KUALA LUMPUR 10 Ogos - Jemaah Menteri bersetuju supaya 16 dan 17 Ogos
ditetapkan sebagai cuti berganti persekolahan sempena sambutan Hari
Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 19 Ogos.
Perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Kabinet Rabu lepas, kata Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran membenarkan sekolah untuk
memohon cuti berganti melalui pendaftar masing-masing untuk kelulusan.
Bagi tujuan penyelarasan, kementerian mencadangkan supaya cuti
berganti persekolahan 16 Ogos diganti pada Sabtu, 8 September manakala
cuti berganti 17 Ogos diganti pada Sabtu, 22 September. - BERNAMA
Utusan Malaysia Online: 10 Ogos 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
slm..harap kpm lebih proaktif dan peka dgn pengumuman cuti raya.untuk menunjukkan kpm dan kerajaan prihatin dgn kebajikan guru dan pelajar, masukkan cuti raya ini dalam takwim sekolah sepertimana yg dilakukan utk tahun baru cina 2012. tambahan pula majoriti nya beragama islam. jd perkara ini tidak boleh dipandang ringan. byk sekolah tidak dapat cuti awal sbb sudah ada perancangan program.guru2 yg berada di sbh swk pula perlu menempah tiket lebih awal utk pulang ke kampung.begitu juga dgn murid2 asrama. harap kpm bertindak lebih cerdik selepas ini.
Catat Ulasan