahli seumur hidup. Cakap tidak serupa bikin
Sertai Rakan Koperasi 1KUBSB
...dapatkan diskaun, baucar dan rebat tunai untuk koperasi tuan/puan. Cepat, tawaran TERHAD!
Catat Ulasan